Share

♚ 003

Tangan Ana dicapai oleh wanita bernama Krystal itu. Rambut Ana disisipkan ke belakang telinga sambil bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman manis kepada Ana. Setelah rambut Ana disisipkan, wajah Ana diusapnya lembut. Ana dapat rasakan yang belaian itu seperti belaian seorang ibu terhadap anaknya. Sudah lama dia tidak mendapat belaian seperti itu menyebabkan seketika waktu Ana terleka dengan belaian tersebut.

Mata Ana disentuh dan membuatkan Ana menjerit kecil "Ouchh." suara Ana mematikan senyuman Krystal. Ana cepat-cepat menundukkan kepalanya kerana dia takut wanita di hadapannya itu memarahinya seperti mana dia dimarahi oleh ibu kandungnya sendiri. Krystal kembali tersenyum dan mengusap lembut kepala Ana.

"Kamu menangis ya?" tanya Krystal dan tangannya masih lembut mengusap kepala Ana. Ana hanya melihat wajah Krystal dengan riak wajah hairan.

Siapa perempuan ni? kenapa dia baik sangat?

"Kaki kamu luka." kata Krystal tanpa memandang ke arah kaki Ana yang lebam-lebam akibat dirotan tadi. Ana melihat kakinya sendiri. "Tak apa! Mari sini." tangan Ana ditarik lembut, langkah mereka berdua di bawa ke arah ruang tamu. Kaki Ana diangkat dan diletakkan di atas sofa setelah itu tangan Krystal di letakkan di atas lebam-lebam yang terdapat di kaki Ana. Matanya dipejamkan, selang beberapa minit Krystal mengangkat semula tangannya dan kelihatan kaki Ana sudah tiada lebam-lebam tadi serta luka-luka yang ada pada kakinya turut hilang.

Ana membelek-belek kakinya sendiri kerana terkejut. "Awak siapa?" tanya Ana setelah kakinya puas dibelek akhirnya dia bertanyakan soalan kepada Krystal yang sedang tersenyum dari tadi. Murah senyuman wanita di hadapan Ana itu.

"Saya Krystal, bukan saya dah beritahu tadi?" tanya Krystal kembali. Soalan dibalas soalan olehnya. Membuatkan Ana memejamkan mata dan mengelengkan kepala beberapa kali.

"Tak, maksud saya. Awak siapa? Macam mana awak boleh hilangkan luka dan lebam saya ni?" tanya Ana, kali ini dia berharap wanita itu jawab dengan jujurnya tidak seperti tadi.

"Itu. Rahsia!" jawab Krystal lalu hidung Ana disentuhnya. "Awak cantik Ana." kata Krystal lagi sambil tersenyum. Ana hanya mendiamkan dirinya, apa lagi yang hendak dia tanya? keadaan mula berubah jika tadi bising dengan bunyi muzik kini hanya bunyi cicak yang sedang berada di dinding rumah tersebut.

"Awak tak ingat ke?" tanya Krystal yang sedang duduk di hujung kaki Ana.

"Ingat apa?" tanya Ana kehairanan. Rumah itu semakin pelik bagi Ana serta wanita bernama Krystal Moragana itu juga adalah manusia yang paling pelik dia pernah jumpa selain Elley.

"Kita pernah berjumpa sebelum ni." kata Krystal.

"Jumpa? Kita ? Saya rasa, saya tak pernah jumpa awak." kata Ana sambil mengerutkan dahinya... Bila pula mereka pernah berjumpa? Setahu Ana itu adalah kali pertama mereka berjumpa dan juga mungkin kali yang terakhir.

"Haha... Ibu awak tak ceritakannya pada awak?" tanya Krystal sambil diiringi ketawa kecil darinya. Ana melopong.

"Cerita apa?" tanya Ana hairan. Sejak dia menjejakkan kaki ke dalam rumah itu, bermacam-macam kejutan di terimanya. Apa kaitan Krystal dengan ibu Ana? bermacam-macam soalan bermain di fikiran Ana ketika itu.

