Share

BAB 11

PAGI ini Zuriana Imani bangun agak lewat, jam sudahpun menunjukkan pukul 11.15 pagi. Dia lewat tidur semalam kerana sibuk mencari diari merah jambu miliknya, namun tidak dijumpai sehingga kini. Dia bingkas bangun dari katil sambil menguap, tangan kanannya mencapai tuala yang digantung di penyidai kain di sebelah kiri katil seraya menapak masuk ke dalam bilik mandi. Otaknya bekerja keras untuk mengingati semula di mana dia meninggalkan diari merah jambunya itu.

Lima belas minit selepas itu ketika Zuriana Imani sedang sibuk mengelap rambutnya di hadapan cermin.

Pon... Pon... Pooonnnnn...

Kedengaran bunyi horn kereta, sangat jelas bunyinya. Sepantas kilat gadis manis itu berlari menuju ke arah tingkap, dilihatnya kereta Toyota Vios berwarna putih milik Rayyan Zafrul sudahpun berada di hadapan rumahnya. "Eh, ada apa pulak dia ni? Hari hujung minggu pun kena kerja jugak ke?"<

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status