Share

HASRAT | BAB 7

GAMBAR berukuran pasport di tangan ditenung lama. Tidak dihiraukan guru-guru lain yang sedang rancak berbual sambil menyiapkan kerja masing-masing. Suasana itu tidak sekelumit pun mengganggu ketenangannya kerana ia tidak serancak dalam bilik darjah.  

“Izzah, termenung apa tu?” Lari mencicit kelekaan Izzah apabila bahunya disapa seseorang.  

Dipanggung kepala ke arah si empunya suara, melihat Cikgu Zarina yang sedang tersenyum memandangnya, “Termenung memikirkan masa hadapan. Eh, bukan, bukan. Termenung memikirkan ...” 

“Ha, termenung apa? Memikirkan apa? Pakwe? Kerja? Anak murid? Nak makan apa sekejap lagi?” Cikgu Zarina cuba meneka, bertalu-talu. 

“Bukan termenung memikirkan, termenung tengok gambar ni ha ...” Disuakan gambar itu supaya Cikgu Zarina dapat melihatnya. “Itu gambar anak saya,” tokoknya memberitahu.  

“Oh, Izzah ada anak rupanya.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status