Share

HASRAT | BAB 6

NADZMI merenung tingkap biliknya yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang lenggang di kawasan perumahannya. Termenung, itu sahaja aktivitinya sedari tadi. Dia bukannya tidak punya kerja lain untuk dilakukan, cuma hatinya begitu terusik akan suatu perasaan.

Belum pernah hatinya dijelajah oleh perasaan sedemikian, dan ianya mula dirasai sejak hadirnya Cikgu Izzah di sekolahnya. Ya, hati dan perasaannya begitu kuat mengatakan guru itu adalah sebahagian daripada hidupnya.

“Izzah Noraini ...” Nama itu kembali meniti di ulas bibirnya.

Sijil kelahirannya dikeluarkan. Nama Izzah Noraini binti Yahya jelas terpampang di sijil itu sebagai insan yang telah melahirkannya. Dan, cikgu barunya itu juga mempunyai nama yang serupa.

‘Adakah benar dia ibu kandungku? Atau sekadar nama sahaja yang menyerupai?’ Persoalan itu terkutik di mindanya.

Dia mengelamun lagi sementara di luar sana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-

Iqmal Izzat

Tentang babak Kamelia dan Khairy. Bagi yang memahami, saya ingin memberitahu bahawa saya ada sebab tersendiri meletakkan babak itu. Tetapi saya jamin, ia takkan keterlaluan sehingga novel ini dikatakan ada matured content. Dan tujuan saya bukan kerana saja-saja. Akan terungkai sebabnya nanti.

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status