Share

Bab 14

Rumah kayu kampung itu ditatap Maya lama. Berat rasa langkahnya hendak menjejak.

Safwan yang di sebelah, menegur, "Ini ke rumah Maya? Cantik. Macam dekat muzium. Atap bumbung nampak 'gah' saja, seperti rumah orang kaya!" Melambung dia memuji.

Sekadar senyuman dibalas Maya. Dia menghela nafas perlahan. Memori semalam menerjah kembali di benak fikirannya.

Berkali-kali Maya menilik telefon bimbitnya. Seminit, dua minit, masih tiada panggilan daripada ayah. Sepi sahaja.

Kebiasaannya ayah akan menelefonnya pada waktu pagi dan malam. Menanyakan khabarnya. Sudah hampir sebulan ayah tinggal bersama nenek. Kesihatan nenek semakin merosot menurut ayah.

"Tak akanlah ayah pun sakit," gumamnya. Rasa risau kian menggebu.

Maya cuba untuk menelefon sekali lagi nombor telefon ayah. Masih. Sama.

Ayah tidak mengangkat panggilannya.

Akhirnya, Maya menekan nama Safwan. Tidak sampai sesaat suara itu kedengaran di cuping telinga.

Selepas menceritakan hal tersebut, Safwan langsung mencadangkannya untuk p
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status