LANGKAH kakinya perlahan mati di hadapan dinding kaca lutsinar itu. Kedua matanya tunak memandang ke arah satu figura tubuh di luar sana yang sedang gigih membersih kolam renang mewah itu. Perempuan itu sesekali mengelap peluhnya di dahinya. Dia tidak sendirian. Ada maid yang lain bersamanya melakukan hal yang sama.
Walter tercegat di situ memerhati setiap gerak-geri perempuan itu. Meskipun berteman namun dia tahu betapa penatnya bekerja membersihkan kolam renang yang luas dan mewah miliknya itu. Mungkin Yvonne lupa yang maid perempuan tidak perlu membersihkan kolam renang itu. Hanya lelaki sahaja. Tapi tidak apa yang penting kerjanya ringan sahaja. Tidak perlu angkat baldi berisi air yang berat seperti tugasan lelaki. Baru sahaja dia mahu pergi menyapa, langkahnya sekali lagi mati. Bila melihat Thelma bangun dari duduknya, terserlah baju uniformnya yang sedikit basah. Mungkin terkena percikan air ketika pekerja lelaki sedang membersihkan dalam kolam renang itu. Hatinya jadi simpati. "Max," Bodyguard nya bernama Max maju mendekatinya. "Get more towels as you can," Sebaik menerima arahan, Max pergi. Tinggal Walter di situ. Entah mahu menyapa perempuan itu, dia segan dek banyak mata yang akan memandang dirinya. Nanti apa pula kata pekerjanya. Kemunculan Max dengan tuala penuh di tangannya membuat Walter tersenyum geli hati. Boleh pula lelaki itu tidak minta bantuan orang lain. Jadi dia terpaksa turun padang untuk menyerahkan tuala itu pada maid yang bekerja di kolam renangnya. Kehadirannya di kolam renang itu menarik perhatian mereka semua. Terhenti segala kerja tangan mereka lalu menunduk hormat ke arahnya. Walter jadi segan bila dirinya dihormati, padahal dia ke situ nak bersua dengan perempuan itu. "It's okey, everyone. Just continue your work. Saya datang ini cuma nak beri tuala ini pada awak semua since all of you getting wet," Melihat pekerja maid nya tersenyum senang, Walter terasa senang sangat. Lantas sahaja dia menyambar satu tuala dari Max lalu mendekati Thelma yang sedang membersihkan kerusi kolam renang. Dia ambil kesempatan itu untuk menyapa perempuan itu memandangkan keberadaan Thelma agak jauh sedikit dari pekerja yang lain. "Hai!" Thelma senyum lalu tunduk hormat. Huluran tuala diambil sebelum dia ucap terima kasih pada putera itu. "Do you have free time later? Saya nak jelaskan awak tentang keadaan kita. I know this is very surprising for you tapi saya cuba jelaskan perkara sebenarnya," Thelma langsung geleng kepala. Mana mungkin dia mahu curi masa untuk berjumpa putera itu. Siapalah dirinya yang hanya sekadar seorang maid di istana itu. Belum sempat Walter hendak bersuara lagi, Thelma langsung tunduk hormat lalu pergi ke tempat lain. Walter terpinga di situ. Namun melihat dirinya berada sekarang, dia langsung pergi bersama Max. Hatinya jelas kecewa dengan penolakan Thelma. Mungkin Thelma segan dengannya bila tahu dirinya siapa sebenarnya. Terlalu cepat Thelma mengetahui identitinya. Dia pun turut terkejut bila perempuan itu bekerja di bawahnya. Adakah ini satu kebetulan sahaja? JAM rehat yang ditunggu pun muncul juga. Thelma baru selesai membuat kerja melipat dan menyusun tuala kecil di dalam almari. Melihat yang lain pergi dahulu meninggalkannya, dia langsung tidak kisah. Perutnya masih kenyang lagi. Dia melangkah keluar dari bilik bahagian tuala itu lalu kakinya menapak pergi tapi