Share

HASRAT | BAB 3

LAPTOPNYA dimatikan lalu dilipat. Izzah bersandar selesa di kerusinya, kemudian menghembuskan segugus nafas berat. Pandangannya menebak dada jam yang tergantung di dinding biliknya, 10.30 malam. Padanlah terasa kantuk dan penat.

“Izzah, kau tak tidur lagi?” tanya Sha, kepalanya terjengul di muka pintu.

“Belum, aku baru siap semak slide yang pelajar aku hantar untuk tugasan PBL,” jawab Izzah, berkalih melihat Sha yang tercegat di muka pintu biliknya.

“Oh, baguslah kalau begitu. Selepas ni kau berehatlah ya, takut esok kau tak ada tenaga pula nak mengajar,” kata Sha kemudian berlalu pergi. 

“Yalah,” Izzah sekadar mengiakan pesanan Sha, kemudian tubuhnya yang kelenguhan itu dihempaskan ke atas tilam.

Izzah tercenung, siling putih menjadi renungan matanya. Sedar atau tidak, sudah hampir sedekad rupanya dia mengendon di rumah Sha sejak dia diistiharkan 'janda' pada tujuh tahun lalu. Pantas sungguh masa berlalu, fikirnya sendiri.

Puas merenung siling, Izzah mengiring ke kiri. Beg dompetnya yang terletak di atas meja kecil bersebelahan katil dicapai. Sekeping gambar berukuran pasport dikeluarkan. Itulah gambar Nadzmi ketika berusia lapan tahun, juga satu-satunya kenangan yang Izzah ada.

Dikala dirundung kerinduan, gambar itulah penawarnya. Dikala disergap kesedihan, gambar itulah pengubatnya. Dikala dirinya terasa hilang semangat, gambar itu jugalah penguatnya.

'Nadzmi, kamu sentiasa ada di hati mak.' Detik hati Izzah sambil merenung gambar itu, sehinggalah dia terlena. Lena dalam buaian rindu. 

PERANGAI Khairy semakin hari semakin menjadi-jadi. Kali ini beberapa orang pelajar perempuan pula menjadi mangsanya. Ramai dalam kalangan pelajar dan guru rasa tercabar dengan sikap yang ditunjukkan oleh Khairy itu. Meskipun pelbagai tindakan telah diambil, tetapi dia masih tidak berubah.

Arman, Arsyad dan Daniel yang turut mengetahui hal itu juga tidak sabar-sabar lagi untuk bertindak. Perasaan untuk membalas dendam bergelora dalam diri mereka. Khairy patut diajar!

Pada tengah hari itu, loceng telah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Kebanyakkan pelajar bagai kambing terlepas kandang sebaik sahaja pintu pagar sekolah dibuka. Semuanya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke rumah.

Laju langkah Khairy ketika dia bergelut menuruni tangga. Pelajar-pelajar lain yang turut menggunakan tangga sama habis diredahnya. Entah apa agaknya yang dia kejarkan. 

Arman yang menyedari hal itu segera bersedia untuk melalukan sesuatu. Ini adalah peluang keemasan untuk mengenakan Khairy. Dia melanggar Khairy, dan secara tidak sengaja Khairy terjatuh dan melanggar pelajar lain. 

Khairy mengerang kesakitan, tetapi para pelajar yang melalui tangga itu tidak ada seorang pun membantunya. Semuanya buat tidak endah sahaja seolah-olah Khairy adalah sampah yang tidak dipedulikan orang.

“Padan muka kau! Itulah, berlari lagi masa turun tangga kan? Itulah balasan kau dapat,” Arman melepaskan kata-kata itu pada Khairy. Kemudian berlalu pergi dari situ.

“Apa terjadi tu, Arman?” Nadzmi menyoal. Ketika itu dia baru sahaja melangkah keluar dari bilik masakkan bersama Luqman.

Luqman memanjangkan lehernya, meninjau situasi yang berlaku dari jauh. “Adik tiri kau jatuh tangga.” 

“Habis tu, kita nak buat apa?” tanya Nadzmi sebagai memberikan respons terhadap jawapan yang diberikan oleh Luqman.

“Buat apa lagi? Biar sajalah. Bukan ada kena mengena dengan kau pun. Jomlah,” usai sahaja berkata, Luqman melangkahkan kaki untuk beredar diikuti oleh Nadzmi.

KHAIRY yang terseliuh sedaya upaya memaksa diri untuk bangkit. Sambil menahan rasa sakit, dia berhati-hati menuruni tangga. Mulutnya terkumat-kamit sepertinya sedang menyumpah-yumpah Arman. Dia tahu, pasti dia yang menolaknya sehingga dia terjatuh di tangga.