Krystal memandang Ana tanpa senyuman seperti tadi. Kini wajahnya kelihatan lebih serius berbanding tadi. Bahu Ana dipegangnya, dia tahu gadis di hadapannya ini belum bersedia menerima apa yang bakal di kata olehnya akan tetapi masa semakin suntuk mereka memerlukan Ana untuk membantu mereka. Perlahan-lahan nafas ditarik oleh Krystal. "Jika ibu awak tidak dapat beritahu perkara yang sebenarnya, biar saya yang beritahu." kata Krystal dan jawapan itu sangat mengejutkan Ana.

Ana rasa apa yang berlaku semuanya bagaikan mimpi. Kini Ana berada di sekolah, seperti biasa dia akan termenung jauh memikirkan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Tia dan Maria iaitu rakan sekelas Ana memandang ke arahnya dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. "Nampaknya hobi dia dah kembali." kata Tia seperti memerli Ana.

"Ish, kau ni kesianlah sikit dekat dia. Dia tu banyak masalah kau apa tahu?" tanya Maria mahu membela Ana. Tia dan Maria tidak pernah sebulu, segala pendapat selalu bertentangan dan perkara itu menyebabkan mereka seringkali bergaduh. Walaupun bergaduh mereka tetap sahabat baik kepada Ana.

"Kau ni, aku tegur dia sikit kau dah mula nak marah aku kenapa? Aku tak suka tengok dia termenung macam tu. Risau tahu tak?" bentak Tia lalu menjeling Maria.

"Aku tahulah kau risau, tapi dengan cara memerli dan menyindir takkan datangkan apa-apa respon dari dia." jawab Maria lalu bangun dari tempat duduknya. Dia menghampiri sahabat baiknya itu. Ana rasa ada tangan menyentuh bahunya dengan secara spontan Ana menoleh. "Kau okay?" tanya Maria sambil menunjukkan wajah risaunya.

"Aku okay je. Kenapa?" tanya Ana lalu tangannya mengapai buku-buku di bawah meja. Dikemaskan buku itu lalu di bawa masuk ke dalam beg sekolahnya.

"Kau nampak macam susah hati je aku tengok. Ada masalah ke?" tanya Maria lagi kali ini dia menarik kerusi di hadapan meja Ana lalu dilabuhkan punggungnya di situ. Anak mata Ana direnung dalam olehnya.

"Tak ada apa-apalah, aku okay je." jawab Ana cuba berdalih.

"Are you serious okay? Hey, jangan nak bohonglah. Dari mata kau tu kami boleh agak yang kau tu tak okay." sampuk Tia dengan selambanya membuatkan Maria menjeling tajam ke arahnya. "What? Salah ke apa aku cakap ha?" bentak Tia lagi.

"Bisinglah kau!" marah Maria membuatkan Tia mencebik geram.

"Sudah-sudah kau berdua ni, asyik nak bergaduh pasal aku je. Aku okaylah kau berdua tu yang tak okay." jawab Ana dengan tegasnya. Dia menutup zip beg sekolahnya lalu beg sekolah tersebut dipeluk erat olehnya seperti bantal busuk aje dibuatnya.

Jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Jam loceng berdering tandanya rehat sudah bermula. "Ana jom ke kantin." ajak Maria dengan lembut. Ana mengelengkan kepalanya, tandanya dia malas hendak keluar dari kelas tersebut atau lebih tepat dia malas hendak mengerakkan kakinya ketika itu.

"Tak payah cakap dengan dia, semuanya digeleng." kata Tia lalu menarik tangan Maria keluar dari kelas. Maria yang secara mengejut diheret itu terus menepis tangan Tia.

"Apa kau buat ni?" marah Maria. Tia menyilangkan tangannya ke dada.

