Share

BAB 9

“AWAK stress?” Gadis seksi itu menyapa. Tebal solekannya menutupi roman wajah sebenarnya, membuatkan Amir terdiam kaku kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Minumlah, I belanja. Pertama kali datang ke sini ye?” bisik gadis seksi itu seraya menyuakan segelas ‘air’ kepada Amir yang dilihatnya begitu janggal.

Amir menggangguk lemah dan cuba mengukir seraut senyum. Teragak-agak huluran itu disambutnya.

“Minumlah, hilangkan stress tu.” Gadis itu menggoda lagi. Amir yang kelihatan ‘malu-malu kucing’ cuba membiasakan diri.

Sejurus gelas tadi menyentuh bibir, dia seperti tercium bau yang sering diciumnya dahulu. Bau yang dibawa pulang oleh oleh ayahnya. Arak! Bau yang membuatkan ibunya merana kerana dipukul ketika ayahnya mabuk!

Seakan terjaga dari alam mimpi, gelas dalam pegangannya terus terlepas dan berderai menjadi kepingan yang tidak terhitung jumlahnya, berteraburan atas lantai.

<
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status