“Khairy, kenapa muka nampak berkerut? Ada apa-apa terjadi ke pada anak mummy ni?” Kamelia bertanya sebaik sahaja anaknya memasuki perut kereta.

“Terjatuh tangga tadi,” Khairy berkerut wajah. Rasa terseliuh yang menjalar di kaki ditahan-tahan.

“Oh my god ... macam mana boleh terjatuh? Sakit tak? Kalau sakit, mummy bawa pergi klinik,” Kening Kamelia bertaut menandakan kerisuan. Dia merenung roman wajah anaknya meminta respons.

Khairy hanya diam seribu bahasa. Dia tidak menjawab pertanyaan ibunya itu. Kali ini, dia akan membiarkan Arman terlepas dahulu, supaya dia dapat melihat sejauh mana Arman mampu pergi.   

ARMAN duduk di sebuah bangku batu di sekitar taman rekreasi berhampiran sekolah. Walaupun tindakan sebentar tadi hanya sedikit, tetapi hatinya cukup berasa puas. 

“Tindakan pertama aku dah lakukan. Tapi itu baru sikit. Tapi tak mengapa, selepas ni sesuatu yang lebih luar biasa akan kau dapat,” Arman bermonolog sendiri. 

Arman bersendirian di bangku batu itu. Beberapa minit berselang, kelibat Arsyad dan Daniel pula kelihatan. Mereka telah berjanji untuk bertanggam muka sebaik tamat sesi persekolahan. 

“Dah lama kau tunggu?” Daniel bertanya sambil melabuhkan punggung di bangku batu itu. 

“Taklah lama sangat. Aku pun baru sampai,” jawab Arman. 

“Ha, aku nak cerita sikit ni. Tadi masa aku turun tangga kat sekolah, si Khairy tu berlari. Kononnya nak cepat balik rumahlah. Aku pun ambil kesempatan, tolak dia sampai jatuh. Ha! ha! ha! ha!” Arman memberitahu, kemudian meledakkan tawanya. 

“Lepas tu, apa jadi pada dia?” Arsyad mahu tahu. Tiba-tiba pula dia terasa teruja.

“Bila dia dah terjatuh, tak ada sesiapa nak tolong dia. Aku pun tak tahu apa jadi pada dia sekarang,” lancar Arman mengatur kata.

“Mantaplah kau. Macam gini ha!” puji Daniel lanjut memberi isyarat ibu jari 'terbaik'. 

NADZMI mengambil peluang pada petang itu untuk keluar melepak bersama Luqman. Bosan juga asyik duduk terperuk dalam bilik sepanjang masa. Mereka melepak di taman rekreasi berhampiran dan menyiapkan kerja sekolah bersama-sama. 

“Alhamdulillah. Siap akhirnya semua kerja sekolah hari ni,” 

Luqman mengeliat sebaik sahaja menutup buku latihannya. Segugus nafas dilepaskan sebaik sahaja dia menurunkan tangan. 

“Wah, sampai mengeliat kau. Penat sangat ke? Aku rasa tak sampai sejam pun kita buat kerja sekolah hari ni,” Nadzmi menjongket kening kanannya memerhatikan Luqman.

"Memanglah. Tapi kalau dah duduk lama-lama, lenguh juga. Itulah sebablah aku mengeliat, untuk regangkan badan." Luqman memberi pencerahan. 

"Yalah ..." sepatah Nadzmi membalas. 

Mereka mengemas buku-buku dan peralatan alat tulis yang berselerak di atas meja. Sebelum pulang, mereka berbual-bual dahulu di bawah teduhan pokok tembusu, tempat mereka menyiapkan kerja sekolah bersama-sama.

Wayu yang berpuput lembut pada petang itu seperti ingin memesrai mereka. Ditambah pula dengan bunyi cicipan burung yang merdu, terasa hilang seketika segala bebanan yang menguasai diri. 

Sesekali Nadzmi memerhatikan sekawan burung lelayang yang terbang melintasi jurus pandangannya. Burung-burung itu terbang bebas, manakala dia pula seperti burung di dalam sangkar. 

Kebebasan itulah yang dia sentiasa dambakan. Lari untuk membebaskan diri daripada penjara derita adalah hasratnya. Dia mahukan kebebasan itu, dia mahu lari, tetapi masanya masih belum berkunjung tiba. Jika dia terburu-buru, buruk pula padah yang menimpa.

