Share

BAB 9

Balairung Seri Istana Makmur, Gelang Putih.

AHWAZ menumpukan lagi perhatiannya kepada wajah penguasa negeri Gelang Putih di hadapannya. Sebenarnya, dia agak gerun dengan lelaki yang digelar sebagai Raja Dewata Perwira ini. Yalah, ayahanda kepada gadis yang bakal dipinangnya memang dikenali sebagai raja naga dek perangainya yang garang semacam naga.

"Beta amat gembira dengan kesudian tuanku memperisterikan anakanda tunggal beta."

Tutur kata Raja Dewata Perwira yang bersalut teruja disambut dengan senyuman oleh Ahwaz. Sejujurnya, bukanlah kehendaknya semua perkara ini berlaku. Ah, tolonglah! Dia tak nak berkahwin dengan Puteri Indah Kencana. Dia hanya mahu memperisterikan Wardah Azkiya. Tapi, itulah...

"Beta juga gembira kerana tuanku sudi melepaskan puteri kesayangan tuanku kepada beta," jawab Ahwaz.

Sekonyong-konyongnya, Ahwaz berasa geli anak tekak mengucapkan perkataan tersebut. Dia gembira dapat berkahwin dengan sang puteri

Angel_k20

Korang dah mula sukakan Ahwaz tak? Haha.

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status