Share

♚ 002

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2023-01-19 09:51:04

Air mata gadis itu diseka oleh seseorang membuatkan gadis itu menoleh ke sisinya. "Janganlah menangis." Suara lembut yang datang dari bayang-bayang seseorang menusuk gegendang telinga gadis itu.

"Dia tak sayangkan aku!" kata gadis tersebut lalu air matanya kembali mengalir dengan deras. Dia dapat rasakan yang ibunya langsung tidak pernah memberikannya kasih sayang sejak munculnya pemuda itu di dalam rumah mereka.

"Dia bencikan aku!" ungkap gadis itu tersekat-sekat kerana manahan tangis...

"Tak, semua tu tak betul." Suara lembut milik seseorang itu kedengaran lagi sepertinya dia juga turut bersedih kerana melihat temannya bersedih. Usapan lembut diberikan ke wajah gadis itu, cuba menenangkannya dari terus menitiskan air mata...

"Kalau tak betul, kenapa dia buat semua tu? Aku cuma tak sengaja," kata gadis itu lagi.

Dia tidak dapat utarakan ungkapan kerana dia sendiri tidak mengetahui mengapa ibu gadis itu sanggup melakukan perkara yang menyeksakan hidup anaknya sendiri.

"Ana, dengar cakap aku! Tak ada seorang ibu pun yang tak sayangkan anaknya. Ibu aku pun sayangkan aku," katanya cuba juga untuk meyakinkan gadis itu bahawa ibunya sayangkan dirinya.

"Tak! Kau lain dan aku lain. Kita berbeza." kata Ana mula membantah dengan lantangnya. "Mak kau ada ke curang belakang ayah kau, Elley?" pertanyaan Ana membuatkan dirinya terdiam tanpa suara.

"Tidak kan? Aku hidup macam ni, memendam rasa. Rahsiakan semua perkara dari pengetahuan ayah aku dan kawan-kawan aku. Sakit kau tahu? Sakitnya bagaikan menghiris daging dalam badan aku. Aku rasa macam aku tak berguna dalam dunia ni. Nampak perkara keji tapi mulut aku langsung tak berfungsi," luah Ana lagi.

Ayah Ana tinggal di bandar. Ayah dan ibunya hidup berjauhan disebabkan ibunya terlalu sunyi ibunya suka keluar malam dan pulang lewat, ada segelintir masyarakat mengatakan ibu Ana menjadi pelacur pada waktu malam dan ada pula yang mengatakan Ana sebenarnya adalah anak luar nikah yang dibesarkan oleh ibunya. Keadaan itu sangat menyakitkan hati Ana. Setiap kali dia bertembung dengan jiran-jiran pasti Ana akan diumpat dan dihina sekeji mungkin sehingga Ana malu hendak menonjolkan diri di khalayak ramai...

Pemuda yang tinggal bersama Ana dan ibunya itu menambahkan lagi kacau bilau dalam hidup Ana. Setelah 2 tahun tinggal bersama lelaki itu, mereka asyik berpindah randah kerana ingin mengelak dari syak wasangka jiran. Ana juga terpaksa meringgankan mulut dengan memanggil lelaki muda dari ibunya itu dengan panggilan "Baba." Walaupun benci akan orang asing itu Ana langsung tiada pilihan lain, selain menuruti kehendak ibunya.

Setiap hari berlaku perkara yang sama. Ana ditoran, dijerkah, dimarah, dipukul, dicaci, dan dimaki oleh lelaki itu. Sehingga sampai satu tahap Ana mahu melarikan diri dari rumahnya akan tetapi apabila difikirkan semula ke mana dia hendak pergi jika dia keluar dari rumah itu? Dia tiada hala tuju jika dia keluar dari situ. Dia juga takut meninggalkan ibunya sendirian kerana dia sayang akan ibunya walaupun sikap ibunya begitu...

"Sudahlah, jangan diungkit lagi, Ana. Perkara ini semuanya sudah tertulis sebagai takdir. Kau tak boleh macam ni." pujuk bayang-bayang yang dipanggil Elley oleh Ana sebentar tadi. Kali ini Ana pula yang mendiamkan dirinya. "Apa kata untuk hilangkan kesedihan kau, aku bawa kau ke suatu tempat?" ajak Elley setelah sekian lama mereka berdiam diri. Elley bingkas bangun dari duduknya sambil menepuk-nepuk belakangnya. Ana hanya melihat dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa kau tepuk belakang kau? bukan kau ni bayang je ke?" tanya Ana hairan melihat perlakuan sahabat baiknya itu.

Alamak! Ana tak boleh tahu perkara sebenar!

