共有

BAB 57

作者: PenTekan
last update 最終更新日: 2025-09-29 12:01:08

Perut mula berlagu lagu keroncong. Jam di dinding sudah melewati tengah hari. Dari tadi, aroma bawang tumis dan wangi nasi panas menari-nari halus dari dapur sampai ke tingkat atas. Hana menyandar sekejap di sofa bilik sebelum menoleh ke arah Emy yang sedang leka membelek telefon.

“Emy, aku turun jap cari Kak Ros,” ujar Hana sambil berdiri, membetulkan rambut yang sedikit serabai.

“Kenapa? Lapar sangat ke?” soal Emy, sengih nakal.

“Bukan sebab lapar sangat, tapi aku nak suruh Kak Ros hantar makanan dalam bilik. Aku memang biasa makan kat mana-mana je dalam rumah ni. Kadang makan kat bilik, kadang dekat ruang tamu, kadang kat tepi kolam. Asalkan aku cakap awal-awal je, dorang akan siapkan semuanya.”

“Oii senangnya hidup kau,” Emy ketawa kecil. “Cakap je nak makan kat mana, orang siapkan. Tak payah fikir apa.”

Hana cuma senyum. “Tapi bukan sebab nak bermewah sangat. Aku cuma… letih. Kadang nak duduk diam-diam pun rasa susah.”

Dia p
この本を無料で読み続ける
コードをスキャンしてアプリをダウンロード
ロックされたチャプター

最新チャプター

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 60

    MPV hitam berhenti kemas di hadapan pintu utama lobi Metro Nova Holding. Seperti biasa, Pak Rahman turun lebih awal dan berjalan mengelilingi kenderaan untuk membuka pintu penumpang belakang.“Silakan, Puan Hana,” katanya perlahan, penuh hormat seperti biasa.Hana keluar dari kenderaan dengan tenang, langkahnya tidak tergesa tapi tetap teguh. Hari ini dia mengenakan tunic blouse labuh berwarna biru kabus, dipadankan dengan seluar slack polos serta kasut tumit rendah berkilat. Tudung satin dililit kemas, cukup profesional, cukup ringkas. Tapi... raut wajahnya kosong. Bukan jenis yang buat orang takut, tapi cukup untuk buat semua tertanya-tanya.Sebaik kaki Hana melangkah ke ruang lobi, aura di sekelilingnya berubah.“Eh, tu bukan... Puan Hana ke?” bisik seorang staf perempuan di kaunter keselamatan.“Ya Allah... dia datang? Takde dalam jadual pun tadi,” jawab rakannya dengan suara perlahan sambil sengih macam nampak artis.Beberap

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 59

    Bunyi burung pun belum bersenandung, tapi Hana dah bangun. Mata dia terbuka luas macam orang ada temujanji penting — padahal ini kali pertama dia rasa hidup dia memang penting. Bukan sebab nak bersaing siapa bangun awal, tapi sebab hati dia dah tak boleh duduk diam.Sunyi. Bilik tetamu tu senyap macam perpustakaan dalam kubur. Tapi dia suka. Tak ada kenangan. Tak ada bantal Armand. Tak ada bau baju suami dia yang selalu tertinggal atas kerusi.Dia capai tuala, terus masuk bilik air. Air sejuk pun dia redah macam hero hindustan mandi tengah hujan. Selesai mandi, dia duduk depan cermin, lap muka perlahan. Tudung satin warna krim disarung kemas, blaus putih licin tak berkedut. Bukan sebab dia dah okay. Bukan sebab dia nak tunjuk dia kuat. Tapi sebab dia dah letih jadi lemah.Beg tangan dah tersangkut elok di bahu. Dalam hati dia cakap, “Cukuplah tiga hari jadi penghuni rasmi bilik ni. Aku bukan wallpaper.”Dekat bawah, bunyi kaki Kak Ros tengah susun

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 58

    Tiga hari.Dah tiga hari Hana berkurung dalam bilik tetamu. Bukan sebab bilik tu lebih selesa dari bilik utama — tapi sebab bilik utama tu dah terlalu mewah untuk hati yang tengah terluka. Semua benda dalam bilik utama mengingatkan dia kepada Armand. Langsir warna biru laut kegemaran Armand. Bantal empuk yang Armand suka peluk. Diffuser lavender yang Hana belikan khas supaya suami dia boleh tidur lena selepas kerja.Semua tu menyakitkan mata dan hati.Jadi, Hana pindah masuk bilik tetamu. Katilnya tak kalah empuk. Selimutnya tetap wangi sebab Kak Mila memang rajin ganti cadar. Dan tilam itu — paling penting — tak bersalah. Tak ada sejarah. Kosong. Macam hati Hana yang cuba kosongkan semua rasa.Tapi sebenarnya tak berjaya pun.Hana baring atas katil sambil merenung siling. Di tangan, telefon bimbit tak pernah lepas. Sekejap Netflix, sekejap scroll IG, sekejap tengok TikTok. Video orang buat kek pun dia tengok, walhal dia tak reti pun nak

