Share

Bab 15

Safwan memandang tunang dan adiknya silih berganti. Seorang cemberut tanda merajuk manakala seorang lagi selamba sahaja wajahnya.

Namun, bukan itu yang dia risaukan. Mangsa keadaan sekarang ini bukan dia. Tapi... Imanina.

Canggung sahaja wanita berhijab bawal berona pucat itu. Kasihan Safwan melihat.

Kenapalah kau tak beritahu nak datang Izz, oi! Gumamnya di hati. Geram.

Ini pun nasib baik mereka kebetulan bertemu di pantai. Kalau tidak, mahu sesat adik tirinya itu.

"Kak Iman pergi dulu, Maya, Safwan. Mak dah suruh Kak Iman balik ni. Nanti bila-bila, Maya temanlah akak breakfast. Dekat-dekat gerai ni aje," Imanina bersuara setelah beberapa jam yang sunyi sepi. Dia bingkas pergi dari situ tanpa menghiraukan laungan Maya.

"Kak Iman..." Kendur suara Maya. Kepala tertoleh ke arah Izz. Bawah bibir digigit, geram. Yang makin membarakan hatinya, lelaki itu boleh mencebikkan bibir lagi.

"Ni semua sebab awak tau!" tiba-tiba Maya melepaskan amarahnya seraya bangun. Tepat dia menuding ke arah Iz
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status