SUASANA dalam kelas hingar-bingar dengan ketiadaan Cikgu Safarin yang sepatutnya masuk mengajar. Namun, hampir sepuluh minit berlalu, jangan kata orangnya, bayangnya pun tidak kelihatan. Aku gelisah.
"Diana, kau rasa kenapa agaknya Cikgu Safarin tak masuk kelas hari ni?"
Diana tidak mengendahkan pertanyaan yang aku ajukan. Dia leka dengan bacaan novel yang dibelikan Cikgu Safarin untukku tempoh hari. Kadang-kadang, dia ketawa seorang diri.
"Kau dengar tak apa aku tanya?"
"Ermmm... dengar..." Diana menjawab namun masih leka dengan novel di tangan.
Aku geram dan terus merampas novel itu!
Diana mengeluh. "Kau ni tak sporting la. Cepat bagi balik novel tu. Aku tahulah Cikgu Safarin yang belikan tapi janganlah kedekut sangat."
"Aku bukan kedekut. Tapi aku bengang kau tak layan soalan aku. Siap gelak
ADUH! Terasa lenguh anggota badan apabila membuat kerja sekolah di atas lantai begini. Aku memandang Nurul Alia, adik ketigaku yang tertidur kepenatan sejurus menyiapkan kerja sekolah. Kedua-dua lututnya dirapatkan ke dada. Kesejukan barang kali. Kasihan adikku.Aku menuju ke bilik untuk mengambil selimut nipis satu-satunya yang aku miliki.Tubuh Alia aku selimutkan. Langsung dia tidak sedar. Tentu dia sedang diulit mimpi yang indah. Apabila memandang Alia, aku tersenyum saat mengingati semula perbualan di antara kami."Kak, nanti bila kita dah besar, kita dah dapat kerja bagus, kita buat banglo untuk mak dan ayah, ya." Bersungguh-sungguh tingkah ditunjukkan Alia. Terbit sinar harapan pada wajahnya. Dia memang seorang adik yang bercita-cita tinggi untuk membawa perubahan besar dalam keluarga kami."Insya-Allah kalau kita diberi kesempatan waktu dengan umur yang panj
SELESAI menghabiskan waktu rehat di perpustakaan, aku bergegas untuk kembali ke kelas.Sebelum menuruni tangga, aku terpandang Farah Adlynn sedang berbual dengan Cikgu Safarin di hadapan bilik guru.Patutlah aku tidak nampak Cikgu Safarin di perpustakaan tadi. Rupa-rupanya, dia di situ. Kalau tidak, memang pantang waktu rehat, pasti dia mengekori aku pergi ke bilik bacaan itu.Farah merupakan pelajar paling popular di sekolah. Seorang yang sangat menitik berat soal kecantikan dan penampilan diri. Tidak dinafikan, Farah memang cantik. Ramai pelajar lelaki cuba memikatnya. Lebih-lebih lagi dia anak seorang YB.Dia sangat berbangga mempunyai status yang baik di sekolah. Sikap gediknya juga menarik perhatian sebilangan besar pelajar lelaki yang tergila-gilakannya.Farah juga sering dikelilingi rakan-rakan perempuan memandangkan dia seor
JORAN yang aku tinggalkan tidak memberikan hasil. Aku termenung memikirkan lauk apa yang akan terhidang di dapur tengah hari nanti.Kasihan ibu di rumah. Tentu dia susah hati memandangkan sudah tiga hari ayah tidak bekerja kerana kesihatannya terganggu.Hidup kami tak ubah seperti kais pagi makan pagi. Jika ayah tidak bekerja, tiadalah gaji yang akan diterimanya. Sampai bila kemelut ini akan berterusan? Aku sering bertanya pada diri. Melihat kesusahan ayah dan ibu, hatiku berbelah bahagi untuk meneruskan persekolahan atau tidak.Aku melepaskan keluhan panjang dan mula melawan arus sungai menuju ke tebing. Kini tiba masa aku pulang memandangkan senja kian hampir.Sewaktu mendaki puncak tebing yang agak tinggi, satu suara tiba-tiba menyapa. "Anis buat apa kat sini sorang diri? Tak takut?"Aku mendongak dan melihat Cikgu Safarin yang tiba-tiba muncul.
