PAGI itu seperti hari-hari sebelumnya. Mentari tetap bersinar gagah. Calar-calar awan di kaki langit terlihat indah. Burung-burung juga melayang bebas membelah angkasa. Suasana di sekolah tetap meriah dikala sesi pembelajaran masih berjalan seperti biasa.
Langkah diatur penuh kemas ketika menuju ke tandas. Khairy menaikkan ekor tengkuk kemeja sekolahnya seperti dracula, acah-acah gangsterlah kononnya. Sehari jika tak singgah ke tandas memang tak sah, mesti mahu membuang punya.
Secara kebetulan, Arman, Daniel dan Arsyad baru sahaja selesai membantu guru membawa buku-buku latihan ke bilik guru. Ketika itu mereka dalam perjalanan kembali ke makmal Sains.
“Arsyad. Kau nampak apa yang aku nampak?” Daniel menyinggung lengan Arman. Pandangannya terpanah tepat ke arah Khairy yang sedang melangkah masuk ke dalam tandas.
“Nampak ... Bahkan, sudah terang lagikan bersuluh. Mata aku ni masih belum rabun, bro.” Leretan sengih tersungging di bibir Arman. Korne
ZIYYAD menerima kunjungan seseorang yang amat dirinduinya, yakni Mei Lim. Wanita itu berpakaian putih, wajahnya berseri suci murni.Seraut senyuman memancar indah di laman wajah itu. “Ziyyad … jangan bersedih lagi, ya. Di sini, ibu bahagia. Ibu akan tunggu kamu di sini.”Sejurus itu, wanita berkenaan berpaling. Dia melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Ke satu arah yang tidak dipastikan hala tujunya.Terjaga dari lena, Ziyyad terus merebaskan air matanya yang tidak tertahan lagi. Air mata yang terkandung rasa syukur yang tidak terhingga, yang sarat rasa bahagia.~~~‘DAHULU aku berhasrat untuk bebas dan bahagia. Dan apabila aku sudah menge-capinya, aku berhasrat pula untuk men-yelamatkan ayahku daripada terus terperangkap dalam jerat yang diciptakan si Kamelia itu. Ini semua atas pertolongan-MU, YA ALLAH kerana engkau telah membantu hamba-MU ini dalam menunaikan hasratku. Aku gembira, aku juga bahagia. Terima kasih, YA ALLAH.Pecah lamunan Nadzmi tatkala Izzah menepuk bahun
KAMELIA dihadapkan ke mahkamah. Kes culik yang membuatkan budak perempuan tempoh hari trauma dan penderaan terhadap Nadzmi Saad bin Mifzar.Mendengar namanya disebut ketika perbicaraan, Nadzmi berasa terkejut. Dipandang wajah ibunya. Rupanya sebelum ini Izzah telah melaporkan hal itu kepada pihak polis untuk dibicarakan bersama.“Jenayah ini jika disabitkan, pesalah akan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh sehingga tujuh ta-hun dan dikenakan sebatan sebanyak tiga kali men-gikut seksyen 326 kanun keseksaan kerana tertuduh pernah menggunakan pisau untuk mencederakan alat sulit mangsa selain memukul dengan objek keras dan yang lainnya. Hukuman yang dijatuhkan ini juga ter-masuk untuk kes culik yang dilakukan oleh tertuduh beberapa hari yang lalu.”Jeriji besi dan tembok batu yang tebal akan men-jadi dunianya selepas ini. Hanya kerana nafsu yang tidak terkawal. Yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.~~~HABIS perbicaraan, yang hadir kesemuanya mulai beredar.“Kamelia, aku ceraikan
Yayasan Ar-Rahman,PAGI itu cerah lagi menyenangkan. Cicipan bu-rung yang melayang bebas di angkasa, menjadi melodi indah di halwa telinga. Terorak senyu-man tipis di wajah Ziyyad, hatinya serba sedikit be-rasa terhibur.Sejak dia menumpang teduh di yayasan ini, dia sering mendiamkan diri. Suka menyendiri dan kurang bergaul dengan penghuni yayasan yang lain.Kerinduan terhadap ibu angkatnya masih berbekas di hati. Ibarat pungguk rindukan bulan, hanya mam-pu mendambakan ia tetapi tiada daya untuk men-gecapinya.Di kejauhan, Amir memerhatikannya. Dia mafhum akan perasaan yang sedang berkalung dalam diri re-maja itu kerana dia juga pernah melalui situasi sama.Sementara Helena yang sedang membantu mema-yang bawang di dapur, terhiris tangannya. Wajahnya berkerut-merut, darah mulai tumpah. Padah melanda bilamana dia hanyut ke arus lamunan tika sedang melakukan kerja.Suasana menjadi huru-hara seketika.Cepat-cepat dicuci di singki, kemudian jarinya yang terluka dibalut dengan cebisan kain