langkahnya mati bila matanya tertarik dengan pemandangan tasek di belakang kediaman putera Walter. Dia keluar dari pintu kecil itu. Bebas sahaja kakinya melangkah di atas tanah berumput pendek itu. Dengan adanya angin yang sepoi, rambut panjangnya beralun mesra. Terpegun matanya menikmati keindahan tasek itu. Hatinya dipagut rasa tenang sekali. Mendamaikan jiwa. Thelma ambil langkah ke depan lagi lalu dia berdiri di bawah pepohon yang rimbun. Akar besar yang terkeluar dari bumi didudukinya penuh berhati-hati. Fikirannya melayang teringatkan kota yang dia tinggalkan. Hatinya rindu sangat ingin bertemu dengan keluarganya. Tenggelam dia dalam perasaan rindu, tiba-tiba sahaja dirinya tersentak dek bunyi ranting kayu dipijak seseorang. Thelma langsung menoleh. Pandangannya bertembung dengan mata lelaki itu. Wajahnya terkejut kecil. Dari duduk dia langsung berdiri lalu tunduk memberi hormat. "We're alone here," suara garau itu mencecah pendengarannya. "Kenapa tuanku sendirian?" Thelma menyoal. Bila Walter menapak satu langkah mendekat, Thelma jadi tidak keruan. Sungguh hatinya tidak selesa bila mereka berdua di situ. Nanti kalau ada orang lain nampak mereka berdua di situ, pasti ada gosip diuarkan di dalam istana itu. "Maaf, tuanku. Tolong jangan mendekat. Hamba takut orang lain akan salah faham tentang situasi kita di sini," Thelma sehabis merayu agar putera itu memahami kehendaknya. Thelma tidak mahu Walter berhadapan dengan masalah hanya kerana dirinya. Dia tidak mahu dah ada hubungan dengan putera itu. Dia sudah berfikir panjang dan dia tidak mahu berkawan dan akrab dengan lelaki itu. Mereka sangat jauh dari segi darjat dan pangkat. "Thelma...it's okey...di sini hanya kita berdua. Saya dah suruh Max, my Bodyguard untuk tengok keadaan. Awak jangan risau sebab saya datang sini bukan nak apa-apakan awak. I just need to explain everything to you and I'm so sorry," jelas kerutan di dahi Walter betapa risaunya dia sekiranya Thelma mengendahkannya seperti tadi. "I don't need explanation. It's okey. I understand sebab kenapa tuanku sembunyi identiti tuanku kepada saya. Bahkan orang lain juga," Walter mengeluh kecil. Bukan itu yang dia mahukan. "Thelma...saya tidak mahu awak faham saya tapi saya nak awak tahu kenapa saya lakukan itu. Bukan semua orang tapi hanya awak seorang je. Dari hari saya jumpa awak, itulah hari hati saya dah tersuka dekat awak. Saya nak terus-terang yang saya ada hati pada awak dan saya juga terkejut bila dapat tahu awak kerja di sini," Thelma terkedu. Betul ke apa yang dia dengar? Mana mungkin putera raja jatuh cinta kepadanya? Cantik ke dia? Thelma geleng kepala. Dia tidak percaya dengan perkataan yang baru keluar dari mulut putera itu. Semudah itu Walter jatuh cinta kepadanya. "Maafkan saya, tuanku. Saya tidak boleh menerima perasaan tuanku sekiranya tuanku benar mempunyai perasaan itu kepada saya. Saya harap tuanku faham yang saya kerja di sini untuk cari rezeki bukan cari jodoh. Kalau tuanku nak perempuan, carilah yang sedarjat, bukan orang biasa macam saya," Usai katanya itu, Thelma membuka langkah untuk pergi. Dia mahu secepatnya pergi dari situ. Lagi lama dia di situ lagi dia risau sekiranya ada orang lain melihatnya berdua bersama putera itu. Tapi lengannya disambar, langkahnya terus mati. Walter menarik tubuhnya supaya menghadapnya. "Saya betul-betul cintakan awak, Thelma. Cinta saya