Lahat ng Kabanata ng SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA): Kabanata 11 - Kabanata 20
79 Kabanata
BAB 10
KESIHATAN Amir semakin pulih. Emosinya juga semakin stabil. Dia sudah boleh duduk tetapi perutnya masih sakit dek kesan cucian oleh doktor untuk mengeluarkan sisa ubat tidur yang ditelannya tempoh hari.Syahir datang melawat. Melabuh duduk di sebelah katil Amir, pelbagai aneka rasa mula bergumpal menjadi satu rencah ketika retina itu menyaksikan keadaan sahabatnya.“Sori Mir, kalau bukan aku yang bawa kau ke sana, mesti kau tak jadi macam ni.” Tersimpul rasa kesal dalam ujaran yang meniti di bibir Syahir.Amir menepuk bahu Syahir, “Bukan salah kau, Syahir. Kau langsung tak bersalah dalam hal ni. Aku sendiri yang nak ikut kau kan. Jadi kau tak payah fikir lagi fasal tu, okey? Relakslah, kita kan sahabat ...”Syahir tersenyum, menyelinap rasa lega dalam hatinya mendengarkan kata-kata Amir. Tetapi wajah itu masih masih sugul, Amir cuba berseloroh untuk menghiburkannya. “Weh Syahir, awek seksi malam tadi tu cun j
Magbasa pa
BAB 11
SEPANJANG berada di rumah Mr.Wong, Amir dijaga dengan baik oleh mereka sekeluarga. Bila tiba waktu makan, Amir akan singgah di rumah Mak Temah, jiran Mr.Wong yang tinggal bersebelahan rumahnya. Bila tiba waktu solat pula, Amir akan mengikuti Pak Din, suami Makcik Timah ke masjid berdekatan.Amir dan Ah Cheng akan belajar dan menghabiskan masa terluang bersama. Sesekali Syahir akan menyertai mereka bermain bola atau beriadah di taman tasik.Pada suatu petang, mereka sedang ralit bermain catur di laman rumah. Seorang budak perempuan terlihat sedang berlari anak menghampiri mereka.“Mei Mei, buyao darao women. Zai qita difang wan (Mei Mei, jangan ganggu kami. Mainlah di tempat lain),” kata Ah Cheng pada budak perempuan berkenaan.“Aii, comelnya dia. Siapa tu, Ah Cheng?” tanya Amir, tersenyum melihat kecomelan anak cina tersebut. Rambutnya diikat tocang dan dihiasi riben merah. Ada anak patung kecil dalam dakapannya.
Magbasa pa
BAB 12
“HOI! Kau intip siapa tu?” Amir menyergah. Syahir yang tersentak cepat-cepat memberi isyarat supaya Amir dan Ah Cheng tidak melagukan sebarang kata.Amir cuba melihat apa yang diintip oleh Syahir. Disebalik tiang, retinanya tertancap pada sepasang kekasih sedang berpeluk-pelukkan sambil berjalan. Sesekali mereka beraksi manja tanpa segan silu walaupun sedar orang di sekeliling kurang senang melihatnya.“Oh, Bella bekas EX girlfriend kau rupanya. Kau masih ingatkan dia lagi, Syahir?” Amir bertanya. Dijenaki wajah Syahir yang terkilat rasa marah dan dendam itu.“Aku ingatkan kau dah move on. Yalah, awek kat pusat disko tu bukan ke lagi power daripada Bella?" Amir mengusik. Tiada respons yang terungkap walaupun tawa kecil kerana hal itu tiada istilah lucu bagi Syahir. Selepas dipermainkan oleh Bella, semua perempuan hanya bahan ‘permainan’, tempat hiburan semata-mata.“Su
Magbasa pa
BAB 13
