Hari Ahad yang malas. Angin pun macam tak lalu nak tiup.
Dalam rumah sewa dua tingkat itu, Hana duduk bersila di atas tilam bujang yang dibentang di ruang tamu. Tudungnya masih elok, tapi matanya nampak kosong. Dalam tangan, telefon bimbit yang sudah dua jam tak disentuh."Hanaaa..." suara Emy bergema dari dapur. "Aku tahu kau bosan."Hana senyum tawar. Dah agak."Kau dengar aku jalan pun kau tahu aku bosan ke?""Bukan dengar. Aku rasa. Aura kau ni serupa kipas meja rosak. Berangin tak sampai.""Hahaha… gila kau ni."Emy keluar dari dapur sambil pegang sebiji mangkuk berisi keropok."Jom keluar. Pergi mall. Cuci mata. Cari makan. Masuk Watson, test lip balm. Kau nak?"Hana terdiam sekejap. Dia pandang sekeliling rumah yang sederhana tapi selesa.Senyap. Tak ada siapa kenal dia di sini. Tak ada siapa bertanya. Tak ada siapa menghakimi. Bebas."Mall mana?""Aeon. Dekat. ParkingHari Ahad yang malas. Angin pun macam tak lalu nak tiup.Dalam rumah sewa dua tingkat itu, Hana duduk bersila di atas tilam bujang yang dibentang di ruang tamu. Tudungnya masih elok, tapi matanya nampak kosong. Dalam tangan, telefon bimbit yang sudah dua jam tak disentuh."Hanaaa..." suara Emy bergema dari dapur. "Aku tahu kau bosan."Hana senyum tawar. Dah agak."Kau dengar aku jalan pun kau tahu aku bosan ke?""Bukan dengar. Aku rasa. Aura kau ni serupa kipas meja rosak. Berangin tak sampai.""Hahaha… gila kau ni."Emy keluar dari dapur sambil pegang sebiji mangkuk berisi keropok."Jom keluar. Pergi mall. Cuci mata. Cari makan. Masuk Watson, test lip balm. Kau nak?"Hana terdiam sekejap. Dia pandang sekeliling rumah yang sederhana tapi selesa.Senyap. Tak ada siapa kenal dia di sini. Tak ada siapa bertanya. Tak ada siapa menghakimi. Bebas."Mall mana?""Aeon. Dekat. Parking
Subuh baru melabuhkan tirainya di sebuah unit flat empat tingkat di pinggir bandar Johor Bahru. Suasana luar masih dingin, dinding rumah masih menyerap sejuk malam yang belum sempat pergi. Seorang gadis baru melangkah keluar dari bilik air. Rambutnya basah, melekap ke bahu, dan bau syampu memenuhi ruang kecil biliknya.Dengan langkah pantas, dia menuju ke bilik kecil bersebelahan. Sinar cahaya pagi mula menembusi langsir tipis yang terbiar separuh terbuka. Di atas tilam bujang di lantai, kelihatan seorang wanita masih berselimut, membelakangi jendela.Gadis itu mencekak pinggang.“Oi, bangunlah. Subuh dah nak habis weh.”Tiada respons.Dia terus duduk bersila di hujung tilam sambil menarik hujung selimut itu perlahan. “Bangunlah. Kau ingat ni rumah kau ke? Dah empat hari kau baring dekat sini macam anak raja. Kau tak kerja ke hari ni?”Perlahan-lahan wanita di atas tilam mengeluh kecil. Masih memejam mata, dia menjawab, “Aku tak
Setelah beberapa hari bertempur di medan korporat di Penang—dengan mata panda akibat tak cukup tidur, suara serak lepas berucap penuh semangat dan berpuluh-puluh slaid PowerPoint yang hampir buat semua orang rabun—akhirnya Armand pulang ke Johor bersama kru hebatnya. Walaupun letih macam baru turun dari Gunung Tahan, masing-masing senyum lebar. Sebab apa?Kerana misi berjaya.Proposal pembelian 70% saham Purnama Hotel diluluskan.Boom. Jackpot besar.Armand rasa bagai juara dalam pentas realiti perniagaan. Kalau ada kamera ikut dari belakang, pasti lagunya ‘We Are the Champions’.Sampai sahaja di villa, Armand terus meluru masuk macam hero Bollywood baru turun dari helikopter. Dia tak sabar nak jumpa Hana. Harapannya tinggi melangit. Mungkin Hana tengah menunggu dalam bilik, dengan senyuman, mungkin… dengan air teh panas.Tapi sebaik saja pintu bilik dibuka—kosong.Katil kemas. Bantal pun macam tak terusik.Sunyi.Jantung