bukan main-main," ujar Walter sehabis mungkin menyakinkan Thelma tentang perasaannya itu. Thelma perlahan geleng. "Saya tidak cintakan tuanku," Usai mendengar penolakan dari Thelma itu, Walter terpanar. Seketika dia lupa bahawa kenyataan hanya dia seorang sahaja yang dibuai rasa cinta itu. Hanya dia sahaja mencintai sepenuh hati. Thelma menarik lengannya lalu pergi dari tasek itu. Mujur tiada orang yang lalu di situ. Lega hatinya meskipun hanya bodyguard Walter yang tahu tentang perjumpaan itu. SELESAI mengeringkan rambutnya dengan tuala, dia langsung duduk di katilnya. Lama dia termenung memikirkan peristiwa petang tadi sehingga dia tidak lalu nak makan. Dirinya masih terkejut bertambah lagi menerima kejutan yang maha hebat dari putera itu. Setiap saat dia memikirkan kata-kata lelaki itu, seakan terngiang-ngiang di telinganya. Dia cuba untuk lupakan tapi semakin dia memikirkan hal tersebut. Serba-salah nya menebal pada putera itu kerana dirinya terlalu jujur. Bagaimana kalau putera itu membalas dendam kepadanya? Tersentak Thelma bila bahunya disentuh orang. Kembali sahaja ke dunia nyata, terus dia memandang Selma yang duduk di sebelahnya. Tidak pula dia perasan sejak bila Selma duduk di sebelahnya. Mungkin dia berkhayal begitu lama. "Awak okey ke?" Soal Selma dengan wajah risaunya. Thelma senyum nipis lalu menggelengkan kepalanya. Masalahnya bukan berat sangat pun. Lagipun dia harus rahsiakan juga dari pengetahuan orang ramai termasuk Selma yang rapat dengannya. Dia tidak mahu ada gosip di dalam istana itu. "Saya rindukan keluarga saya je..." Selma senyum lega. "Saya juga rindu keluarga saya. Tak sabar nak tunggu minggu depan," Selma bersuara ceria. Minggu depan pekerja baru seperti mereka boleh pulang ke rumah masing-masing. Setiap seminggu satu kali mereka boleh mengambil cuti rehat mereka. Mengingatkan hal itu, Thelma tidak sabar untuk berpelukan dengan keluarganya, melepas rindu yang sangat menggunung. "Kerja awak macamana? Okey tak?" Thelma sekadar menanya. Dia tahu sikap kelam-kabut Selma. Lama Selma diam. Lagaknya seperti sedang berfikir. Mungkin kawannya itu sedang dilanda masalah. Tangannya menggenggam tangan Selma, mencuba untuk menyalurkan kekuatan pada kawannya itu. Kerja mana yang tidak didatangi dengan masalah. "Saya selalu buat masalah dalam kerja saya. Tapi lepas kejadian hari itu, saya langsung terus berhati-hati. Tapi Prince William suka sangat cari masalah dengan kami semua terutama saya. Saya tak kisah pun dia marah tapi janganlah masalah dia saya terbabit. Entahlah dia macam tak suka kalau saya ada. Kalau saya tak tahan dah lama kut saya angkat kaki berhenti kerja," luah Selma dengan wajah cemberutnya. "Janganlah awak nak berhenti kerja...nanti saya tak ada teman di sini," "Saya tahu...sebab tu saya tidak berhenti," Selma senyum. Thelma sedikit lega. Langsung sahaja dia peluk tubuh Selma untuk memberi semangat pada kawannya itu. Dia akui dia kian selesa bersama Selma sejak mereka tinggal sebilik. Lagipun nama mereka hampir sama. Orang pun kadang berfikir mereka adik beradik kerana nama yang hampir sama. "Awak betul ke tak ada masalah? Kalau ada masalah ceritalah dekat saya. Saya masih sudi jadi pendengar masalah awak," sekali lagi Selma menanya. Thelma senyum sahaja. Rasanya masih terlalu awal untuk dia bercerita pada kawannya itu. Dia pun tidak pasti dengan perasaannya. "By the