HARI ini Amir masih cuti sekolah sempena menyambut hari pekerja. Amir termenung dan memikirkan air muka Syahir semasa dia mengintip Bella tempoh hari. Dia berasa tidak sedap hati.Ketika bersekolah dulu, hanya kerana dendam Syahir sanggup memukul seorang pelajar hingga parah akibat diejek dan dihina kerana miskin. Dia tidak peduli dengan tindakan disiplin dan dibuang sekolah. Tidak menjadi ‘kudis’ pun baginya, asalkan puas hati.Amir berjalan ke rumahnya dengan niat untuk menjengah keadaan rumahnya dan membersihkan apa yang patut. Setibanya di sebatang lorong, dia terlihat Syahir sedang berbual dengan beberapa orang yang, juga sangat Amir kenali.Amir menyembunyikan diri disebalik dinding untuk mengelakkan kehadirannya disedari oleh mereka.Dilihatnya Syahir sedang membincangkan sesuatu dengan budak-budak samseng lorong tersebut. Amir tidak mendengar butir perkataan yang mereka bincangkan tetapi dia dapat mengagak mereka sedang merancang sesua
Magbasa pa
BAB 14
DENGAN tekad dan kekuatan yang ada, Amir menendang pintu rumah usang tersebut sekuat hatinya. Usaha itu berjaya. Pintu terkuak luas. Syahir dan kekasih Bella terkejut.Meronta-ronta kekasih Bella cuba menjerit meminta tolong walaupun jeritannya tidak kedengaran kerana mulutnya diikat. Syahir lebih-lebih lagi terkejut. Bagaimana Amir boleh muncul di sini! Marahnya dia pada tiga semseng tadi kerana melarikan diri.“Syahir! Berhenti! Jangan lakukannya Syahir! Mengucap Syahir! Istigfar banyak-banyak!” Amir berlari mendapatkan Syahir. Dipeluknya Syahir sekuat hati sehingga Syahir tidak boleh bernafas.Di dalam kekalutan itu Bella tersedar dari pengsannya. Dia amat terkejut apabila menyedari dirinya sudah separuh bogel malah kaki dan tanganmya diikat. Dia tidak boleh berbuat apa-apa apatah lagi apabila mulutnya diikat dengan kain. Dia hanya mampu menangis dan meronta.“Syahir, tolonglah Syahir. Jangan lakukannya. Sabar Syahir,
Magbasa pa
BAB 15
PERMULAAN hari yang ‘segar’ bagi Amir dengan tekad dan azam baru. Dia sudah tidak mahu lagi lalai dan dibuai perasaan lagi. Dia mesti kuat demi janjinya kepada ibu tercinta.  Mulai saat ini juga bayangan Sofea harus digantikan dengan dengan wajah ibu. Ibunya keutamaan Amir sekarang. Setibanya di sekolah, Amir disambut gembira oleh guru-gurunya.Lega hati mereka melihat Amir lebih bersemangat, lebih sihat malah lebih tampan kerana perpakaian baharu dengan rambut yang kemas baru diguntingkan.Kehadiran Amir ke sekolah memang dinanti-nantikan oleh Pengetua, iaitu Datin Aini. Dia ingin cepat-cepat melaksanakan program yang telah dirancang bersama guru-guru tingkatan lima tempoh hari.Murid-murid yang senasib dengan Amir telah dikenal pasti. Majoriti diantara mereka tidak cemerlang dalam pelajaran kerana masalah hidup dan mereka sendiri sudah hilang semangat untuk belajar. Mereka meneruskan persekolahan hanya kerana ingin menamatkan tingkatan
Magbasa pa
BAB 16
MEMASUKI bulan ketiga yakni bulan terakhir sebelum peperiksaan bermula, perserta program telah bertambah ramai. Rupa-rupanya, ramai juga yang berminat untuk menyertainya.Golongan ibu bapa yang berkemampuan telah menaja pelbagai kemudahan untuk keselesaan anak-anak ini. Murid-murid yang kurang bernasib baik pula dibantu dengan kelengkapan belajar dan buku-buku rujukan.Kian marak api semangat guru-guru dibuatnya kerana mendapat sokongan daripada pihak ibu bapa dan PIBG dalam menjayakan program ini. Mereka juga bersetuju untuk mengadakan perkhemahan di kawasan padang sekolah. Jadi, murid yang tinggal jauh tidak perlu bersusah-payah untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana sesi pembelajaran juga berlangsung di sebelah malam.Ibu bapa yang merindukan anak mereka dan ingin menjenguk anak mereka dibenarkan untuk menyertai anak-anak mereka semasa sesi BBQ. Ada juga ibu bapa yang memasak dan turut menyediakan makanan. Sesekali keluarga Ah Cheng
