Suasana di dalam ruang tersebut sepi sahaja. Martina dan Lyra sedang duduk di meja, tenggelam dalam fikiran masing-masing. Valerio dengan santai berbaring sambil menggoyangkan kakinya di kerusi empuk dan panjang di bucu kabin itu. Martina sesekali menjeling ke arah Valerio. Sejak tadi, dia rasa terganggu dengan keberadaan lelaki itu yang mengenalinya, sedangkan mereka seingatnya tidak pernah bertemu. "Kacak kan dia?" Martina pantas memusingkan kepala, memandang Lyra yang bertanya tadi dengan riak terkejut dan keliru. "Siapa?" Dahi perempuan muda berambut perak itu berkerut seribu, jelas tidak senang dengan soalan Lyra. Lyra tertawa melihat reaksi Martina. "Janganlah malu. Aku nampak kau asyik curi tengok kat Val sejak tadi. Mesti kau dah tertawan dengan muka tampan dia kan?" Mata Martina membulat, dia tertawa tidak percaya sambil menggelengkan kepala. "Kau dah salah faham ni. Mana ada aku terpikat dengan lelaki tu." "Eihh…" Lyra seperti tidak mahu
Martina merenung wajah wanita berambut ungu itu. Dia tidak berkata apa-apa, sengaja ingin memberikan ruang supaya perempuan muda itu meneruskan ucapannya. Perempuan beranak mata hitam itu menarik nafas dalam sejenak sebelum menyambung bicaranya. "Sebelum ni, hidup aku bebas. Aku boleh buat semua yang aku nak. Sejak terperangkap kat sini, aku…" Diam seketika, perempuan berambut ungu itu kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. "…kita tak boleh nak buat apa-apa. Terkurung. Dikawal." Martina menundukkan kepala. Dia seperti dapat mengagak pengakhiran itu sejak daripada mereka semua dibawa ke kabin ini tanpa rela. Rasa terkurung dan terperangkap semasa di kapal penyeludup sebelum ni membuatkan tubuh Martina menggigil. Dia tidak mahu melalui perkara seperti itu lagi. "Kau tahu tak?" Soalan tiba-tiba dari mulut perempuan muda itu menarik Martina kembali ke ruang tersebut. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada gadis tersebut. "Sebaik kau menapak di kapal n
Suasana dalam ruang tersebut menjadi tegang sejenak. Sebaik bunyi tapak kaki kedengaran semakin jauh dari pintu, orang yang berada di meja dengan pantas menghampiri muka-muka yang baru dilihat itu. "Kau tak apa-apa?" Satu-satunya perempuan yang duduk di meja sejak dari tadi bertanya kepada Sycatt. Tetapi Sycatt tidak mampu menjawab, dia tercungap-cungap mengatur pernafasan. Verika di sisinya sangat risau, dia mengangkat muka dan memandang perempuan tadi dengan wajah penuh kerisauan. "Tepi." Suara garau seorang lelaki membuatkan semua orang membuka laluan secara automatik. Lelaki yang sejak tadi duduk sendirian di atas kerusi di bucu ruang tersebut menghampiri lalu mencangkung di sebelah Verika. Dalam detik yang singkat itu, Verika sempat memandang lelaki yang mengenakan baju-t hitam berlengan pendek di sisinya itu. Rambut coklat, matanya berkilau keemasan mampu memikat mana-mana mata yang memandang. Tubuh lelaki itu nampak tegap, urat pada lengan berotot itu terlih
Matahari sudah mula memancarkan cahaya di lautan nan luas itu. Indahnya tidak tergambar. Sebuah kapal mewah yang sangat besar terapung di permukaan air menambahkan lagi estetika dan kecantikan pemandangan tersebut. Seorang lelaki tinggi berjalan tenang melintasi satu demi satu bilik. Langkahan kakinya tidak tergesa-gesa tetapi agak cepat. Rambut berwarna hijau gelap itu beralun dengan cantiknya. "Kaelen." Satu suara yang sangat garau dan dalam menegur. Kaelen yang berpakaian kemeja putih dan seluar panjang hitam itu berpaling ke arah suara yang sangat dikenalinya. "Kau nak ke mana ni?" Zephyr yang berpakaian lengkap seperti kapten kapal berjalan menghampiri Kaelen. Pakaian seragam itu tidak mampu menyembunyikan tubuhnya yang besar dan kekar. Kaelen memerhatikan riak wajah Zephyr untuk sekejap sebelum menjawab. "Tengok Matthew uruskan budak-budak tu." "Tak perlu." Pantas Zephyr menjawab, tenang sahaja nadanya ketika dia menapak menghampiri Kaelen. Seb
Sycatt berjalan perlahan-lahan. Dia berhenti di hadapan satu pintu sebelum teragak-agak menolak pintu tersebut. Di dalam ruang di sebalik pintu yang kelihatan mewah itu, kelihatan meja-meja berserta kerusi-kerusi yang telah tersusun dengan kemas. Di atas setiap meja juga sudah siap terhidang pelbagai makanan yang tampak mewah dan menyelerakan. Gelas-gelas berisi air minuman juga ada. Sycatt perlahan-lahan melangkah masuk ke ruang tersebut. Sebaik pintu ruang tersebut tertutup, barulah dia menyedari terdapat seorang lelaki sudah pun turut berada disitu. Lelaki berkulit pucat itu kelihatan sedang membelek-belek makanan yang berada di atas sebuah meja. Lelaki tampan berambut hitam disikat kemas itu berpaling ke arah Sycatt sebaik menyedari kehadiran perempuan tersebut. Mata berwarna merah lelaki itu merenung tepat ke arah mata Sycatt, menyebabkan perempuan tersebut entah kenapa berasa tidak tenang. Sycatt tanpa sedari melangkah setapak ke belakang sambil matanya dilarikan melih
Verika terpaku, dia seolah-olah terpukau dengan rupa lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini. Matanya tidak mampu berhenti memandang mata hijau lelaki itu yang berkilau indah. Meskipun warna rambut lelaki itu kelihatan agak aneh bagi Verika, tetapi ia hanya menyerlahkan lagi ketampanan lelaki bertubuh tinggi tersebut. Kaelen merenung tepat ke dalam mata Verika, wajahnya tenang sahaja. "Maaf, cik. Tapi sini kawasan larangan." Suara Kaelen menyedarkan Verika. Malu, Verika cepat-cepat menundukkan wajahnya. "Oh, y…ya ke? Maaf. Aku tak tahu." 'Aduh. Kenapa aku pergi tenung muka dia lama-lama macam tu?' Pipi Verika merah padam kerana tanpa sedar telah menatap wajah lelaki di hadapannya dengan agak lama. Kaelen masih merenung Verika yang sedang menundukkan kepala, sesuatu jelas sedang bermain di fikiran lelaki itu. Perlahan-lahan dia melepaskan lengan perempuan bermata hijau gelap itu. "Tak apa. Kau antara yang terselamat daripada kapal karam tadi ke?" Mendengar pertanya