way, saya ada sesuatu nak katakan pada awak..." Selma menoleh sesaat ke sekelilingnya. Lagaknya seperti sedang was-was. "Kenapa?" Soal Thelma pelik bila Selma bertingkah begitu rupa. "Ni rahsia antara kita," Selma memperlahankan suaranya. Thelma langsung angguk mengerti. Bila keadaan selamat, barulah Selma buka mulut. "There's someone...who really deep in love with you in this palace," Thelma langsung terbuntang. Selma tahukah? Dia nampak ke dia berdua dengan putera Walter? Tidak mungkin Selma tahu padahal tiada orang yang berani lalu di situ. "Suatu hari nanti, awak akan tahu siapa orangnya yang melihat awak dengan penuh cinta. Orangnya tak jauh," Selma senyum penuh makna. Selma beredar ke katilnya. Tinggal Thelma terbungkam memikirkan ayat terakhir Selma tadi. Bila lampu bilik ditutup, langsung sahaja Thelma baring di katilnya. Meskipun tidurnya tidak lena tapi dia cuba paksakan dirinya untuk tidur dan rehat secukupnya.SETELAH pasti Tobias lena di dalam biliknya, barulah Thelma keluar lalu menuju ke kamarnya. Tobias kini sudah berumur empat tahun dan sudah petah bercakap. Namun lucunya Tobias begitu manja dengan atuk dan neneknya. Dia tidak gentar dengan Walter. Kalau nak apa-apa pasti tercapai. Thelma tersenyum bila suaminya sudah menantinya di atas katil. Lirikan matanya cukup menjelaskan dirinya yang tidak tahan mahu menerkam. Thelma melepaskan gaun malamnya yang tipis itu dan naik ke atas katil. Mereka berdua bercumbu. Bibir bertemu bibir. Basah dan menghangatkan. Mereka terleka dan hanyut dalam gelora nafsu mereka. Tubuh Thelma sepenuhnya diterokai oleh Walter. Habis pakaian mereka berselerakan di atas lantai. Namun tidak menghentikan aktiviti mereka yang lagi rancak menyatukan tubuh mereka. Dalam posisi missionari, Thelma di bawah, tubuhnya ditindih, Walter melajukan tujahannya. Bergetar katil itu seiring pinggul Walter bergerak
SEMBILAN bulan dia nantikan akhirnya tiba juga. Mekar senyumannya bila akhirnya dia bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dalam beberapa detik lagi, dia akan menjadi saksi isterinya melahirkan anak mereka. Segala keperitan dia menjaga isterinya, tidak pernah lagi dia mengeluh. Meskipun Thelma agak sensitif dan cepat naik emosi tapi dia tidak peduli semua itu. Dirinya kini berada di dalam bilik bidan dan menunggu proses isterinya melahirkan. Jelas sekali wajah Thelma yang kesakitan kerana harus meneran sepenuh tenaganya.Tangan isterinya digenggam erat dan kemas. Dia cuba menyalurkan semangat untuk isterinya berhadapan kesakitan melahirkan itu. Mengelegar suara isterinya meneran di ruangan itu. Bidannya juga turut membantu memberi semangat. Berpeluh wajah Thelma dengan kesakitan yang maha luar biasa. Untuk ke sekian kalinya, dia meneran begitu kuat menggunakan seluruh tenaganya dan dia merasakan bayi di dalam perutnya mula meluncur keluar tanpa halangan. Mata
ENAM BULAN KEMUDIAN....Thelma menjerit girang bila dirinya disahkan mengandung. Patutlah menstruasinya tidak datang bulan itu. Dirinya pun sekejap lemah bila melakukan sebarang pekerjaan. Khabar itu terus dia maklumkan pada suaminya. Walter terkejut tidak percaya. Dialah yang paling gembira saat mengetahui isterinya sedang hamil. Dia teruja sekali nak jadi seorang ayah. Bertha dan Albert bertandang untuk mengucapkan tahniah atas kehamilannya itu. Mereka berdua jelas tidak sabar mahu menimang cucu. Lagipun isteri William sekarang sudah semakin sarat mengandung. Beberapa bulan nanti bakal melahirkan. Wilma pula masih tegas dengan keputusannya untuk tidak hamil di usia muda. Baginya kerjanya adalah segalanya. Suaminya pula akur dan selalu sibuk dengan kerja di syarikatnya. "Tahniah, Thelma," ucap Donna dengan dirinya yang sedikit payah mahu bergerak. Kelihatan perutnya memboyot ke depan.Thelma langsung mengucap terima kasih. Mereka berpelukan unt
