“Kie ada kereta free tak dekat bengkel kau tu?” Tanya Adam sambil matanya masih fokus pada skrin televisyen jenama LG bersaiz 32 inci di hadapannya itu.
“Yang free banyak. Banyak yang tak boleh jalanlah.” Toki mencapai alat kawalan jauh TV di atas meja ruang tamu rumahnya.
“Haa, ni tanya kereta free ni kenapa? Nak pakai keluar date dengan Julia ke?” Sambungnya lagi. Kali ini ibu jarinya sudah menekan punat bernombor tiga pada alat kawalan jauh yang dihalakan ke skrin televisyen
Adam hanya tersenyum sambil tangannya cuba merampas remote di tangan Toki.
“Kalau nak pinjam pakai jalan-jalan dengan awek kau tu memang tak adalah. Kalau ada pun aku tak bagi pinjam juga. Amanah orang kot.” Sambung Toki.
Dia cuba mengelak daripada cubaan Adam untuk merampas remote yang berada di tangannya.
Adam mengambil surat khabar yang berada di atas meja, meletakkannya terus di atas paha Toki. Segera juga Toki menun
Langit cerah.Adam, Toki dan Hannan berkumpul di hadapan kedai buku Jiwaria. Mereka sedang menunggu kelibat Melina. Selang beberapa minit sebuah skuter warna biru berhenti bersebelahan kereta kancil merah yang diparkirkan di depan kedai buku Jiwaria.Melina membuka helmet yang menyarung kepalanya. Beg galas di belakangnya juga sudah dilepaskan daripada bahu, disandarkan pada kaki. Satu-satu wajah ditatap. Cukup.“Okey, semua dah adakan. Kita nak naik apa ni?” Tanya Melina sambil membetulkan ikatan rambutnya.Adam sekadar menunjuk jarinya ke arah kereta kancil merah di depannya itu. Tepat bersebelahan dengan Melina.Melina terus tersenyum.“Bolehlah, yang penting ada daripada tiada.” Senyuman masih terukir. Masih berbaki.Tepat pukul 9.00 pagi.“Jom gerak.” Ajak Adam selepas melihat jam di tangannya.Mereka semua sudah kelihatan bersedia memulakan perjalanan yang telah dirancang dalam m
Matahari sudah berada di puncak angkasa. Kereta kancil merah dengan kelajuan sederhana itu bergerak menyusur ke arah selatan tanah air.Toki melirik matanya melihat jam digital di dashboard kereta, tepat pukul 12.30 tengahari. Matanya kembali fokus pada pemanduan. Papan tanda pam minyak berwarna hijau putih kelihatan jelas di siring jalan – 500 meter di hadapan.“Kat depan sana ada stesen minyak kita singgah kejap.” Ujar Toki, memecahkan suasana bisu dalam kereta tersebut.“Aku pun nak pergi toilet juga ni.” Kata Julia dari tempat duduk belakang, jemarinya sudah mengosok-gosok matanya yang baru celik itu.“Sedap tidur Jue.” Tanya Toki.“Sedap apa bendanya dahlah kerusi kereta kau ni keras nak mampus macam duduk atas kayu je, aircond pun hidup segan mati tak mahu.” Jawab Julia tanpa beralas percakapannya.Toki hanya tersenyum sumbing mendengar omelan Julia. Rasa menyesal menegurnya tadi.
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid yang berada di simpang jalan, Adam, Toki, Hannan dan Melina menuju ke arah kereta kancil yang diletakkan di depan masjid tersebut. Julia sahaja yang tidakmenuruti mereka hanya menunggu di dalam kereta – alasan biasa : datang bulan.“Kat depan sana ada pekan, kita cari hotel murah stay untuk malam ni.” Cadang Adam.“What! Hotel murah?” Julia tiba-tiba bersuara dari bangku belakang.“Kenapa? Geli ke nak stay dekat hotel bajet?” Soal Melina. Menyampah dengan sikap Julia.“Hello, I tak cakap dekat you ok.” Kata Julia itu ditujukan khas untuk Melina. “Adam, awak tahukan Jue tak biasa tidur dekat hotel murah?” Sambungnya lagi kali ini ditujukan untuk Adam pula.“Jue kat sini mana ada Hilton, Sheraton, Oriental, ni pekan kecil je la Jue.” Terang Adam. Satu-satu nama hotel mewah itu disebutnya.“Ok... jom gerak.” Celah Toki, malas mendengar drama dari Julia, takut episodnya berpanjangan. Julia hanya berdiam diri. Akur dengan situasinya sek
Tingkap kereta jenis Pajero berwarna hitam itu dibuka luas seakan mengundang nyamuk masuk untuk menikmati hidangan malam. Kotak rokok Winston merah di atas dashboard dicapai, dikeluarkan sebatang dari kotak terus dituju ke bibir.“Zack kau rasa kenapa bos tawarkan ganjaran yang terlalu besar untuk jejak si Megat Aidin tu?” Soal Bob yang berada di sebelah Razak. Dia lebih selesa memanggil Razak dengan nama Zack. Baru nampak ganasberbanding dengan nama Razak, seperti nama Cikgu pencen sahaja.Razak menyedut masuk asap rokok ke mulutnya, perlahan-lahan juga asap rokok itu dihembus keluar melalui rongga mulut dan hidungnya. Menghalau keluar kumpulan nyamuk yang baru ingin berpesta di dalam keretanya itu.“Soalan kau tu hanya bos yang boleh jawab. Fokus kita sekarang dengan budak tu.” Jawab Razak.“Eh Zack cerita pasal budak tu. Aku baru perasan sepanjang kita follow diorang sampai ke sini, salah seorangnya tu macam biasa aku tengok.” Cerita Bob lagi. “Biasa sangat, tapi takut juga peland
