Share

Bab 11

JORAN yang aku tinggalkan tidak memberikan hasil. Aku termenung memikirkan lauk apa yang akan terhidang di dapur tengah hari nanti.

Kasihan ibu di rumah. Tentu dia susah hati memandangkan sudah tiga hari ayah tidak bekerja kerana kesihatannya terganggu.

Hidup kami tak ubah seperti kais pagi makan pagi. Jika ayah tidak bekerja, tiadalah gaji yang akan diterimanya. Sampai bila kemelut ini akan berterusan? Aku sering bertanya pada diri. Melihat kesusahan ayah dan ibu, hatiku berbelah bahagi untuk meneruskan persekolahan atau tidak.

Aku melepaskan keluhan panjang dan mula melawan arus sungai menuju ke tebing. Kini tiba masa aku pulang memandangkan senja kian hampir.

Sewaktu mendaki puncak tebing yang agak tinggi, satu suara tiba-tiba menyapa. "Anis buat apa kat sini sorang diri? Tak takut?"

Aku mendongak dan melihat Cikgu Safarin yang tiba-tiba muncul.

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status