Share

Encik Doktor Cik Jururawat
Encik Doktor Cik Jururawat
Author: Aireen Arianna

Prolog

Hari ini keputusan SPM akan diumumkan, jantung Tiara berdegup laju malahan tangannya juga menggigil kerana rasa resah dengan keputusan SPM itu nanti.

   “Chill lah beb aku yakin kau dapat keputusan gempak punya” tegur Naura iaitu kawan baik Tiara.

   “Hopefully apa yang kau cakap tu jadi betul. Amiin” Tiara membalas. Semua murid-murid di dalam dewan itu kelihatan bahagia namun ada juga antara mereka yang risau seperti Tiara.

   “Kalau keputusan kau ok, kau nak ambil jurusan apa?” Soal Naura, Tiara tidak pasti untuk membalas apa. Lagi pula dia tidak mempunyai cita-cita. Sedih bukan? Tapi itulah kenyataannya, dia tidak pasti dengan kerjaya yang diminatinya.

   “Aku tak pasti, follow the flow jelah. Kau pula?”

   “Aku nak try apply IPG. Aku memang nak sangat jadi cikgu.” Balas Naura.

   “Amiin, semoga kawan aku ni berjaya” Tiara tersenyum ke arah Naura.

🤍🤍🤍

   “Tiara Amani binti Ahmad Taqiuddin”

Tiara berjalan ke arah meja guru dengan perasaan yang gemuruh.

   “Tahniah Tiara” ucap Cikgu Farina dengan senyuman yang manis. Tiara membuka sampul berwarna coklat itu dengan debaran di dada.

   “Alhamdulillah! Terima kasih Ya Allah” air mata kesyukuran mengalir di kelopak matanya. Tiara mendapat keputusan yang sangat cemerlang iaitu straight A+.

   “Tahniah Tia!” Naura dan Tiara berpelukan. Mereka terlalu bahagia saat ini, tak sia-sia mereka bersengkang mata untuk mengulang kaji mata pelajaran.

🤍🤍🤍

Tiara berjalan menuju ke rumahnya, jarak rumah nya dan sekolah tidaklah jauh mana. Hanya tiga minit sahaja jika berjalan kaki.

   “Keputusan aku dah ok sangat, tapi aku tak tahu nak ambil jurusan apa” Tiara mengomel sendirian. Semoga adalah petunjuk dari Allah tentang masa depannya.

Buk!

Tiara kaget melihat seorang makcik pengsan dihadapannya, dia segera berlari mendapatkan makcik tersebut. Nafas makcik itu kelihatan sangat lemah, Tiara dirundung rasa panik yang teramat.

   “Makcik! Makcik ok tak?” Tiara menggoncang perlahan tubuh mak cik itu, lalu segera memangku kepalanya. Tiara segera mengeluarkan telefon bimbit dan mendail panggilan kecemasan.Keadaan makcik itu tersangat lemah, Tiara menekan perlahan dada Makcik itu. Tiara panik.

   “Tolong! Tolong” Tiara menjerit meminta bantuan.

   “Apa yang berlaku?”soal seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna biru.

   “Siapa nama dia?” lelaki itu menyoal lagi dan menggoncang perlahan bahu makcik itu. Tiara segera melihat kad pengenalan makcik itu dari dompetnya yang terjatuh.

   “Rahayu”

   “Rahayu? Rahayu? Awak dengar tak? Kalau dengar tolong respons”

   “Ambulan?”

   “Dalam perjalanan” Tiara membalas dengan nada tersekat-sekat. Lelaki itu melihat leher makcik itu yang kemerahan. Dia segera menyelongkar beg makcik itu yang ternyata ada beberapa ubat di dalamnya. Lelaki itu segera mengambil sebuah botol ubat dan menekankan di bahagian perut Makcik itu. Tiara terkejut dengan apa yang lelaki itu lakukan.

   “Uhuk” Makcik itu terbatuk.

   “Makcik ok tak? Saya akan memberikan sedikit nitrogliserin. Sila buka mulut” Lelaki itu segera meletakkan nitrogliserin ke dalam mulut Makcik itu.

   “Ambulan akan sampai sekejap lagi, tolong bertahan”

Tiara terpaku melihat kecekapan lelaki kacak dihadapannya ini. Pasti lelaki ini bekerja di hospital kerana dia kelihatan sangat cekap.

🤍🤍🤍

   “Vasospasm?” soal kakitangan ambulan kepada lelaki berhoodie biru itu.

   “Yes,from anaphylactic shock. Please take her somewhere with a CCU that will do cardiac catheterisation. I’ll come along just to be safe” Lelaki itu memberikan penerangan yang sangat jelas.

   “Maafkan saya, tapi awak siapa ya?”

   “Doktor di Palace Garden, Aidan”

   “Baiklah, sila ikut kami”

Sebelum doktor itu melangkah memasuki ambulan. Tiara segera memanggil beliau. Doktor Aidan menoleh ke arah Tiara.

   “Terima kasih banyak-banyak” Tiara berkata dengan nada terharu. Doktor Aidan tersenyum.

   “Tidak mengapa, terima kasih juga” Tiara memandang Doktor Aidan dengan pandangan tidak percaya. Selebihnya dia rasa terpegun dengan senyuman manis Doktor Aidan.

   “Terima kasih sebab menjerit meminta tolong dengan suara yang kuat” Doktor Aidan mengusap perlahan kepala Tiara yang berlapik tudung itu. Jantung Tiara berdegup laju hinggakan dia tidak sedar Doktor Aidan sudah menaiki Ambulan. Dia merenung Ambulan itu hingga hilang dari pandangan mata.

   “Terima kasih ya Allah. Kau hantarkan lelaki sesempurna dia untuk menunjukkan aku tentang masa depanku”

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status