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid yang berada disimpang jalan, Adam, Toki, Hannan dan Melina menuju ke arah keretakancil yang diletakkan di depan masjid tersebut. Julia sahaja yang tidakmenuruti mereka hanya menunggu di dalam kereta – alasan biasa : datangbulan.“Kat depan sana ada pekan, kita cari hotel murah stay untuk malam ni.”Cadang Adam.“What! Hotel murah?” Julia tiba-tiba bersuara dari bangku belakang.“Kenapa? Geli ke nak stay dekat hotel bajet?” Soal Melina. Menyampahdengan sikap Julia.“Hello, I tak cakap dekat you ok.” Kata Julia itu ditujukan khas untukMelina. “Adam, awak tahukan Jue tak biasa tidur dekat hotel murah?”Sambungnya lagi kali ini ditujukan untuk Adam pula.“Jue kat sini mana ada Hilton, Sheraton, Oriental, ni pekan kecil je laJue.” Terang Adam. Satu-satu nama hotel mewah itu disebutnya.“Ok... jom gerak.” Celah Toki, malas mendengar drama dari Julia, takutepisodnya berpanjangan.Julia hanya berdiam diri. Akur dengan situasinya sek
“Aku dah tanya uncle tu, dia cakap teksi memang tiada dekat sini. Bas dekat sini pun ikut waktu, bas pertama dah gerak awal pagi tadi yang ada sekarang bas petang. So nak tunggu?” Terang Adam. “Uncle tu nak pergi mana?” Tanya Toki pula.“Uncle tu nak ambil ayam dekat kampung sebelah. Kenapa Kie nak tumpang uncle tu ke? Kalau nak uncle tu ok je tapi kena duduk belakanglah, uncle tu bawa anak bininya sekali.”“Naik lori ayam? Aku sanggup lagi tunggu dekat sini daripada naik lori buruk tu.” Celah Julia tiba-tiba. Seumur hidupnya tidak pernah dia naik lori tambah-tambah lagi lori ayam. Perkara yang tidak pernah terlintas dikepalanya.“Baguslah, kau tunggu dekat sini sampai tua.” Melina bersuara. Geram dengan sikap Julia yang suka mengada-ngada itu.“Kita tunggu dulu dalam setengah jam macam tu, sementara uncle tu siapkan urusannya. Sambil-sambil tu bolehlah cari-cari kereta kalau ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Adam.Julia memanfaatkan masa yang terluang itu untuk mencari kereta,
Toki yang baru turun dari lori menyapu-nyapu belakang seluarnya cuba menghilangkan kesan kotoran yang melekat. Sekeliling jalan ditinjau. Hening. Sunyi. Sepi. “Hannan biar betul jalan ni menuju kampung Gelam. Macam jalan masuk hutan je?”“Ikut map betullah jalan ni.” Hannan diam seketika, fokusnya kembali kepada aplikasi Waze di telefon bimbitnya. “Coverage kat sini tak berapa kuatlah, tak dapat guna Waze.” Kali ini telefon bimbit di tangannya dijulang tinggi cuba mencari coverage yang sekejap ada sekejap hilang.Adam sudah duduk mencangkung di bahu jalan, bermain batu-batu kecil yang berselerakkan berhampirannya. “So macammana? Kita tunggu sini atau apa?” Batu-batu kecil itu sudah dilemparnya ke tengah jalan.“Kita jalan terus sambil-sambil tu bolehlah tahan kereta yang lalu, manalah tahu ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Melina pula. Keringat juga sudah mula membasahi wajah Melina yang putih itu.Lebih kurang 15 minit sudah mereka melalui jalan raya yang bisu dan sepi tanpa keh
Pukul 10.00 malam. kereta Kancil itu tetap gagah menyusur jalan raya yang gelap dan sunyi.“Lan kau bagilah aku pandu kereta ni pula, kau pandu slow nak mampus. Bila mahu sampai tempat Ah Seng.” Joe Gigi sudah tidak tahan dengan cara pemanduan rakannya itu, rasanya kalau mereka berlumba dengan kancil sebenar jauh bertiang-tiang mereka kena tinggal. Lembab macam kura-kura.“Joe kau kena ingat kita ni penjahat bertamadun macammana jahat pun keselamatan kena utamakan. Safety first. Sebelum masuk simpang kena bagi signal, kelajuan pula kena ikut had laju yang ditetapkan. Joe kau tahu sebab aku bawa lajulah kaki sebelah aku ni tempang, Aku dah serik bawa laju.”Jelas Lan Tempang. “Itu masa kau bawa basikal. Kau yang cari nahas sendiri, yang kau pergi rempuh lembu pak Samad tu apa hal. Lembu tu tengah sedap-sedap melepas dekat jalan yang kau pergi langgar, mendapatlah. Sakit dapat tahi lembu pun dapat.” Joe gigi masih belum berpuas hati.Lan Tempang hanya berdiam diri malas nak berlawan hu