Share

♚ 018

Ana pulang ke rumah dalam keadaan yang tidak keruan. Pintu rumah dikuak, tiada sebarang kelibat manusia pun di dalam rumah itu. Ana segera menaiki anak tangga. Dia mendekati pintu bilik ibunya dan sewaktu dia menghampiri pintu tersebut Ana terdengar suara ibunya dan seorang lelaki sedang bergelak ketawa seolah-olah mereka berdua sedang bahagia.

Ana rasa dirinya tidak penting dalam rumah itu, tidak penting jika dia mahu berada di sisi ibunya sendiri. Ana menahan rasa sakit di hatinya sehingga air matanya mahu mengalir sekali lagi. Akan tetapi sewaktu dia hendak mengundurkan diri dari pintu tersebut Ana terlanggar kaki meja yang berada di sebelah pintu biliknya dan tidak semena-menanya pasu bunga yang berada di atas meja kecil itu terjatuh.

Ana terkejut dan dia menoleh ke arah pintu bilik ibunya. Tiada sesiapa yang cuba keluar dari bilik itu untuk melihat apa yang berlaku di luar bilik mereka ketika itu. Ana rasa tidak sedap hati, dia tahu tadi itu suara ibunya tapi
Locked Chapter
Ituloy basahin ang aklat na ito sa APP

Kaugnay na kabanata

Pinakabagong kabanata

DMCA.com Protection Status