Sycatt memerhatikan sekeliling. Dia melihat orang lain sudah pun mengambil penawar dari Dante. Dia berfikir sejenak, sebelum menghampiri Dante. "Bagi aku dua." Terangkat hairan sebelah kening Dante, dia memandang muka Sycatt. "Dua?" "Ada sorang tu cedera. Dia tak boleh berjalan, jadi aku nak ambilkan untuk dia." Dante berfikir sekejap, sebelum dia akhirnya menghulurkan dua biji pil penawar itu kepada Sycatt. "Jangan terlebih makan penawar ni. Aku tak pasti kesannya." Peringatan Dante itu membuatkan Sycatt teragak-agak sebelum dia mencapai pil di tangan Dante itu. Tetapi, bahu Sycatt tiba-tiba dilanggar kuat dari belakang. Penawar yang baru sahaja dipegang lantas jatuh ke lantai.Rasa marah menjalar dalam diri Sycatt. Dia mengetap geraham dan berpaling. Individu yang melanggar Sycatt tadi; perempuan berambut pendek warna ungu gelap- Lyra menjeling Sycatt. "Apa? Dah tahu badan tu besar, yang berdiri tengah jalan tu kenapa?" Lyra berkata kasar, seb
Matahari hampir terbenam di ufuk barat. Laut kelihatan indah apabila warna kemerahan matahari terbenam terpantul pada cermin semula jadi yang sangat luas itu. Di dalam bilik kecil, Verika perlahan-lahan cuba berdiri di sisi katil. Kakinya masih berbalut tebal meskipun sudah lebih lima hari dia tinggal di atas kapal tersebut. Menggigil-gigil kakinya, sebelum dia jatuh dan mendarat di atas katil. Sekali lagi, perempuan berambut hitam itu cuba untuk berdiri. Di katil sebelah, Martina dan Sycatt sama-sama memandang Verika. Dua orang perempuan itu tersenyum. Sycatt sedang baring mengiring, tangannya menongkat kepala yang dihalakan ke arah Verika manakala Martina duduk dengan anggun di bucu katil. "Bosannya." Sycatt bergumam membuatkan Martina berpaling. "Kita di sini hidup macam takde makna. Makan, tidur, makan, tidur. Itu saja." Sycatt membalikkan tubuh, merenung siling bilik sambil mengeluh. Martina merenung wajah Sycatt. "Apa boleh buat? Kita terkurung." Sy
Senyap. Hening. Mata Kaelen terkebil-kebil di hadapan pintu kabin yang dijadikan ruang tawanan mereka yang terperangkap dan tersadai di tengah-tengah lautan ini. Kepalanya berpusing-pusing. Dia keliru. Tadi, dia keluar dari bilik untuk berjalan-jalan menghirup udara segar di dek kapal. Tetapi, sedar-sedar, dia sudah pun berdiri di hadapan pintu. Pintu ruang tahanan pula tu. Baru sebentar tadi dia berasa tidak tenteram kerana memori yang mengganggu lena. Sekarang dia keliru, bagaimana dia boleh berada di sini. Bertambah-tambah serabut di kepalanya. Perkara seperti ini belum pernah terjadi kepadanya sebelum ini. Pun begitu, dia tidak mampu berganjak begitu sahaja. Lelaki berambut hijau gelap itu dapat merasakan dengan jelas akan satu daya yang menariknya di sebalik pintu tersebut. Satu tenaga yang amat dikenalinya. Kaelen termenung sejenak, sebelum dia tiba-tiba meramas rambut yang sedia kusut. "Uhh…apa semua ni?" Kaku seketika. Kaelen kemudian berpaling da
•••••ImbasSuasana di pasar sesak dengan orang ramai. Para peniaga sibuk melayan pelanggan yang ingin membeli. Ada juga yang sedang melaung memanggil orang ramai untuk singgah di gerai mereka. Para pengunjung pula sedang asyik membelek-belek barangan yang ingin dibeli. Golongan ini terus beralih dari satu gerai ke gerai yang lain untuk mendapatkan apa yang dihajati dan memenuhi cita rasa mereka. "Sana! Kita tengok sana pulak!" Tiga orang kanak-kanak berlari riang. Seorang budak lelaki mengetuai, diikuti oleh seorang budak perempuan dan seorang lagi kanak-kanak lelaki berlari paling belakang. Mereka berlari tergesa-gesa melepasi orang ramai sambil tertawa. "Tengok tu. Kat situ ada jual banyak mainan yang seronok. Kat gerai tu pulak ibu aku selalu beli manisan yang aku suka makan. Kalau jalan lurus ikut lorong ni kita akan sampai di rumah aku." Dengan galak dan bangga budak lelaki berambut coklat gelap yang mengepalai larian kanak-kanak itu tadi menunjuk ke satu demi satu ara
Keadaan dalam bilik kecil di kapal itu sunyi, meskipun boleh didengari suasana yang agak bising di luarnya. Di atas katil, lelaki berkulit putih berambut perang sedang berbaring terlentang. Sebahagian lengannya direhatkan di muka menutupi bahagian mata. Perlahan-lahan, tangan lelaki itu bergerak ke tengkuknya. Dia mengusap lehernya yang kelihatan agak kemerahan. Masih terasa jelas rasa sakit itu. Peristiwa dirinya dicekik di hadapan ramai tadi bermain di fikiran. Hati Alex berdegup kencang, dia tidak mampu membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya lelaki yang mencekiknya tadi tidak berhenti. Sudah tentu, dia tidak akan mampu bernafas lagi. Bukan itu sahaja. Harga dirinya, terasa dicarik-carik apabila didiamkan sebegitu mudah di hadapan begitu ramai orang. Alex menggenggam tangannya. Buat pertama kali sepanjang hidupnya, Alex menanam dendam kepada seseorang. Dia tidak gemar dirinya dimalukan sedemikian rupa. "Alex." Satu suara yang sangat lembut menyentak lamunan
Suasana di dalam ruang tersebut sepi sahaja. Martina dan Lyra sedang duduk di meja, tenggelam dalam fikiran masing-masing. Valerio dengan santai berbaring sambil menggoyangkan kakinya di kerusi empuk dan panjang di bucu kabin itu. Martina sesekali menjeling ke arah Valerio. Sejak tadi, dia rasa terganggu dengan keberadaan lelaki itu yang mengenalinya, sedangkan mereka seingatnya tidak pernah bertemu. "Kacak kan dia?" Martina pantas memusingkan kepala, memandang Lyra yang bertanya tadi dengan riak terkejut dan keliru. "Siapa?" Dahi perempuan muda berambut perak itu berkerut seribu, jelas tidak senang dengan soalan Lyra. Lyra tertawa melihat reaksi Martina. "Janganlah malu. Aku nampak kau asyik curi tengok kat Val sejak tadi. Mesti kau dah tertawan dengan muka tampan dia kan?" Mata Martina membulat, dia tertawa tidak percaya sambil menggelengkan kepala. "Kau dah salah faham ni. Mana ada aku terpikat dengan lelaki tu." "Eihh…" Lyra seperti tidak mahu mengalah meskipun Martin