Share

MY ¦ 11

Sebaik saja matanya tertancap wajah di dalam kaca televisyen. Beg tangan terus digapai dan langkahnya laju meninggalkan ruangan lobi hospital.

Hatinya benar-benar terkejut dengan apa yang baru menyapa mata. Nafasnya tercugap-cugap menahan pelbagai rasa. Lelaki itu, adalah lelaki yang amat dicintainya! Melihat lelaki itu bersama wanita lain, dia benar-benar tidak dapat membendung rasa cemburu yang meluap.

Sementara itu, Aira Hani sedang berada di dalam bilik doktor. Usai rawatan susulan diberikan, dia diajak berbual oleh doktor yang merawat. Aisha terpaksa menunggu di luar seketika sehingga adiknya selesai berbicara.

"Macam mana doktor?"

"Hmm... saya rasa macam ada ralat sikit kali ni."

"Apa maksud doktor? Ralat apa tu?"

"Saya nak tanya, dalam dua tiga hari ni kakak awak ada berasa stress ke?"

Aira mendongak ke atas, cuba mencari jawapan yang tepat

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status