Share

Dua

Aвтор: Halima Abdul Muis
last update Последнее обновление: 2021-07-22 07:54:31

Dua pasang mata menjadi saksi. Namun, empat buah nyawa pula yang melayang...

SOFEA meronta-ronta untuk melepaskan diri sebaik sahaja mereka tiga beranak dibawa ke hujung bukit Pulau Batu.

"Lepaskan kamilah, Majid!"

"Hei! Kau diamlah, perempuan!" jerit Majid sekaligus sebuah tamparan melekap ke pipi kanan wanita itu.

"Aduh!" erang Sofea dan serentak itu mutiara-mutiara jernih terbit di hujung mata. Perit terasa apabila dirinya dikasari.

"Padan muka kau, Sofea!" Tubuhnya ditolak oleh Majid dengan kuat. Tanpa dia sedari, perbuatannya itu mengundang bahaya terhadap si empunya badan.

"Argh!" Sofea hampir terjatuh ke bawah bukit tapi tangannya sempat digapai oleh Izzat.

"Sofea!"

"Abang, tolong Sofea!"

Penderitaan sepasang suami isteri berkenaan hanya disaksikan oleh penjahat-penjahat itu tadi. Sekelumit pun tiada rasa simpati mereka. Malah, perut Izzat ditendang bertubi-tubi. Sengaja menyeksa.

Izzat muntah darah sudahnya. Dengan perlahan-lahan, genggaman tangannya terlepas jua.

"Abang!!" Itulah ayat terakhir Sofea yang bergema sebelum tubuhnya menghilang di bawah bukit.

"Ibu! Ayah!" Im menjerit diselangi tangisan. Tragedi ngeri itu telah tersemat di kotak memorinya.

Dalam waktu yang sama, dia tercari-cari kelibat si abang sulung. Namun, tidak juga dia temukan. Sedangkan si ayah pula, sudah tidak bernafas lagi.

Tanpa membuang masa, Im menggigit lengan seorang lelaki yang menahan tubuhnya seraya berlari ke arah yang bertentangan.

Dia takut, dia sedih dan dia tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Dia hanya mengikut hayunan rambang si langkah kaki.

Alih-alih, dia kembali semula ke rumah mereka lantas bersembunyi di sana.

"Cari budak tu. Ingat, jangan sampai dia terlepas! Kalau tak dapat, kamu semua yang akan aku bunuh!"

"Baik, bos!"

Majid beserta ahli-ahli yang lain bergegas menjejaki Im selepas arahan diterima.

*****

LARIAN gadis kecil itu dipercepatkan lagi untuk mendaki anak tangga. Cemas dan panik menempel dalam diri. Apa yang telah berlaku di depan matanya sebentar tadi, sungguh amat mengerikan.

"Hei, budak kecil! Keluarlah!"

"Di mana kau nak bersembunyi, ha?"

Kedengaran beberapa orang lelaki dewasa sedang menjejaki kelibat si cilik tersebut. Peluh keringat bercampur dengan airmata akibat kecut perut yang melampau.

"Aku rasa, dia menyorok dekat atas."

"Tunggu apa lagi? Cari dia dan bawak dia ke mari! Kalau dia terlepas, mampus kita!"

Seorang lelaki yang lebih tua daripada yang lain memberi arahan. Tanpa banyak bicara, anak-anak buahnya pula melaksanakan perintah.

"Tsk... tsk... ibu... Im takut, bu. Dia orang semua... jahat." Gadis kecil itu memeluk lutut sambil teresak-esak. Jika dirinya ditemui, sudah tentu perkara buruk akan berlaku.

Pada waktu yang sama, tombol pintu bilik yang berwarna merah jambu tersebut dipulas perlahan.

"Adik comel, mari sini sayang. Abang-abang semua ni nak bawa adik pergi 'jumpa' mak ayah adik. Marilah keluar, sayang..."

Suara salah seorang lelaki berkenaan sengaja memancing agar kanak-kanak yang berumur 10 tahun itu keluar dari tempat persembunyiannya.

Semakin kejap lutut kanak-kanak itu dipeluknya dek hambatan kekhuatiran yang menggunung.

Plak! Kling! Ketang!

Habis bersepah ruangan itu angkara si orang-orang asing tadi.

Almari pakaian dibuka secara mengejut, "Cak! Hai, adik comel!" Rambut si kanak-kanak ditarik kuat agar tubuhnya keluar dari situ.

"Aduh, sakit! Maafkanlah Im, pak cik. Maafkanlah, Im."

"Oh, tahu pulak kau rasa sakit ya? Tadi kami panggil baik-baik, kau tak nak mendengar. Mari sini kau!"

Lantas dia diseret keluar tanpa belas kasihan. Meraung bukan kepalang kanak-kanak yang bernama Im tersebut.

"Pak cik, tolonglah. Lepaskan Im. Sakit, pak cik!" Im masih cuba meronta-ronta dengan kudrat kerdilnya. Namun ternyata, ia percuma sia.

Apabila lelaki itu menuruni anak tangga, Im sempat menggigit betis si pelaku sebelum berlari naik ke tangga kecil menuju ke atas siling.

Kelam-kabut mereka semua.

"Celaka punya budak! Kau memang nak cabar kesabaran aku. Kau tunggulah."

"Majid, kau nak buat apa tu?"