"Rehatlah, aku lapar." kata Tia dengan selamba.

"Ajaklah Ana, bukannya tarik tangan aku." marah Maria.

"Ish! Kita pergilah kantin cepat-cepat lepas tu belikan makanan untuk Ana. Kalau kita ajak bukan dia nak bergerak. Kau ni macam tak tahu perangai malas Ana tu." Tia menjuihkan bibirnya ke arah Ana.

"Betul juga kata kau. Apa tunggu lagi, jomlah." ajak Maria lalu mereka berlari ke arah kantin. Walaupun suka bergaduh tapi mereka saling memahami antara satu sama lain. Ana yang berada di dalam kelas melepaskan keluh. Dia sukar hendak percayai apa yang Krystal beritahunya semalam.

Dalam lamunan masih berterusan, satu bungkusan roti dilemparkan ke arah Ana membuatkan gadis itu terkejut dan menoleh ke arah si pembaling roti itu. "Kau nak mati ke kalau tak makan?" tanya seorang lelaki yang berada di dalam kelas itu.

"Aku tak ada selera." jawab Ana hairan. Siapa lelaki itu? Sebelum ini dia tidak pernah tahu pun dalam kelas mereka ada budak baru. "Kau siapa?" tanya Ana spontan.

"Aku?" lelaki itu menunding jari ke arah dirinya sendiri dengan mulut yang terkunyah-kunyah kerana sedang memakan roti. "Nothing special about me so, don't asking me that question." kata lelaki itu bergurau.

"Stupid guy? uh?" tanya Ana selamba.

"What you call me? Hey mulut kau jaga sikit, aku handsome guy." kata lelaki itu dengan wajah yang agak marah apabila Ana memanggilnya 'Stupid.'

"Handsome? aku tak rasa kau handsome." jawab Ana selamba. Mood Ana ketika itu kurang baik jadi memang nasiblah lelaki itu kena dengannya kerana menganggu gadis ketika itu.

"Well, nama aku Niel Erward. Kau boleh panggil aku Niel je." jawab Niel sambil membetulkan koler bajunya.

"Oh." hanya itu saja yang keluar dari mulut Ana. Gadis itu menundukkan kepala melihat tali kasutnya dan mahu membetulkannya setelah selesai dia mengangkat semula kepala. Matanya melirik ke arah tempat duduk yang lelaki bernama Niel itu duduk sebentar tadi akan tetapi lelaki itu sudah tiada di situ. Membuatkan Ana terkejut kecil. Ana memusing ke kiri dan ke kanan mencari-cari kelibat Niel akan tetapi tiada sesiapa di dalam kelas itu kecuali dirinya.

Ana menoleh ke arah roti yang dilempar oleh Niel tadi. Ada satu nota di bawah plastik roti tersebut.

Jumpa lagi! - Niel

"Hoi!" jerkah Tia membuatkan Ana terkejut. "Ha, buat apa tu?" tanya Tia sambil tersenyum nakal. Ana sudah mengurut dadanya kerana terkejut dengan jerkahan Tia itu.

"Kau kalau tak buat macam tu tak boleh ke?" tanya Ana.

"Aku saja je. Haha, Eh! Bila masa kau beli roti ni?" tanya Tia hairan melihat roti yang berada di atas meja Ana. "Kalau aku tahu kau bawa roti tak payah susah-susah aku belikan." kata Tia kepada Ana lalu dia duduk di kerusi hadapan meja Ana.

"Eh! Yeke? Abis siapa yang nak makan roti tu?" tanya Ana

"Akulah makan, siapa lagi?" tanya Tia dengan selambanya. Ana pula dengan spontannya menarik plastik roti di tangan Tia lalu berkata.

"Tak payah, kau beli untuk aku. Bak sini aku nak makan!" kata Ana lalu membuka plastik roti tersebut.

