Share

04

Makanan yang paling enak adalah daging manusia dan sirap yang sangat sedap pula adalah... darah.

BUNYI ekszos kereta bergema ke serata rumah menandakan pak ciknya telah kembali pulang.

Uncle Riz keluar dari kenderaannya dan dia melihat kelibat Fio yang sedang duduk santai pada sebuah kerusi rotan.

"Eh, Fio? Dah lewat malam ni. Kenapa tak masuk dalam bilik kamu?" tanya Uncle Riz kehairanan. Dahinya sekaligus berlapis.

"Sekejap lagi Fio masuklah," balas Fio pendek tanpa memandang si lelaki.

"Anak dara tak elok duduk di luar rumah malam-malam. Em... Ezz mana? Dia dah tidur?"

"Entah. Dari tadi siang Fio tak nampak dia. Tak tahulah dia dekat mana."

Kenyataan itu mengakibatkan Uncle Riz menjadi panik dan bergegas menuju ke bilik anak buahnya.

Fio yang ditinggalkan di beranda vila hanya beriak biasa sebelum kerusi itu berhenti berhayun.

Gadis tersebut menyelak kain yang dia pakai. Ada darah yang mengalir banyak dari betisnya. Tangan kanan Fio juga sama. Tapi Uncle Riz tidak sedar akan hal itu.

Lantas Fio bangkit daripada duduk seraya berjalan turun ke tanah sambil tersenyum sinis.

*****

"EZZ, di mana kamu?" Uncle Riz berusaha mencari tahu akan jejak si anak buah.

Cemas semakin menyelimuti diri apabila figura Ezz tidak dia temui.

Hampir setengah jam dia meninjau keadaan dalam vila, akhirnya dia kembali mengorak langkah menuju ke beranda utama.

Dia berasa pelik kerana Fio tidak ada di sana. Malah, dia hanya menemukan bekas heretan sesuatu yang berdarah.

Dari kerusi tadi, pandangan matanya merayap serta mengikuti jejak aneh berkenaan.

"Fio?" Kali ini, dia memanggil-manggil nama gadis itu.

Ada kejanggalan sebenarnya kerana sejak Fio menetap di kediaman mereka, dia tidak pernah keluar dari bilik. Apatah lagi duduk santai di luar pada waktu malam seperti itu.

Dia lebih gemar bersendirian dan berkurung dalam kamar. Berbual panjang saja tidak pernah. Tetapi kali ini lain pula halnya.

Lelaki tersebut sudah terpancing sangkaan yang bukan-bukan. Dia tidak mengikuti lagi kesan darah itu. Sebaliknya, diri Ezz yang ingin dia selamatkan.

Dia berasa tidak sedap hati.

"Ezz kamu di mana?" jerit Uncle Riz yang tersangat risau.

Tidak berapa lama mana, panggilannya bersahut.

"Uncle..." Ezz kelihatan lemah di hadapan kamarnya.

Lagi sekali lelaki tersebut berasa aneh kerana baru sahaja dia masuk ke dalam bilik Ezz, namun kelibat si anak buah tidak ada. Jadi gadis itu 'datang' dari mana?

"Ya Allah, Ezz. Apa dah terjadi pada kamu ni?"

Ezz tidak menjawab malah lengan baju pak ciknya dia tarik kuat lantas berbisik akan sesuatu.

"Cari Fio, uncle dan bawa dia balik ke sini..."

"Eh, tapi kenapa pula Ezz? Dia kan ada dalam vila ni?"

"Bawa... dia... balik... uncle. Sebab... 'dia' bukanlah Fio..."

*****

JEJAK langkah akhirnya terhenti jua di sebuah tempat. Tanpa membuang waktu, pintu utama dia buka seraya menapak masuk ke dalamnya.

Larian anak-anak kecil yang tertawa girang menghiasi suasana. Mereka semua gembira dengan apa yang telah mereka dapatkan daripada beberapa pelawat yang singgah sebentar tadi.

"Arif, Amir, panggil adik-adik tu semua masuk ke dapur. Akak dah siapkan makan tengah hari ni."

"Baik, Kak Fio." Serentak sahutan si kembar berkenaan.

Mereka semua duduk bersila sambil membentuk sebuah bulatan besar. Di hadapan masing-masing terdapat sepinggan lauk yang enak untuk disantap.

"Adik-adik semua kena basuh tangan dulu." Iman memberi arahan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Fio sebelum bunyi benda jatuh kedengaran.

Sepertinya, sumber bunyi berkenaan datangnya dari dalam loteng.

Mereka semua berpandangan sesama mereka - tertanya-tanya akan apakah ia.

"Em, adik-adik makan dulu. Jangan lupa baca doa. Akak Iman nak tengok benda apa yang jatuh tu."

Iman berdiri pergi menuju ke loteng. Sedangkan yang lain menyantap hidangan yang disediakan dengan penuh berselera.

Setelah hampir 20 minit, namun kelibat Iman tidak juga muncul-muncul. Padahal, semua penghuni Mahligai Seri Pelangi tersebut telah selesai mengisi perut.

"Syura, Jiha, Mawar, tolong akak kemaskan pinggan-pinggan kotor ni. Akak nak panggil Kak Iman. Dah lama sangat dia dekat loteng tu."

"Okey, kak."

Selepas mendapat respon daripada mereka bertiga, Fio bergegas menuju ke loteng.

Detak jantungnya automatik berentak laju tanpa mengikut tempo.

Wajar saja dia berasa sedemikian kerana Kak Shita melarang keras mereka menjejakkan kaki ke sana. Tapi sehingga kini, anak-anak kebajikan berkenaan tidak mengetahui akan asbabnya. Mereka hanya menurut akan peraturan yang satu itu.

Pintu loteng yang berwarna coklat gelap itu dihampiri sebelum...

Keting! Bunyi benda pecah pula menerobos masuk ke dalam corong telinga Fio.

Dia lantas membuka daun pintu yang terkuak sedikit dan alangkah terkejutnya dia bila mana jasad Iman yang telah berlumuran darah sedang terbaring di lantai itu.

"Argh, Iman!!" Fio terjerit spontan.

*****

NAFAS dihela, katup mata pula terbuka lebar. Imbauan memori hitam itu dia usir agar menjauh pergi. Namun, ia percuma sia.

Selagi mana tubuhnya masih berada di situ, rentetan derita akan terus membanjiri ladang fikiran.

"Iman, maafkan aku. Aku tak sempat nak halang semua tu daripada terjadi. Sepatutnya, aku yang menjadi mangsanya bukan kau."

Fio terduduk bersandar di dinding. Manik-manik jernih menemani diri.

Kaki dilipat rapat ke dada. Kedua lutut dipeluk perlahan seraya memuntahkan tangisan sendunya di situ.

Tiba-tiba...

Krek! Bunyi kuakan salah satu pintu memancing pendengaran si gadis. Fio pantas mendongak. Ada 'sesuatu' yang dia lihat lantas kaki diorak mendekati arah tersebut tanpa disuruh.

Dia tahu apa nak dibuat.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status