Jam tepat menunjukkan pukul 9:00 malam. Seorang gadis yang baru berusia 13 tahun memundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Kepanasan yang dirasai oleh gadis itu membuatkan peluh menitik jatuh dari dahinya. Ada sesuatu yang membuatkan gadis itu risau dan ada seperkara yang membuatkan gadis itu tidak tenang. Sekali lagi dia mengerling ke arah jam di dinding rumahnya yang menunjukkan sudah pukul 9:05 malam. Masuk kali ini sudah sepuluh kali dia melihat ke arah jam tersebut. Dia masih memundar-mandir tanpa henti...
Kenapa dia orang tak balik lagi? ada apa-apa yang terjadi ke?Keresahan gadis itu membuatkan anak kucingnya turut melihat ke arahnya."Aku risaulah!" gadis itu perasan akan kucingnya memandang pelik ke arahnya dia pun mula bersuara meluahkan keresahannya itu. Kucingnya yang bernama ABED hanya memejamkan mata sebagai tanda dia mahu tidur."Tidurlah kau! Jangan ganggu aku," marah gadis itu lalu dia menghempaskan punggung di atas lantai... Matanya asyik memandang ke arah jam, hatinya langsung tidak tenang memikirkan keadaan di luar sana. Selang beberapa minit, kedengaran bunyi kereta masuk ke dalam kawasan rumah. Gadis itu bingkas bangun dan melirik ke arah jam semula. Sudah menunjukkan pukul 10:00 malam. Maksudnya sudah satu jam dia melangut di atas lantai sehingga mulutnya menguap beberapa kali. Pintu rumah kedengaran seperti sedang dibuka oleh seseorang.Mereka dah pulang! Setelah pintu dikuak muncullah seorang wanita dalam lingkungan 30-an dan seorang pemuda dalam lingkungan 20-an. Mereka masuk tanpa sebarang perkataan. Gadis itu hanya melihat ke arah mereka dengan perasaan yang meluat. Gadis itu mahu melarikan diri ke dapur kerana sakit hati melihat dua orang makhluk di hadapannya itu. Sebaik saja langkah dibuka terus dirinya dijerkah oleh pemuda yang baru masuk ke rumah itu tadi."Kau nak pergi mana?" jerkah pemuda itu kepada si gadis kecil tersebut.Gadis itu tidak mengendahkan jerkahantersebut dan langkah dihayunkan semula. Tanpa sedar, pemuda itu menghampirinya dan menarik rambut panjang milik gadis itu."Kau pekak ke tuli?" tanya lelaki itu, wajah bengisnya ditonjolkan sehingga membuatkan gadis itu terpaksa mendonggak ke atas akibat tarikan rambutnya yang begitu kuat...Tangan gadis itu menolak-nolak tangan pemuda itu dari rambutnya akan tetapi semakin ditolak dan bergelut semakin kuat tarikan rambutnya itu."Lepaslah!" pinta si gadis kecil itu membuatkan wajah mulusnya ditampar oleh pemuda tersebut."Kau jangan nak melawan! Pergi ambil air aku haus." Setelah ditampar wajah gadis itu, dia menolak anak kecil itu sehingga terjatuh ke lantai. Gadis itu bangun dan menghampiri dapur sambil membetulkan rambutnya. Rasa sakit yang dialaminya masih belum reda lagi. Air dibawa keluar dari peti sejuk dan gadis itu membawanya ke ruang tamu. Kelihatan kedua-dua pasangan tadi sedang rancak berbual dan bergurau senda membuatkan gadis itu menjeling sakit hati.Langkah laju dihayunkan sehingga kaki gadis itu tersepak alat kawalan jauh televisyen dan tanpa sedar sepakannya itu melambung terkena kepala si pemuda tadi. Apa lagi, si pemuda itu mula naik berang dan menarik tangan gadis itu dengan kasar."Kau sengaja kan?" marah pemuda itu manakala si gadis kecil itu masih mendiamkan diri. Air yang dipegangnya sudah tertumpah sedikit akibat tubuhnya digoncang kuat oleh lelaki itu."Aku tanya! Jawablah! Kau bisu ke apa?" Lantang suara lelaki itu memarahi si gadis yang hanya mendudukkan diri. Tidak berani mengluarkan kata-kata. Pemuda itu sudah tidak tahan akan sikap yang ditunjukkan oleh gadis itu lalu dia berlalu pergi menaiki anak tangga dengan lajunya. Selang beberapa minit dia menuruni semula anak tangga itu dengan membawa sebatang rotan buluh. Gadis itu melihat dan terkejut."Kau degil sangatkan ? Buat kerja pun tak betul! Cuai," jerkah lelaki itu lagi. Gadis itu mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tangan dihayunkan ke kiri dan ke kanan tandanya jangan lakukan perkara tersebut."Kau degil! Terima balasannya!" jerkah lelaki itu lagi. Gadis itu mahu melarikan diri ke arah dapur akan tetapi rambutnya yang panjang ditarik sekali lagi dan kakinya dirotan berkali-kali oleh pemuda tersebut sehingga gadis itu menjerit kesakitan serta mengulangi kata maaf kepadanya.Segala rintihan anak kecil itu langsung tidak dipedulikan oleh pemuda tersebut malah wanita yang berada di situ juga tidak menghiraukan kesakitan yang dialami oleh gadis itu. Setelah dirotan tanpa belas kasihan pemuda itu melarikan diri dari ruang tamu ke biliknya di tingkat atas. Anak gadis itu melihat ke arah wanita yang sedang duduk tenang di atas kerusi dengan tangisan yang agak memekakkan telinga. "Ma?" panggil anak gadis itu sambil menangis meminta simpati."Diam!" jerkah wanita itu membuatkan anak gadis itu tersedu-sedu di penjuru rumah. "Aku cakap diam! Diam! Kau nak aku tambah pula ke?" tanya wanita itu membuatkan gadis itu mengelap air matanya berkali-kali yang sedang mengalir deras. Dia rasa sedih kerana ibunya langsung tidak melindunginya sebentar tadi... Suaranya masih tidak dapat berhenti dari menangis membuatkan wanita yang hanya duduk di atas sofa itu bingkas bangun lalu menghampiri gadis tersebut.Gadis itu mengangkat wajahnya ke atas dan tanpa sedar wajahnya ditampar sekali lagi membuatkan dia terbaring di atas lantai.Rambutnya sekali lagi ditarik-tarik bagaikan tali."Aku cakap diam! diam! Kau tahu tak bingit telinga aku?" marah wanita itu. Air mata gadis itu mengalir lebih deras dari sebelumnya."Aku turun lagi sekali kalau aku nampak kau nangis. Hanger aku bagi!" Wanita itu memberi amaran jika dia turun ke bawah sekali lagi dan melihat anaknya menangis. Penyangkut baju pula ditabuhnya...Mata gadis itu menghantar pandangan pilu ibunya menaiki anak tangga meninggalkan dirinya di ruang tamu dengan kesakitan yang sukar dijangkakan oleh sesiapa pun.Aku bukan sengaja pun nak tersepak benda tu!Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di
Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d
Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se
Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny
Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m
Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka