Jam menunjukkan pukul 11 pagi ketika Hana dan Pak Rahman tiba di hadapan Grand Hotel. MPV hitam yang membawa mereka berhenti perlahan, dan Hana melangkah keluar dengan wajah sedikit kusut—belum sempat mandi sejak bertolak tadi. Dia merancang untuk bersihkan diri dan bersiap di bilik hotel sahaja sebelum urusan penting seterusnya.
Tanpa berlengah, Hana terus melangkah masuk ke lobi hotel dan menuju ke kaunter resepsionis. Seorang staf wanita menyambut dengan senyuman sopan.“Saya isteri kepada Tuan Armand. Beliau ada tempah bilik di sini,” ujar Hana dengan suara tenang, walaupun matanya jelas memancarkan keletihan.Resepsionis itu terdiam sejenak, memandang Hana dari atas ke bawah, kemudian berkata perlahan, “Maaf puan... tapi isteri Tuan Armand sudah tiba pagi tadi.”Hana terpinga. Dahi berkerut. “Eh? Habis saya ni siapa? Bukan isteri dia juga ke?” soalnya, separuh bergurau, separuh mencabar.Resepsionis kelihatan sedikit gelabah. “Err...Perut dah kenyang. Tekak pun dah lega. Suasana dalam bilik hotel yang berhawa dingin tu macam suruh Hana tarik nafas, lepas perlahan-lahan, sambil bisik, “Tenanglah wahai wanita malang…”Hana duduk bersila di hujung katil. Bantal peluk Fakhri entah macam mana dah terselit bawah lengannya. Hidung dia dah tiga kali gonyoh bantal tu—sah dah jadi bantal pengubat luka tanpa sedar. Bantal pun tak mintak consent, tapi redha je.Makan tengah hari tadi memang senyap. Tak ada drama. Tak ada bunyi piring berlanggar. Fakhri tak tanya apa-apa. Langsung. Tapi bukan sebab dia tak peduli. Fakhri tahu. Dia tahu sangat. Hana tak menangis sebab hilang telefon atau sebab kad bank kena telan mesin ATM. Ni bukan jenis kesedihan yang boleh dipujuk dengan setomyam.Ni jenis luka yang tak nampak. Tapi pedih dia sampai tulang.Fakhri pun duduk tak jauh, konon sibuk main telefon, tapi dari ekor mata Hana tahu dia perhati juga. Cuma dia pandai. Dia diam. Sebab dia tahu, ada
Langkah Hana perlahan di denai taman rekreasi yang lengang. Waktu tengah hari begini, hanya unggas dan bayang pohon yang menemani. Matahari terpacak di langit, tapi hati Hana serasa gelap — mendung dan dingin.Dia membetulkan tudung yang sedikit senget, disebabkan angin atau mungkin kesan dari larian panik tadi — larian yang membawa diri, membawa hati yang berkecai.Kasut flat yang dipakainya menyentuh tanah berpasir. Baju kurung longgar warna kelabu susu yang dipakai sempena ‘suprise trip’ tengah hari itu langsung tidak menonjol. Dia tidak kisah. Sebab dia tidak datang untuk bergaya, dia datang untuk meraikan kasih. Tapi kini... rasa kasih itu seolah-olah dihempas tanpa belas.Hana duduk perlahan di bangku kayu usang, menghadap kolam air yang tenang. Tudung yang meleret ditiup angin sesekali menutupi sebahagian wajahnya, namun tidak mampu menyembunyikan mata yang merah dan bengkak.Air matanya sudah entah berapa kali gugur. Tapi tetap saja mengal
Jam menunjukkan pukul 11 pagi ketika Hana dan Pak Rahman tiba di hadapan Grand Hotel. MPV hitam yang membawa mereka berhenti perlahan, dan Hana melangkah keluar dengan wajah sedikit kusut—belum sempat mandi sejak bertolak tadi. Dia merancang untuk bersihkan diri dan bersiap di bilik hotel sahaja sebelum urusan penting seterusnya.Tanpa berlengah, Hana terus melangkah masuk ke lobi hotel dan menuju ke kaunter resepsionis. Seorang staf wanita menyambut dengan senyuman sopan.“Saya isteri kepada Tuan Armand. Beliau ada tempah bilik di sini,” ujar Hana dengan suara tenang, walaupun matanya jelas memancarkan keletihan.Resepsionis itu terdiam sejenak, memandang Hana dari atas ke bawah, kemudian berkata perlahan, “Maaf puan... tapi isteri Tuan Armand sudah tiba pagi tadi.”Hana terpinga. Dahi berkerut. “Eh? Habis saya ni siapa? Bukan isteri dia juga ke?” soalnya, separuh bergurau, separuh mencabar.Resepsionis kelihatan sedikit gelabah. “Err...