THELMA terbangun bila cahaya matahari berjaya menerobos masuk ke dalam kamar itu. Tubuhnya menggeliat kecil dan dalam masih mamai, dia berusaha mencelikkan kedua matanya. Dia bangun perlahan sebelum menoleh ke sebelahnya. Ada suaminya sedang lena. Mujur hari itu dia tidak buka restorannya kerana cuti khas untuk pekerjanya. Kedua kakinya dilunjurkan ke bawah, mencecah lantai lalu dia berdiri. Kakinya diorak mencapai tuala mandinya lalu menuju ke bilik air. Dia membasuh wajahnya lalu memberus gigi seperti rutin hariannya tika bangun tidur.Tangannya mencapai pili shower lalu dipusingkan sehingga air shower itu membasahi seluruh tubuhnya yang bogel itu. Dia gosokkan tubuhnya dengan sabun yang harum itu dan bilas dengan air shower. Seketika dia pejam mata dan berdiri di bawah air shower yang tidak henti memuntahkan air. Segala kepenatan yang tubuhnya rasakan semalam hilang di bawah arus air shower itu. Bibirnya tidak semena tersenyum bila ingat kejadian sem
SEJAK kepulangan suaminya itu, mereka terus lenggang. Dua minggu dia tanggung rindu dan sibukkan dirinya dengan resepi masakannya. Atas bantuan dan sokongan dari Bertha, dia kini berjaya mendirikan sebuah restoran yang dia beri nama TheWal, gabungan nama mereka. Dia mula sibuk dengan kerjaya sebagai tukang chef dan malam harinya dia menjadi santapan kasih suaminya. Mereka menikmati momen indah mereka bersama.Thelma terhenti bila ada tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Tidak usah diteka kerana dia tahu siapa orangnya. Dia tidak menoleh malah kembali fokus pada buku resepinya. Ada beberapa menu baru dia tambahkan. Kalau tidak siap hari itu nanti bakal membuat kekeliruan untuk para pelanggannya.Thelma tidak fokus bila bibir itu menjalar pada lehernya. Matanya perlahan terpejam menikmati sentuhan tangan suaminya di bawah di celah kelangkangnya. Bibirnya mendesah halus tanpa harus tertahan. Sesungguhnya...Walter sangat pandai membangkitkan nafsunya."Can
HAMPIR senja, Walter berangkat dan meninggalkannya di situ. Suaminya pergi ditemani oleh Max. Bila malam tiba, dia menikmati makan malamnya di meja besar itu bersama keluarga suaminya. Dia tidak sendirian kerana dirinya dilayan mesra oleh keluargan suaminya itu. Dia paling rapat dengan Wanda. Sepanjang mereka makan itu, tidak seorang pun buka bicara. Mereka menikmati kunyahan mereka penuh selera. Selesai makan, mereka dihidangkan lagi dengan pencuci mulut. Thelma gembira sangat. Sambil menikmati pencuci mulut itu, mereka di meja makan itu mulai bersuara untuk memecah keheningan. Pandangan Thelma tertuju pada William. Melihat layanan William yang begitu kasih pada Donna, hatinya tumpang bahagia. Tidak salah lagi dia menolak cinta dari abang iparnya itu. Akhirnya keluarga mereka bersatu atas permintaan Bertha. "Sampai hati kan Walter pergi tinggalkan Thelma sendirian...dahlah baru kahwin, boleh pula Walter pentingkan kerja dia," Wanda memulakan protes seb