Share

CS ¦ 011

SHERIN dengan sukarela hendak membantu Puan Sora mengemas meja. Dalam ralit Sherin melakukan kerja, tiba-tiba suara garau milik seorang lelaki tua kedengaran. Sherin terus menoleh ke arah suara itu dan terkejut.

“Han Sora! Han Sora!” Gaya lelaki itu seolah-olah sedang kemabukan memanggil nama bekas isterinya berulang-kali.

Puan Sora terus bangun dan berdiri di hadapan Sherin bagi melindungi gadis itu dari dilihat Jungwoo. Tangan Sherin turut dipaut agar gadis itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

“Apa lagi yang awak nak!” Puan Sora menyoal tegas. Dahi yang sudah berdekut turut berkerut menandakan yang dia tidak suka dengan kehadiran lelaki tua itu.

Wajah Nam Jungwoo yang berada di hadapan dipandang dengan perasaan marah. Sherin yang berada di belakang Puan Sora cuba melangkah ke hadapan, namun tidak berjaya apabila tangan Puan Sora menghalang.

Dia tidak mahu apa yang telah menimpanya sebulan yang lepas kembali menimpa Sherin pula.

“Kau tak buat laporan polis tentang aku ke saya
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status