Malam itu, Hana duduk termenung depan laptop. Penerbangan ke Penang yang sepatutnya pagi esok tiba-tiba ditangguhkan tanpa tarikh baru. Dalam hati, dia mula fikir macam mana nak ke sana sekarang.“Kalau tunggu esok, kerja boleh tergendala. Tapi kalau aku drive sorang malam-malam ni, bahaya betul.” Hana termenung sambil tarik nafas panjang.Tiba-tiba teringat pemandu setianya, Pak Rahman. Cepat-cepat dia capai telefon dan dail nombor Pak Rahman.“Halo, Pak Rahman,” suara Hana lembut. “Maaf ganggu, saya ada masalah sikit... Penerbangan saya ke Penang pagi esok ditangguhkan. Saya kena pergi malam ni juga, tapi tak berani memandu sorang. Boleh tak Pak Rahman tolong hantar saya? Saya janji bayar lebih, makan minum, tidur semua saya tanggung.”Pak Rahman senyap sekejap, kemudian jawab dengan nada serius tapi ada gurauan, “Wah, Puan Hana ni, kalau bayar lebih saya siap bawa bantal dan selimut sekali. Macam pergi bercuti pulak ni!”Hana ketawa ke
Hana melangkah masuk ke kafe tropikal itu dengan langkah perlahan. Suasana yang disambutnya bukan seperti kafe biasa — lampu kuning malap bergantung di antara pokok-pokok indoor, bau daun pandan dan serai semerbak dari sudut dapur terbuka, dan lagu akustik Bali perlahan-lahan mengisi ruang udara. Macam masuk dunia lain.Fakhri sudah melambai dari meja tepi tingkap. Dia nampak segar, berbaju linen putih dan seluar chino. Gaya macam dah besar betul dah, detik hati Hana.“Aku ingat kau ajak minum kat mamak,” Hana terus duduk sambil letak beg tangan di kerusi sebelah. “Rupa-rupanya kau bawa aku healing.”Fakhri tergelak kecil. “Kak Hana, ni tempat klien aku. Aku terlibat dalam pelancongan domestik sekarang. Resort, chalet kampung, aktiviti desa — semua tu ada permintaan tinggi sekarang. Orang nak escape, tapi bajet tak cukup nak keluar negara.”“Ooo. Baguslah. Baru kau sedar Malaysia ni cantik. Dulu bukan main kau cerita pasal angan nak jadi tour guid
Hana berdiri di depan pintu pejabatnya sambil menarik nafas panjang. Hari Isnin. Musuh tradisi manusia sejak zaman sekolah lagi."Baru Isnin... tapi rasa macam dah Khamis minggu depan," rungutnya dalam hati sambil menolak daun pintu pejabatnya yang berkilat itu.Malam tadi dia tidur seorang diri. Armand ada urusan luar daerah. Katil besar jadi medan berguling tanpa siapa-siapa nak tarik selimut. Sekali dua dia dengar bunyi pintu—rupa-rupanya angin. Bukan Armand. Bukan juga hantu. Cuma angin dan kesunyian yang menempel sepanjang malam.Hana berjalan ke mejanya perlahan seperti zombie cari kopi. Belum sempat dia duduk, pintu diketuk.Tok tok tok!Tasya munculkan diri macam biasa. Pantas dan cekap. Entah makan apa pagi-pagi, bertenaga macam minum espresso terus dari botol.“Puan Hana, selamat pagi!” sapa Tasya sambil tersenyum. “Ada mesyuarat pukul sepuluh nanti dengan Bahagian Kewangan.”Hana memejam mata sekejap. “Meeting