Perut dah kenyang. Tekak pun dah lega. Suasana dalam bilik hotel yang berhawa dingin tu macam suruh Hana tarik nafas, lepas perlahan-lahan, sambil bisik, “Tenanglah wahai wanita malang…”Hana duduk bersila di hujung katil. Bantal peluk Fakhri entah macam mana dah terselit bawah lengannya. Hidung dia dah tiga kali gonyoh bantal tu—sah dah jadi bantal pengubat luka tanpa sedar. Bantal pun tak mintak consent, tapi redha je.Makan tengah hari tadi memang senyap. Tak ada drama. Tak ada bunyi piring berlanggar. Fakhri tak tanya apa-apa. Langsung. Tapi bukan sebab dia tak peduli. Fakhri tahu. Dia tahu sangat. Hana tak menangis sebab hilang telefon atau sebab kad bank kena telan mesin ATM. Ni bukan jenis kesedihan yang boleh dipujuk dengan setomyam.Ni jenis luka yang tak nampak. Tapi pedih dia sampai tulang.Fakhri pun duduk tak jauh, konon sibuk main telefon, tapi dari ekor mata Hana tahu dia perhati juga. Cuma dia pandai. Dia diam. Sebab dia tahu, ada
Langkah Hana perlahan di denai taman rekreasi yang lengang. Waktu tengah hari begini, hanya unggas dan bayang pohon yang menemani. Matahari terpacak di langit, tapi hati Hana serasa gelap — mendung dan dingin.Dia membetulkan tudung yang sedikit senget, disebabkan angin atau mungkin kesan dari larian panik tadi — larian yang membawa diri, membawa hati yang berkecai.Kasut flat yang dipakainya menyentuh tanah berpasir. Baju kurung longgar warna kelabu susu yang dipakai sempena ‘suprise trip’ tengah hari itu langsung tidak menonjol. Dia tidak kisah. Sebab dia tidak datang untuk bergaya, dia datang untuk meraikan kasih. Tapi kini... rasa kasih itu seolah-olah dihempas tanpa belas.Hana duduk perlahan di bangku kayu usang, menghadap kolam air yang tenang. Tudung yang meleret ditiup angin sesekali menutupi sebahagian wajahnya, namun tidak mampu menyembunyikan mata yang merah dan bengkak.Air matanya sudah entah berapa kali gugur. Tapi tetap saja mengal
Jam menunjukkan pukul 11 pagi ketika Hana dan Pak Rahman tiba di hadapan Grand Hotel. MPV hitam yang membawa mereka berhenti perlahan, dan Hana melangkah keluar dengan wajah sedikit kusut—belum sempat mandi sejak bertolak tadi. Dia merancang untuk bersihkan diri dan bersiap di bilik hotel sahaja sebelum urusan penting seterusnya.Tanpa berlengah, Hana terus melangkah masuk ke lobi hotel dan menuju ke kaunter resepsionis. Seorang staf wanita menyambut dengan senyuman sopan.“Saya isteri kepada Tuan Armand. Beliau ada tempah bilik di sini,” ujar Hana dengan suara tenang, walaupun matanya jelas memancarkan keletihan.Resepsionis itu terdiam sejenak, memandang Hana dari atas ke bawah, kemudian berkata perlahan, “Maaf puan... tapi isteri Tuan Armand sudah tiba pagi tadi.”Hana terpinga. Dahi berkerut. “Eh? Habis saya ni siapa? Bukan isteri dia juga ke?” soalnya, separuh bergurau, separuh mencabar.Resepsionis kelihatan sedikit gelabah. “Err...