Hidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.
Kerana sayang, diri terbuang,
terbuang jauh dari jurang,jurang dipenuhi kesumat berang.berang ditolak cinta dan sayang.SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.
Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka.
"Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki.
"Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"
Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama.
"Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."
Darwisy dan
Hidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.Kerana sayang, diri terbuang,terbuang jauh dari jurang,jurang dipenuhi kesumat berang.berang ditolak cinta dan sayang.SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka."Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki."Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama."Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."Darwisy dan
Dari penglihatan mata kasar, semuanya telah tiada. Diri bersendirian.Namun ternyata, ada yang masih 'tertinggal' di lorong-lorong kegelapan.Tiada siapa yang tahu dan sedar akan ia. Perigi akal manusia sahaja gersang gara-gara asyik menggali logiknya.SELEPAS dua tahun peristiwa kelam itu berlaku, kini Darwisy secara rasminya menjadi anak angkat dalam keluarga Pak Talip.Pak Talip memiliki sebuah bengkel motosikal yang diusahakan secara turun-temurun. Hasil menampi pengalaman serta mengasah kemahirannya di Juvana sebelum ini, Darwisy boleh hidup berdikari sambil mencari rezeki."Khai, Bakri, mari sini. Kita makan tengah hari sama-sama." Darwisy mengajak kedua teman sekerjanya itu untuk mengisi perut.Bakri dan Khai merupakan bekas pelajar Juvana juga seperti Darwisy. Tetapi ada satu tragedi berda
Tidak semua misteri itu harus terpecahkan. Kadang kala, ia lebih baik kekal menjadi sesuatu yang misteri...BUNGA kemboja putih ditaburnya seketika sebelum sejag air pula dia siram di atas tanah bertiang dua.Setelah selesai, Darwisy termenung di tepi kubur arwah Dafi Arbain, adiknya.Dia terkenang akan sepotong memorinya bersama dengan salah seorang penghuni Mahligai Seri Pelangi.SETAHUN YANG LALU..."Aku tahu bukan kau yang bunuh Iman, Fio."Fio berpaling apabila suara seseorang kedengaran."Eh, Darwisy? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"Terkejut Fio dengan kemunculan budak lelaki yang sedang mengenakan hoddie coklatnya di Tanah Perkuburan Seri Pelangi itu.
Kekasih yang telah mati bersama kekasihnya...SENYUMAN si gadis lenyap dari bibir tatkala khabar yang kurang enak telah menusup masuk ke corong telinganya."Cikgu tak salah dengar, kan... Fio?"Fio menunduk. Dia menjadi serba-salah."Fio?""Maafkan saya dan adik-adik yang lain, cikgu. Kami terpaksa berdiam diri. Kalau tak, Kak Shita ugut kami-""Dia ugut apa?" pintas Shida pantas.Fio memejamkan matanya. Takut untuk bertentangan mata dengan penjaga terbaik mereka."Fio, cikgu tanya ni. Bagitahulah cikgu akan hal sebenarnya. Biar cikgu yang akan ambil tindakan."Kelopak mata Fio terbuka dan dia perlahan-lahan melihat anak mata kepunyaan Shida.
Cinta menjurus kepada kebahagiaan. Dek kerana cinta demi si dia, semuanya sanggup diberikan.Namun yang tersilapnya di sini adalah apabila cinta murni yang disuakan malah dibalas pula dengan racun tuba. Natijahnya, pihak sebelah membungkus balas kesumat yang menghantui sehingga hidup si kesayangan... tamat.BEBERAPA BULAN SEBELUMNYA..."APAKAH benar kau sayangkan aku, Riz?" soal si gadis yang terdesak dengan sebuah kepastian.Seperti selalunya, lelaki yang bernama Riz itu akan melebarkan senyumannya."Sudah tentu, sayang. Dalam hati Riz, hanya ada nama Shida seorang.""Betul ni?" Shida masih ragu-ragu dengan pengakuan sang kekasih."Demi Allah, Shida saja di hati Riz. Eh, da
Keseronokan yang hanya dirasai seketika cuma. Maka, selebihnya pula adalah derita nan menyeksa..."CARI Fio, uncle dan bawa dia balik ke sini...""Eh, tapi kenapa pula Ezz? Dia kan ada dalam villa ni?""Bawa... dia... balik... uncle. Sebab... 'dia' bukanlah Fio...""Ha?" Uncle Riz terperanjat. Dia mengerti akan makna di sebalik ucapan itu."Cepat pergi cari Fio, uncle! Dia sedang dalam kesusahan.""Baik. Kita akan pergi mencari Ezz bersama-sama tapi kita nak cari dia dekat mana? Sekarang ni kan dah lewat malam.""Mungkin Fio masih berada di sana, uncle. Kita kena pergi selamatkan dia sebelum semuanya terlambat.""Di sana? Maksud kamu, Ezz?""Mahligai Seri Pelangi..."Lelaki tersebut lantas memapah