Share

Bab 2

Ziyad memasuki kereta dengan wajah yang muram.

   “Kenapa muka muram ni sayang? Anything happen?” Roselle menyoal Ziyad yang sedang menundukkan kepalanya ke bawah.

   “Nothing, umi.”

Dari suara sahaja Roselle tahu ada perkara yang tak ok terjadi pada Ziyad.

   “Yad kena buli ke?” Roselle menyoal dengan risau, manalah tahu ada murid lain dalam taska ini yang membuli Ziyad.

   “Yad laparlah umi, jom kita balik.” Ziyad cuba menukar topik, Roselle kembali memandu kereta. Takpelah nanti di rumah dia akan bertanya kembali pada Ziyad setelah mood anaknya itu membaik.

   “Aku nak jumpa Zhafran.” Gadis yang bernama Melina itu berkata dengan kasar ke arah Kak Tipah iaitu PA kepada Zhafran.

   “Tuan Zhafran tak mahu jumpa sesiapa buat masa ni, harap maklum.” Kak Tipah cuba membalas dengan nada sopan walaupun hatinya sudah mengelegak marah dengan kelakuan tidak bermoral wanita berambut perang di hadapannya ini.

   “Aku ni bakal bini dia tau! Aku ada hak nak masuk.” Melina membentak.

   “Tak kisahlah bakal isteri ke moyang ke. Cik tetap tak boleh masuk!” Kak Tipah bertegas. Melina yang degil kuasa dua itu dengan selamba memulas pintu bilik Zhafran. Kak Tipah bergegas mengejar.

   “Hai sayang!” dengan nada gedik Melina menyapa Zhafran.

   “Maaf bos, dah halang tadi tapi…” belum sempat Kak Tipah mahu menghabiskan bicara Zhafran sudah memotongnya.

   “It’s okay Kak, terima kasih.” Zhafran berkata, Kak Tipah mengangguk dan segera melangkah keluar dari bilik bos nya. Melina tersenyum kemenangan. Dengan langkah longlai dia menuju ke arah kekasihnya.

   “Miss me?” Melina menyoal dengan nada manja.

   “Of course, baby. I miss you badly.” Zhafran membalas dan tersenyum manis.

   “Jom teman I lunch, I lapar tau bie lepas gaduh dengan PA you yang beracah tu.” Melina mengadu sambil mengusap perutnya. Zhafran mengangguk dan mereka berdua keluar dari bilik itu sambil berpegangan tangan. Kak Tipah yang melihat drama di hadapannya hanya mampu menggeleng kepala.

   Roselle mengusap kepala Ziyad yang sedang tidur dengan lena itu. Roselle bangun dari katil dan menuju ke meja belajar anaknya, dia membuka zip beg sekolah anaknya untuk mengemas buku dan menyusun di rak nya semula. Sehelai kertas berwarna biru jatuh di atas lantai, Ros segera mengambil kertas yang sudah renyuk itu.

Happy Father Day

Roselle sebak saat membaca ayat tersebut, jadi inilah punca Ziyad badmood tadi. Baru dia teringat esok adalah hari bapa, pasti Cikgu Qistina mengarahkan pelajar nya membuat kad ini dan menyerahkannya pada ayah masing-masing. Roselle duduk di atas kerusi belajar dan melihat ucapan yang tertulis di helaian kedua kertas itu.

Ziyad rindukan ayah, Ziyad nak sangat jumpa dengan ayah. Ziyad nak keluarga bahagia macam orang lain, dapat main bola dengan ayah, pergi taman sama-sama dan bercuti sekeluarga. Bila ayah nak balik? Ziyad nak sangat jumpa ayah.

Air mata mengalir perlahan di pupuk mata Roselle,sungguh derita hidup anaknya selama ini. Pasti Ziyad merasa tertekan setiap kali melihat rakan-rakannya yang lain yang dijemput pulang dari sekolah oleh ayah mereka. Roselle mengeluarkan telefon pintarnya dan segera mengambil gambar untuk dihantar ke laman I*******m. Semoga sahajalah Zhafran melihatnya. Beg itu dikemas dan kad itu dimasukkan kembali ke dalam beg, Roselle segera bangun dari dudukannya dan pergi mengambil air wudhu untuk menunaikan solat asar.