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 57

    Perut mula berlagu lagu keroncong. Jam di dinding sudah melewati tengah hari. Dari tadi, aroma bawang tumis dan wangi nasi panas menari-nari halus dari dapur sampai ke tingkat atas. Hana menyandar sekejap di sofa bilik sebelum menoleh ke arah Emy yang sedang leka membelek telefon.“Emy, aku turun jap cari Kak Ros,” ujar Hana sambil berdiri, membetulkan rambut yang sedikit serabai.“Kenapa? Lapar sangat ke?” soal Emy, sengih nakal.“Bukan sebab lapar sangat, tapi aku nak suruh Kak Ros hantar makanan dalam bilik. Aku memang biasa makan kat mana-mana je dalam rumah ni. Kadang makan kat bilik, kadang dekat ruang tamu, kadang kat tepi kolam. Asalkan aku cakap awal-awal je, dorang akan siapkan semuanya.”“Oii senangnya hidup kau,” Emy ketawa kecil. “Cakap je nak makan kat mana, orang siapkan. Tak payah fikir apa.”Hana cuma senyum. “Tapi bukan sebab nak bermewah sangat. Aku cuma… letih. Kadang nak duduk diam-diam pun rasa susah.”Dia p

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 56

    Sudah tiga hari Hana menghilangkan diri dari dunia korporat, dari segala tekanan dan dari segala manusia yang menjengkelkan hatinya. Tiga hari juga dia duduk ‘menumpang kasih’ di rumah flat kecil Emy yang penuh dengan bantal corak bunga dan drama TV yang tak pernah habis konflik.Pagi itu, Hana berdiri di depan tingkap kecil ruang tamu, memandang langit cerah yang terbentang luas. Bau kopi dari dapur flat Emy semerbak menusuk hidung. Tapi dalam dada, rasa rindu dah mula menyucuk lebih kuat.“Danish…” bisik Hana perlahan, “Mama rindu sangat. Maafkan mama. Walaupun kita belum berjumpa, tapi setiap malam mama kirim doa dan sayang…”Air mata bergenang, tapi dia cepat-cepat sapu. Tak mahu Emy nampak. Nanti makin panjang ceramah nasihat masuk percuma.---Di sofa panjang, Emy sedang khusyuk menonton drama senetron pukul 10 pagi. Pelakon utama baru saja dimasukkan ke hospital selepas dilanggar kereta oleh kekasih gelapnya. Muka Emy ikut sem

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 55

    Jam menunjukkan tepat 11:00 pagi.Di dalam bilik pejabat berhawa dingin, Armand sedang duduk sambil menghadap skrin komputer. Tapi hakikatnya, dia dah scroll spreadsheet yang sama 3 kali. Langsung tak masuk dalam kepala.Dalam hati... tak tahu kenapa, rasa lain macam hari ni.“Macam ada yang tak kena…” dia bisik perlahan sambil jari tekan-tekan pen hitam kesayangannya. Tiba-tiba telefon atas meja berdering.Trriinngg... Trriinngg...“Armand di sini.”Suara dia tenang, seperti biasa. Tapi hati? Dah macam tengah main dram kompang.“Tuan Armand, saya dari kaunter bawah. Minta maaf, nak maklum... Puan Hana… dia ada di pejabat tadi. Naik ke jabatan pemasaran.”“Apa?!”Armand terus bangun. Kerusi pejabat hampir terlajak ke dinding. Pen di tangan tercampak, nyaris kena printer.“Betul ke awak nampak dia?”“Ya, Tuan. Puan Hana. Pakai tudung warna nude, blazer hitam, naik lif khas. Saya cam bet

続きを読む
無料で面白い小説を探して読んでみましょう
GoodNovel アプリで人気小説に無料で!お好きな本をダウンロードして、いつでもどこでも読みましょう!
アプリで無料で本を読む
コードをスキャンしてアプリで読む
DMCA.com Protection Status