Share

Keutuhan Cinta
Keutuhan Cinta
Author: Tengku nurnabilah

Bab 1

Perkenalan Farhan dan Nadia Jasmine bermula pada tahun 2019, mereka bertemu dan berkenalan ditempat mereka. Perjumpaan mereka secara tidak sengaja. Nadia dan Farhan bekerja disebuah Syarikat Pasar Mini Indah. Nadia seorang pengurus di Pasar Mini Indah dan Farhan pula penyelia. 

Pada suatu hari, Nadia terlambat pergi kerja dan dia sangat kelam-kabut. Nadia pergi kerja dengan menaiki sebuah motosikal. Separuh perjalanan pergi ke tempat kerja motosikal yang ditunggang oleh Nadia tayarnya pancit. Dia tersadai di tengah jalan raya, dia menunggu mungkin ada yang mahu menolongnya. Namun setelah beberapa jam dia menunggu tiada yang boleh menolongnya. Dia tekad untuk berjalan kaki pergi ke tempat kerjanya. Lalu sedang dia berjalan kaki ada seseorang yang memberhentikan kenderaan dan bertanya "kenapa dengan motosikal awak?” lelaki tersebut menyoal

    "motorsikal saya tayar  pancit” jawab Nadia 

    "awak nak pergi ke mana?” lelaki itu menyoal lagi

     "saya nak pergi ke tempat kerja” balas Nadia dengan tersimpul malu

    "Oh, samalah saya pun nak ke tempat kerja juga ni” jawab lelaki itu

    "Oh, ok ” Nadia membalas dengan nada sangat penat

   "Jomlah saya tolong hantarkan awak ke tempat kerja awak ?” lelaki itu pun memperlawa Nadia agar Nadia menumpangnya dan dia selamat sampai ke tempat kerjanya

    "Eh, tak apa saya jalan kaki saja lagi pun dah nak dekat sampai ke tempat kerja saya” jawab Nadia dengan wajahnya yang malu

    "Tak apa, mari saya hantarkan lagi pun tengah panas terik ni dan bahaya kalau awak seorang diri ditepi jalan raya” balas lelaki itu dengan wajah berkerut kerana cuaca sangat panas

 Nadia berkata dalam hati adakah dia patut menumpang lelaki itu atau dia berjalan kaki saja lagipun dia agak takut kalau lelaki itu akan apa-apakan dia.Beberapa saat dia memikir dan dia memilih untuk menumpang lelaki itu kerana cuaca agak panas dan dia dah terlambat ke kerja. 

     "Hurmm...kalau macam tu baiklah saya tumpang awak pergi kerja” Nadia berkata dengan nada yang perlahan kerana dia berasa was-was kerana dia tidak kenal lelaki itu. Dalam setiap perjalanan hati dia terdetik berkata dia harap dia selamat sampai dengan selamat. 

    "Ok jom, awak jangan risau saya tak akan apa-apakan awak. Saya hantar awak pergi kerja saja saya niat nak tolong awak saja ” perkataan yang sangat tulus keluar dari mulut lelaki itu. 

Dengan tidak melengah lagi Nadia pun menaiki motor lelaki itu dengan wajah yang sangat -sangat segan dan lelaki tersebut memulakan perjalanan untuk menghantar Nadia ke tempat kerjanya. Lalu tanpa menyepikan keadaan lelaki itu mula untuk berborak-borak dengan Nadia.

     "Awak kerja apa?” soal lelaki itu sambil membawa motosikal

  

     "Saya kerja di Pasar Mini saja” kata Nadia

     "Oh, saya pun kerja Pasar Mini juga” balas lelaki itu

     

    "Samalah pekerjaan kita” Nadia berkata sambil memandang ke hadapan

   "Haah sama” jawab lelaki itu dengan tersengih

   

   "Awak umur berapa, boleh saya tahu?”  lelaki itu bertanya kepada Nadia

    "Boleh, umur saya 23 tahun” jawab Nadia

Setelah beberapa minit diperjalanan mereka menuju ke persimpangan dan lelaki tersebut pun bertanya "Ini belok belah mana ke kanan atau ke kiri?"

   

    "belok sebelah kanan awak” balas Nadia 

    "Ok” jawab lelaki itu

Dan apabila telah masuk ke persimpangan kanan lelaki itu berasa jalan yang selalu dilalui oleh dia dan kelihatan Pasar Mini Indah, lelaki tersebut kehairanan kerana Pasar Mini Indah tempat kerja lelaki tersebut. Lelaki tu pun menyoal Nadia.