Kavin melihat postingan dari akaun Roselle beberapa minit lepas. Dia seakan tidak percaya apabila mengetahui bahawa Rose sudah mempunyai anak. Dia tahu wanita itu telah berkahwin tapi dia tidak tahu pula kalau Rose sudah mempunyai seorang anak. Dia segera membuka aplikasi W******p untuk bertanya pada Alisya.

Kavin

Hello Lis, kau busy tak?Kalau kau free aku nak jumpa lah.

Beberapa minit kemudian barulah Alisya membalas.

Alisya

Ha aku free, nak jumpa dekat mana?

Kavin

Ok nice, kita jumpa dekat Kafe Al Faliq. Kau tahu kan dekat mana?

Alisya

Ha, aku tahu

Dia menutup telefon pintarnya dan mengemas meja untuk menemui Alisya. Semoga Alisya sudi memberitahu nya lah.

   “Kau kenal ke siapa suami dia?” soal Kavin. Dia sudah mendengar segalanya dari Alisya, cuma dia tidak tahu siapakah suami Roselle.

   “Itu aku tak boleh beritahu.” Alisya membalas. Kavin mengangguk memahami.

   “Kenapalah dia buat Rose macam tu? Kalau dah tak cinta, ceraikan jelah.” Kavin meluahkan rasa tidak puas hati. Dia cukup bencikan lelaki ego!

   “Kita tak tahu apa yang diorang alami Vin, memanglah suami dia salah dalam hal ni. Tapi penceraian bukan satu jalan penyelesaian yang baik, apa nasib anak diorang nanti? Aku yakin segala tuduhan yang dia buat dekat Ros tu hanya salah faham je.” Alisya membalas lalu menghirup air smoothie strawberry nya.

   “Hmm… aku kenal Rose dah lama. Aku yakin dia takkan curang.” Kavin juga mengiyakan pernyataan itu. Alisya segera menukar topik perbualan setelah habis membicarakan tentang Ros.

Puan Sri Zuria melihat gambar Ziyad dan Roselle yang tersenyum manis itu. Dia mengeluh mengenangkan sikap ego anak bongsunya itu, masih tetap pendirian bahawa Ziyad bukan anaknya dan Roselle telah curang. Puan Sri Zuria yakin itu semua hanyalah salah faham yang terjadi. Mana mungkin Ziyad bukan anak kandung Zhafran kerana wajah Ziyad begitu mirip dengan wajah Zhafran sewaktu kecil.

   “Mama tengok gambar siapa tu?” Zarina Ann iaitu kakak sulung kepada Zhafran menyoal.

    “Gambar menantu dan cucu mama.”

    “Ros?” Zarina menyoal, Puan Sri Zuria mengangguk.

   “Rina rindu masakan Ros, sunyi betul rumah ni kalau takde Ros.” Zarina turut merasa kehilangan, dia memang geram dengan Zhafran saat ini. Lebih membuatkan dia sakit hati apabila Zhafran sedang bercinta sakan dengan seorang model yang cukup dibencinya. Melina Audia! Dahlah pakaian tak cukup kain lepastu menggedik pula. Jauh beza dengan sifat Roselle yang sopan santun dan begitu menjaga auratnya.

   “Nasihatlah anak kesayangan Mama tu, jangan asyik nak bercinta je kerja. Bukannya si Melina tu nak sangat dekat dia, gila harta sahaja tu.” Zarina berkata dengan geram dan segera menuju ke arah tangga. Puan Sri Zuria mengeluh, nak nasihat macam mana lagi. Bercakap dengan Zhafran umpama mencurah air ke daun keladi. Sia-sia, apa yang dia boleh lakukan hanyalah berdoa agar semuanya dipermudahkan. Doa seorang ibu kan tiada hijab nya.

   "Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepadamu aku meminta pertolongan. Bantulah hambamu ini Ya Allah. Kau bukakanlah pintu hati anak ku untuk menerima isteri dan anaknya. Kau kuatkanlah jodoh mereka hingga ke Jannah. Kau ampunilah segala dosaku dan seluruh keluarga ku. Aamiin Ya Rabbal Alamin."

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status