"Habis yang ni siapa nak makan?" tanya Tia lalu mengangkat plastik roti yang berada di atas meja Ana itu.

"Biarlah nanti balik rumah aku makan." kata Ana lalu mengunyah roti tersebut. Baru Ana perasan yang mereka kekurangan seseorang dalam kelas itu. "Maria mana?" tanya Ana sambil memandang tepat ke arah Tia.

"Oh! Entah." jawab Tia lalu dia mengunyah roti miliknya tanpa membalas pandangan Ana. Selang beberapa minit Maria muncul dalam keadaan yang tercugap-cugap. Nampak gayanya seperti baru lepas habis Marathon.

"Tak guna kau Tia!" marah Maria lalu menghampiri Tia. Tangannya laju memukul bahu Tia ketika itu.

"Adoiii! Sakitlah." rintih Tia sambil mengosok-gosok bahunya.

"Sampai hati kau! Tinggalkan aku dekat kantin. Hampeh betul." kata Maria lalu menarik kerusi di sebelah kiri Ana ke meja Ana.

"Hehe. Dah kau tu! Lambat macam siput sedut." kata Tia diiringi ketawa kecil.

"Habis tu, makcik kantin tu yang lambat bukan aku." marah Maria lagi. Tia hanya ketawa kecil melihat Maria begitu marah padanya.

"Sudah-sudah. Tak baiklah gaduh depan makanan." kata Ana membuatkan kedua-dua sahabatnya mendiamkan diri.

Sebelum pulang ke rumah, Ana singgah di loker penyimpanan buku. Dia hanya berjalan seorang diri memandangkan semua orang sudah pulang ke rumah. Dia rasa begitu malas hendak pulang ke rumahnya kerana jika pulang dia tidak dapat keluar semula. Ana mengeluh perlahan. Tiba-tiba Ana rasakan seperti ada kepulan asap yang tidak jauh darinya.

Ana mahu menghampiri akan tetapi semakin dihampiri semakin jauh asap itu pergi. Ana mengejarnya sehingga ke roftop sekolah. Sewaktu sampai di atas bangunan itu Ana terkejut melihatkan Niel berada di situ sambil tersenyum ke arahnya. Ana memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada apa-apa yang yang menyerupai asap pun di situ.

"Kau cari apa?" tanya Niel

"Tak ada apa-apa." jawab Ana sambil mengelengkan kepalanya. "Kau tak balik lagi?" tanya Ana sambil mengosok belakang lehernya kerana tiba-tiba dia rasa seram sejuk berada di situ.

"Tak, aku ada hal." jawab Niel selamba.

"Ada hal? atas bumbung?" tanya Ana seperti tidak percaya.

"Yes. Kau ada masalah dengan aku ke?" tanya Niel sambil merenung wajah mulus Ana. Lalu gadis itu mengelengkan kepalanya. Langkahnya mahu kembali keluar dari bumbung tersebut. Pintu dibuka dan sewaktu dia mahu keluar dari pintu itu dia terlanggar dada seseorang dan membuatkan dia jatuh ke belakang.

"Adoii.." Ana merintih kesakitan sambil mengosok dahinya. Mata dibuka perlahan-lahan kelihatan seorang lelaki yang agak tinggi lampai berdiri membelakanginya. Nampak gayanya lelaki itu seperti sombong kerana dia berlalu pergi menghampiri Niel tanpa memberi pertolongan kepada Ana. "Teruk betul mamat ni." marah Ana sendirian sambil cuba untuk berdiri semula. Setelah gadis itu berdiri dan menepuk-nepuk belakangnya. Dia tiba-tiba terdengar perbualan di antara dua orang lelaki itu.

"Berapa kali aku nak cakap dengan kau? Aku bukan Seeker! apa kau mengarut ha?" marah lelaki yang berlanggaran dengan Ana tadi.

"Seeker?" mata Ana terbeliak apabila mendengar perkataan itu.

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status