HARI ini aku tidak ke sekolah. Kecederaan yang aku alami tidak mengizinkan aku bergerak pantas. Seharian aku hanya berehat di rumah.Aku teringat kejadian semalam. Sebaik saja Cikgu Safarin menghantarku pulang, dia meminta izin dari ibu dan ayah untuk membawaku ke klinik.Sebelum itu, sempat ayah menyuruh Cikgu Safarin naik ke rumah untuk solat maghrib dan makan malam bersama.Aku terperanjat apabila ayah menjemput Cikgu Safarin makan memandangkan tiada lauk yang dapat ibu sediakan.Rupa-rupanya, ayah membeli satu tin sardin jenama paling murah dan beberapa biji telur untuk digoreng. Aku menarik nafas lega. Mungkin ayah masih memiliki baki wang walaupun sedikit.Banyak aku mengelamun hari ini. Maklum saja, tiada aktiviti yang dapat aku lakukan di rumah.Aku membetulkan kain batik lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke luar untuk me
TIBA waktu rehat, seperti biasa aku menuju ke perpustakaan. Langkah yang kuatur agak perlahan memandangkan tapak kaki masih sakit. Tapi rasa sakitnya sudah berkurangan. Aku berpaling beberapa kali apabila terasa diri diekori. Dalam kepala sudah aku agak siapa orangnya. Sejurus tiba di perpustakaan, Cikgu Safarin menyaingi langkahku sambil tersengih panjang. Hari ini, suasana dalam perpustakaan agak sesak. Aku menarik nafas lega kerana tidak mahu keadaan lengang seperti selalu memandangkan Cikgu Safarin sering menemani aku. Nanti tak pasal-pasal jadi buah mulut orang. Itu yang aku tidak suka. Cikgu Safarin mengambil sebuah kerusi milik seorang pengawas perpustakaan lalu diberikan pada aku disebabkan kerusi yang ada pada ketika ini tidak mencukupi. Kemudian, dia mengambil pula sebuah kerusi pelajar lain yang pada masa itu pemiliknya baru saja me
AKU dan Diana sedia masuk ke kelas. Tapi, kami disekat pula Afzal dan Kiz."Hei Afzal, kenapa kau biadab sangat, hah?" Diana membentak.Aku memerhati dan sesekali mengundur kerana Kiz kian mendekatkan diri."Suka hati akulah. Takkan kau tak kenal aku siapa?" Afzal membeliakkan mata."Anis, makin hari aku tengok makin berseri-seri pulak. Kalaulah kau jadi aku punya girlfriend, kan best." Kiz bersuara miang."Girlfriend kepala otak kau berjambul." Aku bulatkan mata sambil angkat buku lima."Mentang-mentanglah Cikgu Safarin dah jadi buah hati kau, muka aku yang handsome pun kau dah tak pandang, ya." Tiba-tiba Afzal bersuara dan giliran dia pula cuba dekati aku.Aku turunkan beg sekolah dari bahu. Bersedia menghempuk kepala Afzal jika dia berani apa-apakan aku.
PADA waktu rehat hari ini, aku tidak ke perpustakaan. Cikgu Safarin memanggilku masuk ke bilik guru. Ada hal penting katanya. Penting apalah sangat agaknya tu.Entah-entah saja nak tengok muka aku. Maklum sajalah, sejak akhir-akhir ini, dia tidak dapat menemani aku ke perpustakaan memandangkan kami diberikan teguran oleh Puan Sharifah tempoh hari.Sewaktu ingin masuk ke bilik guru, aku bertembung dengan Khairul Azwandi. Dia merupakan ketua pengawas dan selaku ketua murid di sekolah. Khairul yang berwajah seakan-akan pelakon Korea itu sering menjadi perhatian. Adik-adik angkat perempuannya keliling pinggang.Tapi, apa aku nak hairan dengan wajah Khairul itu? Aku lebih suka pada wajah-wajah Melayu. Cikgu Safarin contohnya. Bagi aku, dialah lelaki Melayu terakhir.Matanya polos, keningnya agak lebat, ada misai jarang-jarang dan ada janggut sejemput. Senyuman yang tampa
PETANG ini Cikgu Safarin membawa aku dan Diana ke taman rekreasi. Alasannya untuk bersenam. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan pertemuan singkat kami di bilik guru pada waktu persekolahan tadi.Aku pula akan mengambil peluang ini untuk bertanya mengenai kelas tuisyen yang diminta Farah Adlynn."Tadi masa saya bertembung dengan Farah kat luar sekolah, saya tengok muka Farah happy je. Tentu cikgu setuju nak buat kelas tuisyen kat rumah dia."Aku memandang serius ke arah Cikgu Safarin yang berdiri di hadapan. Diana pula hanya mencebik apabila aku menyebut nama Farah."Ya. Saya setuju dengan syarat Anis ada sama.""Apa maksud cikgu dengan syarat macam tu?"Entah apa muslihat Farah sehingga kelas tuisyen yang akan dibuat Cikgu Safarin di rumah Farah nanti, terpaksa pula aku turut serta."Saya akan buat kelas