'Ya Allah, sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah. Aku cemburu melihat makhluk ciptaanMu yang lain terbang bebas di angkasa, Ya Allah. Engkau bebaskanlah aku dari belenggu derita ini, Ya Allah. Aku juga mahukan kebebasan itu.' Dalam hati, Nadzmi bersungguh-sungguh meluahkan bait-bait kata itu kepada Sang Pencipta.

Luqman berpaling memandang Nadzmi. Rakannya yang seorang itu sedang termenung, memerhatikan hamparan langit biru yang redup. Dia tahu apa yang sedang bergurindam di dasar hati Nadzmi. Luqman tersenyum tipis. 

“Aku tahu apa yang kau tengah fikirkan. Kau tengok burung-burung terbang bebas, kau pun impikan kebebasan yang sama. Aku yakin engkau akan bebas, sebab Allah sentiasa ada bersama kau.” katanya, menyapa lembut bahu Nadzmi.

Nadzmi menoleh melihat Luqman. Benar katanya.

ZULMAT malam menyeliputi langit. Cahaya perak di ufuk timur semakin menyerlah. Khairy duduk melunjur kaki di atas katilnya, sementara anak matanya leka menerobos skrin telefonnya. Dia ralit bermain permainan video PUBG. 

“Baby, are you okay now?” Kamelia menyoal, sambil menutup rapat pintu bilik itu.

“I'm okay ... Cuma sakit sikit-sikit je lagi,” Khairy menjawab, anak matanya dianjak memerhatikan ibunya yang telah duduk di sebelahnya. 

“Sikit-sikit? Tak akanlah nak mummy urutkan kaki baru nak betul-betul hilang?” kata Kamelia menaikkan keningnya.

“Urut kaki belum tentu dapat hilangkan sakit,” kata Khairy, membawa makna penuh tersirat dalam potongan katanya itu.

“Habis? Nak mummy urut kat situ?” Kamelia menyoal lebih lanjut, senyum menyambar ulas bibirnya.

“Ya. Walaupun situ tak sakit, tapi bila diurut, kenikmatannya dapat menghilangkan segala kesakitan. Mummy urutlah, hari tu mummy urut sekejap, Khairy tak puas,” pinta Khairy sedikit merengek.

“Yalah. Apa sahaja untuk anak kesayangan mummy.” 

Kamelia melebarkan senyum kemudian bertindak menarik sarwal yang menutupi puntung kaki anak kesayangannya itu. Dilakukan hal itu pada anaknya sehingga Khairy terkatup kelopak mata kerana telah melayang dalam 'kenikmatan' itu.

Nadzmi yang kebetulan melintasi bilik adik tirinya itu terdengar perbualan antara Khairy dan Kamelia. Meskipun tidak jelas kedengaran, tetapi Nadzmi tahu akan apa yang sedang berlaku di dalam bilik itu. Tetapi, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdiam diri tanpa berkata apa-apa.

Pada pandangan umum, Khairy dilihat amat nakal, keras kepala dan akhlaknya juga sangat rendah. Tetapi pada saat ini, barulah Nadzmi mengetahui bahawa di rumah, Khairy lebih teruk dari yang disangkakan. Malah, menjadi semakin teruk atas 'bimbingan' ibunya sendiri.

Khairy juga ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan didikan agama juga akhlak yang baik dan terpuji. Tetapi kerana sifat ibunya yang lebih mementingkan harta dan nafsu, maka Khairy juga turut tenggelam dalam kenikmatan yang tidak sepatutnya dia rasai ketika usianya baru menginjak usia remaja. 

Masa depan Khairy akan musnah jika dia terus hanyut dalam keasyikan itu. Hati yang sepatutnya suci dari segala 'kenikmatan' itu akan terus tercalit titik-titik hitam yang kebarangkalian akan memakan dirinya sendiri suatu hati nanti. 

Nadzmi hanya mampu menitipkan doa dengan harapan mereka dapat berubah sekaligus dibimbing ke jalan yang lurus dan berubah sikap dan akhlak mereka suatu hari nanti. 

Tetapi, bermacam-macam persoalan berkenaan Kamelia si ibu tirinya itu tetap bermain di fikirannya. Mengapa Kamelia mahu merampas kebahagiaannya?Mengapa ayah terlalu senang  terpengaruh dengan godaan syaitan mahupun Kamelia supaya ikutkan nafsu dan perasaan? Mengapa mereka perlu menghukum aku dalam penjara derita ini? Apa sebenarnya salah aku?

Ah! Buat apa memikirkan persoalan yang mungkin tidak akan ditemui jawapannya itu? Buat serabut kepala otak saja. Jawapannya mungkin tidak akan terungkai hari ini. Mungkin esok, lusa, bulan hadapan, tahun hadapan atau di akhirat kelak. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui segala-galanya. 

    

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status