Share

♚ 012

Masa berlalu dengan pantas. Ana terjaga dari tidurnya kerana berasa ada air sedang membasahi tubuhnya ketika itu. Perlahan-lahan tangan mengusap wajah yang kebasahan dek kerana air yang begitu banyak disimbah ke arahnya.

"Kau! Nak jadi apa? Aku panggil berkali-kali suruh bangun. Kau buat apa malam tadi sampai tidur tak ingat dunia ni? Jual badan? Penat kalah orang bekerja." marah ibu Ana membuatkan Ana terkebil-kebil melihat sikap ibunya yang tiba-tiba menyingga bagaikan harimau di pagi hari itu.

"Apa lagi kau tunggu? pergi siap cepat. Sekolah!" marah ibunya lagi membuatkan Ana terkial-kial kerana dia masih berada dalam keadaan mamai. Ana mengapai tualanya di tempat penyakut dan meluru masuk ke dalam kamar mandi. Sewaktu di dalam kamar mandi, Ana melihat wajahnya di hadapan cermin sambil membelek-belek pipinya. Ternyata wajahnya meninggalkan kesan calar di pipi kanannya. Ana mengeluh sendirian apabila kejadian semalam terimbas kembali di mindanya.

Siap-sia
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status