Share

BAB 8

WARITA tentang Sofea ditukar sekolah serta-merta dan Amir dibelasah oleh papa Sofea, hangat diperkatakan dalam warga sekolah. Ada yang menzahirkan rasa simpati, namun majoritinya bersorak gembira.

“Padan muka, tak sedar diri.” Antara yang tercetus dari mulut-mulut lancang para pelajar.

Dalam kalangan guru-guru, berita tersebut amat membimbangkan sementelah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.

Amir diberi surat MC selama dua hari. Sofea juga mereka bimbangkan. Mampukah dua orang anak muda itu bertahan? Malah, kuatkah mereka untuk menghadapi dugaan ini?

Setibanya Amir di pintu pagar sekolah, dialah yang menjadi tumpuan utama para pelajar. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada pelajar akan berbisik sesama sendiri berkenaannya.

Dalam kelas, Amir tidak dapat mengunci sepenuh perhatian semasa gurunya mengajar. Selain daripada gangguan orang sekeliling, bayangan Sofea juga ada di mana-mana. Kepedihan yang memaku hatinya dik

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status