Share

Bab 8

Razak mengaru-garu kepala botaknya yang terasa gatal akibat terlalu lama berjemur di bawah panas matahari. Telefon bimbit di poket kanan seluar jeansnya dikeluarkan, dia melihat jam di skrin sebelum memasukkannya semula ke dalam poket. 

“Janji manusia, jarang sekali mahu ditepati.” Gumamnya sendiri.

Dia menghembus keluar asap rokok dari mulutnya, berkepul-kepul keluar terus membentuk corak abstrak sebelum menghilang dibawa angin. Tangan kirinya asyik bermain dengan penutup mancis jenama Zippo itu, melayan rasa bosan yang menjalar dalam dirinya.

Matanya melilau kiri dan kanan jalan di hadapan pondok bas tempatnya berada sekarang seakan menunggu seseorang. Selang beberapa minit sebuah kereta hitam jenis BMW 5 series berhenti tepat di hadapannya. Kereta yang ditunggu-tunggunya sedari tadi. Rokok yang masih berbaki separuh itu dibuang ke tanah sebelum kakinya memijak puntung rokok tersebut, mematikan baranya yang masih menyala kemerahan.

Pint

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status