Share

Bab 13

"Iman nak putuskan pertunangan kita. Maafkan Iman, Adam." Luluh Imanina berbisik halus. Kepala yang menunduk sedari tadi, kembali mendongak.

Jangkaannya meleset. Mimik wajah tunangnya langsung tidak kelihatan kecewa. Sedih? Jauh sama sekali. Hujung bibir lelaki itu menyenget, menyinis kepadanya.

Air liur ditelan. Ingin sahaja ditarik semula kata-katanya. Namun, inilah keputusannya. Demi kebaikan Izz.

"Kau curang dengan aku kan?" Terpancul lancar soalan itu dari mulut Izz. Panggilannya berubah. Nada menjadi kasar. Keningnya terjongket serentak.

Terus Imanina menggeleng laju.

"Apa maksud Adam ni?" sedih nadanya.

Izz perasan. Tetapi dia tidak mengendahkan. Dia sudah penat berpura-pura, menghadapi kebohongan Imanina. Cukup-cukuplah mempermainkannya.

"Bagi telefon kau," arahnya.

"Apa yang Adam nak buat dengan telefon Iman? Selama kita bertunang ni memang Adam tak percayakan Iman ke?" Kecewa Imanina. Matanya berkaca-kaca memandang Izz.

"Bagi sajalah." Pantas Izz merampas kasar telefon I
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status