ZULMAT malam pekat menyaluti alam. Cecair mudah terbakar disimbah ke seke-liling rumah itu. Niatnya mahu Nadzmi dan Izzah mati. Pemetik api dinyalakan. Rumah itu mula rakus dijilat api.Kamelia yang berhodie hitam dan berpelitup muka segera melarikan diri. Sejurus sahaja men-yelusup masuk ke perut kereta, dia tersenyum puas hati. Terhibur melihatkan api yang marak membakar itu.Adnan, sekali lagi menjadi hero. Dia yang terlihat kebakaran itu, berlari mendapatkan ayahnya.Perasaan cemas terus menyerbu Pak Saidi, dan sejurus itu dia terus memekik ke sekitar kejiranan. Bomba segera dihubungi, sambil-sambil beberapa orang lelaki berusaha memadamkan api supaya ia tidak merebak dan memamah kediaman mereka pula.Jiran-jiran lain turut dilanda cemas. Mereka langsung tidak nampak kelibat dua beranak itu. Masih hidupkah mereka? Adakah mereka sudah rentung atau masih terperangkap?Kemunculan trak bomba menyelamatkan keadaan supaya tidak bertambah parah. Setelah itu, pemeriksaan dilakukan dan pih
‘Setiap manusia akan salah dan berbuat dosa sama ada sedar atau tidak. Yang beruntung adalah mereka yang segera menyedari kemudian bertaubat.’~KHAIRY termenung panjang seusai sahaja membaca baris ayat yang terpampang di satu siaran yang lalu di ‘fyp’ ketika dia leka melayari Instagram.Dia merasa seakan ditegur.Adakah itu hidayah daripada-NYA?Nafas dihela perlahan, terasa bergetar bila dikenang akan segala dosa yang dilakukannya selama ini. Di usia setahun jagung, dikala masih ‘rebung’. Keinsafan mula menyerkup jiwanya.Galeri dibuka, sebelum album ‘private’ yang lengkap dengan kata laluan pula dibuka. Sungguh banyak kandungan yang penuh noda di dalamnya. Yang dirakam menggunakan gajet itu sendiri. Mujurlah ia tidak dimuatnaik dalam laman web. Jika tidak, pasti ‘akaun dosanya’ lebih berganda jumlahnya berbanding ‘akaun pahala’.Dipadam kesemuanya tanpa meninggalkan satu pun video atau gambar yang menghairahkan itu.~KAMELIA bengang apabila mendapat tahu orang upahannya sudah dita
DAUN pintu digegar kuat. Nadzmi masih bertahan, segala kudrat yang dia punya diguna semampu mungkin untuk menahan pintu. Dia tidak mahu rumahnya diceroboh, dia tidak mahu diculik!Pintu dirempuh kuat. Nadzmi akhirnya tercampak, terjelupuk menyembah lantai. Dua lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.“Mantap! Buka pintu mangsa terus ada depan mata. Siap ada pakej ‘jackpot’ lagi tu … Berbaloi gila job yang kita dapat kali ni!” Si lampai yang mengenakan singlet hitam herot senyum jahat.Pagi nan sepi ini nampaknya akan jadi pagi yang paling membahagiakan. Sudah lama dia tidak ‘menebuk’ tubuh wanita sejak bekerja dengan ‘Man Boss’. Manakan tidak, prosedur kerjanya hanyalah menculik budak-budak!Melihatkan sekujur tubuh yang sedang berbaring di sofa itu sahaja sudah cukup menaikkan syahwat nafsunya.Nadzmi segera bangkit, ingin melarikan diri. Tetapi lelaki yang bertubuh sedikit sasa dan bertatu ringkas di tangan itu lebih cekap. Disilang kaki Nadzmi. Remaja itu tersembam jatuh, terlantar