Magbasa pa
BAB 17
SEMENTARA menunggu keputusan SPM keluar, Amir meneruskan pekerjaannya bersama Mr.Wong. Apabila tugasnya sudah selesai, Amir membantu Ah Cheng mengendalikan hal-hal pejabat seperti mengambil pesanan, purchase dan akaun.Malam itu Amir terasa ingin bersiar-siar di bandar. Terasa lama benar dia tidak keluar berjalan-jalan selepas peristiwa dia dipukul oleh ayah Sofea serta pengikutnya pada beberapa bulan yang lalu. Detik yang penuh kegelapan, diselubung penderitaan.Setibanya Amir di sebuah lorong, kornea matanya berlabuh pada sekumpulan gelandangan yang sedang beratur untuk mendapatkan makanan.“Amir, ke sini kau! Mana kau hilang?” laung salah seorang petugas NGO. Amir tidak boleh mengelak lagi, terus sahaja dia menghayun langkah menghampiri petugas berkenaan.“Kau ni Mir, dah tak ingat pada kita orang lagi ke? Dah tak nak sertai kami lagi dah?” tanya seorang lagi petugas NGO.Amir tertunduk membisu.“Ala
Magbasa pa
BAB 18
SEBELUM bersurai, sesi bergambar beramai-ramai diadakan. Seramai 20 orang pelajar cemerlang dengan straight A bergambar bersama Datin Aini serta guru pentadbiran sekolah termasuklah Ah Cheng.Selepas Amir ditemu ramah wartawan yang hadir, Ah Cheng menegurnya, “Wah, kau dah glamour lupa kat aku ye.” Usiknya. Barulah dia dapat menyapa Amir kerana daripada awal lagi Amir begitu sibuk melayani para wartawan dan guru-guru.“Ala kau ni, itupun nak merajuk. Keputusan kau pun okey juga, cuma tak boleh lawan akulah.” Amir tertawa kecil.Ah Cheng mencebikkan bibirnya. Keputusan mereka sama sahaja cuma keputusan Amir terlebih perkataan plus.“Hai, pandang sini. Senyum!” Tiba-tiba Mr.Wong muncul dengan telefon pintar baharu di tangannya. Gambar spontan kedua-dua anak muda ini dirakamkan.“Wah, papa beli telefon baru.” Ah Cheng tersengih melihat papanya memegang telefon baharu berjenama Huawei Ma
Magbasa pa
BAB 19
AMIR mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa. Sebelum ke luar negeri, pihak MARA mewajibkan pelajar-pelajar yang terlibat mengambil khursus Bahasa Inggeris sebagai persediaan ke luar negeri selama setahun.Ah Cheng pula tidak bercadang untuk belajar di luar negeri kerana awaran ke Universiti Malaya pun sudah cukup kuat baginya.“Kau tak nak terbang ke oversea ke, Ah Cheng? Mana tahu kau boleh jumpa awek mat salleh.” Amir mengusik.“Ala, tak naklah. Aku gayat naik kapal terbang. Lagipun nanti aku nangis rindukan mama papa aku.” Ah Cheng melawak.Amir tahu Ah Cheng cuma berseloroh. Dia juga mengetahui bahwa sahabatnya itu sememangnya dari dahulu bercita-cita mahu sambung belajar di Universiti Malaya. Dan akhirnya, cita-cita itu tercapai. Universiti Malaya pun antara universiti terbaik di dunia juga.“Kalau kau rindu aku, kau peluklah ‘bantal busuk’ aku tu ye,” ujar Amir be
Magbasa pa
PREV
123456
...
8
DMCA.com Protection Status