"Err...aku saja je." jawab Elley lalu asap-asap putih berterbangan ke udara. Gambaran yang dapat diberikan rupa Elley adalah seperti angin putih yang jelas kelihatan seperti bayang-bayang akan tetapi wajah serta tubuh badannya tiada. Hanya dapat melihat kepulan asap berwarna putih seperti angin sahaja. "Dah lah! Jom." tangan Ana ditarik oleh Elley ketika itu dan Ana hanya rasa ada angin sedang menyapa tangannya sehingga langkah dihayunkan mengikut gerak angin tersebut.

"Kita nak pergi mana? Aku tak boleh keluarlah!" kata Ana sambil cuba menepis angin tersebut akan tetapi dia tidak berjaya kerana tangannya dicengkam kuat oleh Elley.

"Ikut je! Jangan nak banyak bunyi." tegas Elley lalu mereka keluar dari ruang tamu menuju ke pintu belakang. Tanpa membuka pintu tersebut Ana dapat melepasinya seperti roh membuatkan Ana terkejut.

"Ma... macam mana aku boleh keluar?" dia melihat ke arah pintu rumahnya yang kini sudah jauh dari pandangan matanya. "Hey! What happend? ke mana kau nak bawa aku? Elley?" tanya Ana akan tetapi Elley langsung tidak menjawabnya. Kini pandangan Ana tertumpu pula ke arah sekelilingnya. Dunia yang penuh dengan warna warni, bunga-bunga yang tumbuh mekar di sepanjang jalan mereka lalui itu membuatkan Ana berasa nyaman dan tenang untuk seketika, ketika melalui kawasan itu bibirnya mengukir senyuman yang indah dan segala soalan tadi hilang dari mindanya...

Selang beberapa minit, Ana berasakan langkahnya sedang berhenti di hadapan sebuah rumah agam besar atau lebih tepat rupanya seperti sebuah istana yang cantik. Ana melihat ke kiri dan ke kanan serta ke belakang. Baru dia sedar yang dia kini sudah berada di alam yang berbeza dari alam manusia. Ana benar-benar terkejut apabila melihat ke belakang. Kawasan yang sungguh indah dan cantik seperti dalam sebuah lukisan kini berada di hadapan matanya.

"Jom." satu suara kedengaran dan apabila Ana menoleh bayang-bayang Elley berada si sebelahnya. "Aku harap kau tak terkejut apa yang akan berlaku nanti." kata Elley sebelum mengcengkam semula pengelangan tangan Ana.

"Apa maksud kau?" tanya Ana bingung dengan kata-kata Elley sebentar tadi. Tanpa Ana dapat melihat keadaan fizikal Elley yang sebenarnya, ternyata bayang-bayang itu sedang tersenyum ke arahnya...

Tanpa sebarang kata langkah Ana sekali lagi bergerak dengan sendirinya apabila tangannya diheret oleh Elley.

Pintu rumah agam bak istana itu dibuka. Sebaik saja pintu itu dibuka ruang tamu yang besar menjamu sepasang mata gadis bertubuh kecil itu. Kedengaran juga bunyi muzik menyelesuri gegendang telinganya.

Ana teruja seketika melihat rumah agam yang tersergam indah itu. Ana melepaskan tangannya dari cengkaman Elley. Langkahnya dihayunkan ke hadapan sedikit mahu melihat apa yang sedang berlaku di situ.

"Hello." satu suara menyapa Ana. Gadis itu melihat ke kiri dan ke kanan. "Hehe! Awak tak nampak saya? Maaf." tambah suara itu lalu muncullah asap-asap putih di hadapan Ana. Asap itu seperti mana asap yang ada pada Elley. "Nama saya Ellera..." sambung suara itu.

"Hai! Saya- " belum sempat ayatnya mahu dihabiskan sudah dipotong oleh seseorang.

"Ana!" satu lagi suara berkemundang dari arah sisi Ana.

"Maca- ?" sama juga seperti tadi ayat Ana tidak sempat dihabiskan sudah dipotong oleh satu lagi suara kali ni suara itu kedengaran garau sedikit dan agak jauh dari mereka.

"Banyak tentang awak kami tahu." Ana memandang ke arah rak-rak buku di sebelah ruang tamu itu. Kelihatan ada sebuah buku sedang terapung di udara membuatkan Ana ternganga kerana terkejut. Dia melangkah ke belakang mahu sikit demi sedikit namun langkahnya terhenti apabila Elley memengang bahunya.

"Jangan takut mereka tak merbahaya." bisik Elley

"Saya Ellena Walker."

"Elley."

"Ellera Walker."

"Ellvin."

"Ellios."

"Ellvis"

"Saya Krystal. Krystal Moragana." sampuk satu suara seorang wanita dari arah belakang Ana sambil menghampiri mereka semua dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya.

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 092

    Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 091

    Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 090

    Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 089

    Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 088

    Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 087

    Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status