LOGINMahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi. Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi. Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu. Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan. Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri. Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu... jeritan maut dari dalam peti.
View MoreHidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.Kerana sayang, diri terbuang,terbuang jauh dari jurang,jurang dipenuhi kesumat berang.berang ditolak cinta dan sayang.SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka."Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki."Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama."Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."Darwisy dan
Dari penglihatan mata kasar, semuanya telah tiada. Diri bersendirian.Namun ternyata, ada yang masih 'tertinggal' di lorong-lorong kegelapan.Tiada siapa yang tahu dan sedar akan ia. Perigi akal manusia sahaja gersang gara-gara asyik menggali logiknya.SELEPAS dua tahun peristiwa kelam itu berlaku, kini Darwisy secara rasminya menjadi anak angkat dalam keluarga Pak Talip.Pak Talip memiliki sebuah bengkel motosikal yang diusahakan secara turun-temurun. Hasil menampi pengalaman serta mengasah kemahirannya di Juvana sebelum ini, Darwisy boleh hidup berdikari sambil mencari rezeki."Khai, Bakri, mari sini. Kita makan tengah hari sama-sama." Darwisy mengajak kedua teman sekerjanya itu untuk mengisi perut.Bakri dan Khai merupakan bekas pelajar Juvana juga seperti Darwisy. Tetapi ada satu tragedi berda
Tidak semua misteri itu harus terpecahkan. Kadang kala, ia lebih baik kekal menjadi sesuatu yang misteri...BUNGA kemboja putih ditaburnya seketika sebelum sejag air pula dia siram di atas tanah bertiang dua.Setelah selesai, Darwisy termenung di tepi kubur arwah Dafi Arbain, adiknya.Dia terkenang akan sepotong memorinya bersama dengan salah seorang penghuni Mahligai Seri Pelangi.SETAHUN YANG LALU..."Aku tahu bukan kau yang bunuh Iman, Fio."Fio berpaling apabila suara seseorang kedengaran."Eh, Darwisy? Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"Terkejut Fio dengan kemunculan budak lelaki yang sedang mengenakan hoddie coklatnya di Tanah Perkuburan Seri Pelangi itu.
Kekasih yang telah mati bersama kekasihnya...SENYUMAN si gadis lenyap dari bibir tatkala khabar yang kurang enak telah menusup masuk ke corong telinganya."Cikgu tak salah dengar, kan... Fio?"Fio menunduk. Dia menjadi serba-salah."Fio?""Maafkan saya dan adik-adik yang lain, cikgu. Kami terpaksa berdiam diri. Kalau tak, Kak Shita ugut kami-""Dia ugut apa?" pintas Shida pantas.Fio memejamkan matanya. Takut untuk bertentangan mata dengan penjaga terbaik mereka."Fio, cikgu tanya ni. Bagitahulah cikgu akan hal sebenarnya. Biar cikgu yang akan ambil tindakan."Kelopak mata Fio terbuka dan dia perlahan-lahan melihat anak mata kepunyaan Shida.
Cinta menjurus kepada kebahagiaan. Dek kerana cinta demi si dia, semuanya sanggup diberikan.Namun yang tersilapnya di sini adalah apabila cinta murni yang disuakan malah dibalas pula dengan racun tuba. Natijahnya, pihak sebelah m
Keseronokan yang hanya dirasai seketika cuma. Maka, selebihnya pula adalah derita nan menyeksa..."CARI Fio, uncle dan bawa dia balik ke sini...""Eh, tapi kenapa pula Ez
Makanan yang paling enak adalah daging manusia dan sirap yang sangat sedap pula adalah... darah.BUNYI ekszos kereta bergema ke serata rumah menandakan pak ciknya telah kembali pulang.Uncle Riz keluar d
Perkara aneh dan pelik itulah menyebabkan diri terpancing keluar dari zon selesa untuk mencari tahu. Persoalannya... apa yang telah terjadi sebelum ini?FAJAR menyinsing membentangi cakerawala. Ta


![Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]](https://www.goodnovel.com/pcdist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)



reviews