   "Awak kerja di Pasar Mini Indah?” lelaki itu bertanya sambil mukanya kehairanan 

    "Ya, saya bekerja disini, kenapa?” balas Nadia 

   "Oh, ya ke?  Kenapa saya tak pernah nampak awak?” kata lelaki itu

Nadia dan lelaki itu berborak diatas motor sementara mahu mencari parking motosikal

     "Huh!? Tak akan lah saya nak tayang muka saya pula, saya bekerja disini bukan melancong” balas Nadia sambil ketawa

    "Bukan itu maksud saya, saya pun bekerja disini sebab itu saya hairan kenapa saya tak pernah nampak awak?” lelaki itu bertambah hairan kerana mungkin si dia main-main. 

    "HUH!? Seriuslah awak kerja disini, saya pun tak pernah pula nampak awak” balas Nadia dengan nada terkejut 

Lelaki itu menongkatkan motosikalnya. Nadia dan Farhan pun sambung berborak dan berjalan menuju masuk ke dalam Pasar Mini itu. 

   "Ya saya bekerja disini, itulah sama-sama tak perasan kot” jawab lelaki itu dengan wajah tersengih

    "Tapi saya masih baru disini ” kata Nadia 

   "Oh, patutlah saya tak cam muka awak, kiranya awak pekerja baru lah ya? ” 

    "Hahahaha, ya betul tu saya pekerja baru disini tapi tak lah baru sangat” balas Nadia sambil senyum 

    "Oh, awak bekerja dah berapa bulan atau minggu?” soal lelaki itu

    "Saya baru dua minggu bekerja disini” balas Nadia

    "Oh, hahahahahah kebetulan sangat kan” balas lelaki itu sambil ketawa

    "kebetulan kita berjumpa” balas Nadia 

    "Kita berborak dari tadi saya lupa nak tanya nama awak siapa” tanya lelaki itu

   "Nama saya Nadia Jasmine, nama awak siapa?” Nadia menjawab sambil tersimpul malu

    "Oh, nama saya Farhan”- balas Farhan

   "Oh ok Farhan, saya nak sambung buat kerja ya nanti saya mesej awak? ” kata Nadia ke Farhan

   "Ok Nadia, tapi macam mana awak nak mesej saya awak ada nombor saya ke? ” balas Farhan

   "Tak ada, betul juga tu kata awak saya tak ada nombor awak” Nadia membalas sambil mengaru kepalanya

  "Hahaha, mari sini telefon awak saya masukkan nombor saya” balas Farhan sambil mengambil telefon Nadia ditangannya

Tet tet tet 

Farhan pun memasukkan nombornya di telefon Nadia. Setelah selesai memberi nombor telefonnya. Mereka langsung buat kerja-kerja mereka. Sedang Nadia membuat kerja dia baru teringat dia tiada kenderaan untuk pulang ke kerja nanti. Dia akan menelefon kawan-kawannya untuk minta tolong ambilnya. 

Jam tepat pada pukul 6 petang ,Nadia sudah pulang ke kerja dan dia berjalan kaki ke stesen bas seorang diri. Dia mencuba menelefon kawan-kawannya yang lain namun tiada siapa yang boleh tolong dia. Dia cuba untuk menelefon kawan baiknya iaitu Amalina, malang sekali Amalina sedang bekerja. Dia terpaksa menunggu mungkin ada teksi atau grab. Setelah beberapa minit menunggu masih lagi tiada siapa yang boleh tumpangkan Nadia. Jam pun telah menunjukkan hampir pukul 6:30 petang. Dalam masih menunggu tiba-tiba ada sebuah motosikal berhenti dan bertanya "awak mahu pergi ke mana” lalu Nadia pun membalas "saya nak balik ke rumah” sedang Nadia bercakap lelaki itu pun buka topi keledarnya dan lelaki itu menoleh ke arah Nadia rupa-rupanya itu adalah Farhan.

   " Lah, awak rupanya saya ingatkan siapalah tadi, Nadia membalas dengan menggelengkan kepalanya

    "Hahahaha saya pun baru perasaan awak, ingatkan makcik mana”  Farhan mengusik si Nadia

   

      

     "Eh, biadap awak eh panggil saya makcik pula, hahahaha” Nadia membalas sambil ketawa

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status