Share

Bab 12

"Ayah nak pergi balik kampung?"

Encik Mokhtar mengangguk. Dia seperti tahu reaksi anaknya. Dia tampak bersedia menghadapi. Namun, selepas satu soalan itu terlontar dari mulut Maya, tiada lagi yang ditanya.

Pelik Encik Mokhtar dibuatnya. Perlahan hela nafas dilepaskan sebelum memulakan bicara, "Ayah mungkin akan tinggal dalam seminggu. Nak jaga nenek kamu. Teruk tekanan darahnya turun."

Maya mendiamkan diri. Sekadar anggukan dia membalas. Kalau soal nenek, dia memang tidak mahu ikut campur.

"Ayah, ingat pesan Maya. Maya tahu di sini tanah ladang getah tidak terlalu luas seperti di kampung. Jadi Maya harap ayah tak ambil kesempatan untuk berkerja di ladang getah sana," titip Maya. Tegas bunyinya.

Encik Mokhtar menyengih. Kepala anaknya diusap lembut.

"Insya Allah. Lagipun niat ayah balik kampung untuk jaga nenek. Bukannya berkerja," ujarnya pula.

Muncung bibir Maya mendengar.

"Boleh percaya sangatlah ayah tu," gerutunya, perlahan.

"Ayah, kirim salam dengan nenek." Sejenak Maya termenu
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status