Majid keluar dari rumah seketika sebelum masuk kembali sambil membawa dua bekas tin.

"Kau orang semua tolong aku tuangkan minyak petrol ni ke serata rumah. Aku nak bakar rumah ni. Biar budak tu hangus! Jadi tak payah susah-susah kita nak hapuskan saksi."

Mereka yang lain mengerti. Walaupun berat hati melihat seorang kanak-kanak dizalimi, akan tetapi nyawa kesemua mereka lebih utama. Hal itu adalah jaminan agar diri mereka terbebas daripada menetap di jeriji besi.

"Alamak! Bau benda terbakarlah." Im mengintai di sebalik siling. Perbuatan lelaki-lelaki tadi sungguh keterlaluan.

Sekeliling ruangan terasa cukup berbahang menandakan amukan api semakin menggila. Im cuba keluar dari siling tersebut, tapi tidak berjaya kerana pintu masuk tadi telah ditahan dek sesuatu dari luar.

Asap yang berkepul di luar semakin lama semakin memenuhi ruangan tempat persembunyiannya.

"Ibu... ayah... Im tak nak mati lagi..."

Manakala di luar rumah pula, beberapa figura yang berjantina lelaki sedang berdiri sambil menyaksikan sang api menjilat bahan bakarnya.

"Biar padan muka budak tu! Hahaha..."

Mereka ketawa terbahak-bahak seperti tiada lagi sifat perikemanusiaan.

"Dah. Mari kita pergi."

"Ha, jom."

Tinggallah Im yang meraung meminta pertolongan.

"Tolong!!"

*****

DERIA pendengaran Syaz terpancing akan sebuah suara yang cukup dia kenali. Matanya cuba dicelikkan.

Panas. Itulah yang sedang dia rasakan tika ini. Segenap penjuru kediaman mereka terasa amat berbahang.

Sah. Rumah itu telah dimonopoli dek sang api!

"Tolong! Tolong!"

Syaz perlahan-lahan bangkit apabila jeritan Im kedengaran. Dengan sisa-sisa kudrat yang ada, Syaz merayap menuju ke anak tangga. Kemudian, dia cuba merangkak untuk naik ke tingkat atas.

"Im..." Syaz menyeru nama si adik dengan nada yang kecil. Dia langsung tidak berdaya.

Tiba-tiba, sebatang tiang yang dilitupi dengan api telah pun jatuh lalu menghempap belakang tubuh Syaz. Maka, terpekik-melolonglah dia.

"Argh!!" Empangan mata Syaz pecah juga. Kesakitan yang dia rasakan terlalu perit sekali. Kulitnya semakin menggelupas dan terbakar.

Kini, gilirannya pula menjerit tanpa henti.

"Argh, panas!!"

Pada waktu yang sama, beberapa bingkai gambar keluarga mereka terjatuh. Tanpa sempat mengelak, serpihan kaca tersebut menembusi kulit kepala Syaz.

Dengan kiraan detik, nyawanya telah terpisah daripada badan.

Malang sekali nasib yang telah menimpa kedua beradik berkenaan. Sehingga mereka menjadi abu, tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan.

*****

"MANA budak tu?" soal lelaki yang bernama Bos Mior selaku ketua mereka.

"Dia dah mati, bos. Kami dah bakar rumah tu." Majid selamba membalas dengan nada yang bersungguh-sungguh. Tiada langsung belas kasihan mahu pun rasa bersalahnya.

Bibir Bos Mior terlorek sebuah senyuman sinis.

"Bagus! Esok, kita teruskan misi kita untuk halau semua penduduk dalam pulau ni. Kalau dia orang tak nak, kau orang buatlah apa yang patut."

Majid tersentak. Dia cukup mengerti akan apa yang telah Mior sampaikan.

Malam ini saja, sebuah keluarga telah menemui ajal gara-gara mereka. Ternyata, hal itu tidak dapat memuaskan hati orang tersebut. Cukup tebal sekali dendam Mior terhadap penduduk Pulau Batu ini.

Kalau diikutkan perancangan utama mereka, hanya dua buah nyawa sahaja yang melayang. Namun, sang ketua seolah-olah ketagih dengan darah kepunyaan manusia pula.

"Bos dah nekad nak teruskan juga 'benda tu'?" soalnya lagi demi sebuah kepastian.

Hal tersebut menyebabkan si ketua menoleh kepadanya.

"Aku tak suka buat kerja separuh jalan, Majid. Aku dah sampai ke tahap yang sejauh ini jadi aku takkan berganjak dari landasan misi aku..."

"Err... jadi... kalau semuanya dah berhasil, bos nak buat apa lagi?"

Bos Mior mengeluarkan sebatang rokok Dunhill dari kotak lalu membakarnya. Dia mula menikmati sedutannya.

"Selepas semuanya dah selesai, aku akan pergi dari sini. Tapi, kau orang semua kena teruskan juga misi aku. Aku akan pantau dari jauh. Jadi jangan berani nak buat macam-macam!"

Majid beserta yang lainnya berpandangan sesama sendiri. Terasa usus mereka berbelit tatkala mendengar akan amaran itu. Mahu tidak mahu, termeterailah perjanjian sehingga ke akhir hayat tersebut.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh sembilan

    Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lapan

    Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh tujuh

    Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh enam

    Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh lima

    Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.

  • Siling ( BAHASA MALAYSIA )   Dua puluh empat

    Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status