LOGINSebuah kapal yang sentiasa berlayar di lautan nan luas, menjadi bualan dongeng di seluruh dunia. Pelbagai rahsia diperkatakan, kewujudannya dipersoalkan. Ianya sebuah kapal mewah, tidak sekali pun berhenti daripada berlayar kecuali hanya untuk seketika. Terdapat harta yang melimpah-ruah? Merupakan tempat pertemuan rahsia penuh konspirasi? Mereka yang menaikinya ialah makhluk asing? Begitulah khabar angin yang tersebar tanpa henti. Sehingga kini, tiada sesiapa mampu membuktikan kewujudan mahupun tujuan kapal ini di lautan. Jadi, bagaimana jika kamu mendapat peluang meneroka kapal ini sendiri?
View MoreMalam yang sunyi seperti hari-hari kebiasaan hadir sekali lagi. Berada di tengah-tengah lautan membuatkan tiada bunyi selain deburan ombak yang mencecah telinga. Berbaring di atas katil, Verika merenung siling kosong yang rendah. Mindanya terawang-awang mengenangkan keluarga di kampung. Sycatt di katil sebelah sudah lama dibuai mimpi. Sebenarnya, Verika sudah pun tidur tadi. Tetapi, wajah ayah dan adik-adiknya yang sedang menangis hadir di dalam gelap alam mimpi membuatkan dia tersedar selepas lena yang hanya sekejap. Kini, dia langsung tak dapat memejamkan mata. Sudah hampir setengah jam dia berkeadaan begitu. "Ehem." Satu suara kedengaran dari luar bilik, menyentak lamunan Verika. Verika perlahan-lahan bangkit daripada baring, dia kini sedang duduk berlunjur di atas katil tersebut. Seluruh tumpuan dipusatkan pada telinganya. Sunyi-sepi di luar. 'Pelik, betul ke aku dengar tadi? Tapi, bukan ke waktu ni semua dah tidur?' Ragu-ragu. Verika juga tidak pasti jika yang didengarnya t
Sycatt memerhatikan sekeliling. Dia melihat orang lain sudah pun mengambil penawar dari Dante. Dia berfikir sejenak, sebelum menghampiri Dante. "Bagi aku dua." Terangkat hairan sebelah kening Dante, dia memandang muka Sycatt. "Dua?" "Ada sorang tu cedera. Dia tak boleh berjalan, jadi aku nak ambilkan untuk dia." Dante berfikir sekejap, sebelum dia akhirnya menghulurkan dua biji pil penawar itu kepada Sycatt. "Jangan terlebih makan penawar ni. Aku tak pasti kesannya." Peringatan Dante itu membuatkan Sycatt teragak-agak sebelum dia mencapai pil di tangan Dante itu. Tetapi, bahu Sycatt tiba-tiba dilanggar kuat dari belakang. Penawar yang baru sahaja dipegang lantas jatuh ke lantai.Rasa marah menjalar dalam diri Sycatt. Dia mengetap geraham dan berpaling. Individu yang melanggar Sycatt tadi; perempuan berambut pendek warna ungu gelap- Lyra menjeling Sycatt. "Apa? Dah tahu badan tu besar, yang berdiri tengah jalan tu kenapa?" Lyra berkata kasar, seb
Matahari hampir terbenam di ufuk barat. Laut kelihatan indah apabila warna kemerahan matahari terbenam terpantul pada cermin semula jadi yang sangat luas itu. Di dalam bilik kecil, Verika perlahan-lahan cuba berdiri di sisi katil. Kakinya masih berbalut tebal meskipun sudah lebih lima hari dia tinggal di atas kapal tersebut. Menggigil-gigil kakinya, sebelum dia jatuh dan mendarat di atas katil. Sekali lagi, perempuan berambut hitam itu cuba untuk berdiri. Di katil sebelah, Martina dan Sycatt sama-sama memandang Verika. Dua orang perempuan itu tersenyum. Sycatt sedang baring mengiring, tangannya menongkat kepala yang dihalakan ke arah Verika manakala Martina duduk dengan anggun di bucu katil. "Bosannya." Sycatt bergumam membuatkan Martina berpaling. "Kita di sini hidup macam takde makna. Makan, tidur, makan, tidur. Itu saja." Sycatt membalikkan tubuh, merenung siling bilik sambil mengeluh. Martina merenung wajah Sycatt. "Apa boleh buat? Kita terkurung." Sy
Senyap. Hening. Mata Kaelen terkebil-kebil di hadapan pintu kabin yang dijadikan ruang tawanan mereka yang terperangkap dan tersadai di tengah-tengah lautan ini. Kepalanya berpusing-pusing. Dia keliru. Tadi, dia keluar dari bilik untuk berjalan-jalan menghirup udara segar di dek kapal. Tetapi, sedar-sedar, dia sudah pun berdiri di hadapan pintu. Pintu ruang tahanan pula tu. Baru sebentar tadi dia berasa tidak tenteram kerana memori yang mengganggu lena. Sekarang dia keliru, bagaimana dia boleh berada di sini. Bertambah-tambah serabut di kepalanya. Perkara seperti ini belum pernah terjadi kepadanya sebelum ini. Pun begitu, dia tidak mampu berganjak begitu sahaja. Lelaki berambut hijau gelap itu dapat merasakan dengan jelas akan satu daya yang menariknya di sebalik pintu tersebut. Satu tenaga yang amat dikenalinya. Kaelen termenung sejenak, sebelum dia tiba-tiba meramas rambut yang sedia kusut. "Uhh…apa semua ni?" Kaku seketika. Kaelen kemudian berpaling da
Selamat datang di dunia fiksi kami - Goodnovel. Jika Anda menyukai novel ini untuk menjelajahi dunia, menjadi penulis novel asli online untuk menambah penghasilan, bergabung dengan kami. Anda dapat membaca atau membuat berbagai jenis buku, seperti novel roman, bacaan epik, novel manusia serigala, novel fantasi, novel sejarah dan sebagainya yang berkualitas tinggi. Jika Anda seorang penulis, maka akan memperoleh banyak inspirasi untuk membuat karya yang lebih baik. Terlebih lagi, karya Anda menjadi lebih menarik dan disukai pembaca.
reviews