Setapak demi setapak, lorong yang dilalui itu semakin samar-samar dan 'berbau' misteri...
TING! Tong!
Ting! Tong!
Keluhan terluah jua apabila rumah berkenaan tidak punya penghuni. Bungkusan tadi terpaksa dibawanya balik tanpa berfikir untuk meninggalkan benda alah itu di luar pagar.
Setelah pulang dari situ, D merenung bungkusan tadi sambil menongkat dagu. Dirinya diasak ingin tahu akan kandungan benda alah berkenaan.
"Nak buka ke, tidak eh?" soalnya sendiri sambil mula menyentuh barang kepunyaan orang itu.
"Ah, buka sajalah." Tekad D seraya mengoyak pelekat sebelum isi sampul dikeluarkan.
Terbang pergi segala ketakutan pada ketidakjujurannya pada kala itu. Sesuatu telah menggamit anak mata lelaki belasan tahun tersebut.
"Eh? Ini kan keratan akhbar..." Langsung sahaja keinginan D untuk menyiasat perkara itu berkobar-kobar.
Dia cuba menyusun serta mencantumkan semula cebisan berkenaan demi memudahkan pembacaannya. Namun selepas beberapa detik, dahi si anak muda berkerut.
"Letupan... bergema... di pulau misteri." Tajuk utama akhbar tersebut dibacanya dengan perlahan-lahan.
Hal itu semakin memancing ingin tahunya.
"Pulau Batu merupakan pulau yang dahulunya pernah dihuni oleh 100 buah keluarga. Tetapi ia terpaksa ditutup sebelum diganti dengan sebuah pusat kesihatan..."
D menjeda pembacaannya. Puas dia mencungkil isi benak akan kewujudan tempat berkenaan. Tetapi ia sememangnya belum pernah dia ketahui lagi.
"Aku tak pernah tahu pulak pasal pulau ni. Dan..." D menyambung pembacaannya sebelum menyimpulkan pemahamannya.
"Oh, tempat ni! Ia tidak jauh dari Pekan Serai Wangi? Wah, menarik. Tapi..."
Malang sekali, cebisan kertas itu tidaklah sesempurna mana. Ada bahagian-bahagian yang hilang menyebabkan pelbagai andaian terlintas di fikiran D.
Jenuh menyental isi otak, D teringat pula akan 'suatu' sumber. Maka telefon pintar dalam saku ditarik keluar sebelum mendail nombor seseorang.
Tut! Tut!
Tidak lama kemudian, panggilan bersambung.
"Ha, D. Ada hal apa tiba-tiba telefon pak cik ni? Baru sekejap tadi pak cik keluar rumah, takkanlah dah rindu?" Mior bersuara di sana.
D menepuk dahi, "Eh, eh pak cik ni. Bukan pasal itulah. Tapi..."
"Tapi apa? Kamu nak duitlah ni? Aik, bukan ke pak cik ada tinggalkan duit untuk kamu di tempat biasa? Takkan dah habis?" celah Mior lagi.
"Aduh, pak cik. Benda ni tak ada kaitan dengan duitlah. Tapi D nak tanya sesuatu ni."
"Ha, nak tanya pasal apa pulak tu? Kamu ni kan, time pak cik dekat luar jugak kamu nak tanya itu ini. Haih."
D terpaksa menahan telinga dek leteran pak cik angkatnya itu.
"Pak cik ni, macamlah D pergi berjoli dengan duit pak cik tu. Hm... D cuma nak tahu pasal Pulau Batu itu. Pak cik tahu pulau tu dekat mana?"
Mior terperanjat.
"D, dari mana pulak kamu tahu pasal Pulau Batu itu? Kamu jangan berani-berani nak pergi ke sana, D. Kalau tidak, pak cik potong kaki kamu!"
D melihat telefonnya sekilas, 'Macamlah dia sanggup nak potong kaki anak angkat kesayangannya ni...'
"D, kamu dengar tak apa yang pak cik cakapkan ni?"
D menggulingkan bebola matanya, "Ya. D dengarlah, pak cik. Ha, tak apalah. D off dulu. Bye."
Tut! Talian diputuskan serta-merta.
*****"AISH, budak ni kan!"
"Kenapa tu, Mior? Ada sesuatu yang tak kena ke?"
Mior berpaling ke kanan sambil menampal senyuman hambar, "Err... tak ada apalah."
"Jadi kita boleh teruskan rancangan kita?" soal lelaki yang menemani Mior dalam kereta tersebut.
Mior mengangguk perlahan, "Hmm... kita teruskan saja. Tak ada hal."
Jauh di sudut hatinya, tertimbus jutaan tanda tanya dan risau. Dia khuatir anak angkatnya itu akan menjejakkan kaki ke pulau berkenaan. Dia amat kenal dengan diri D yang sebenarnya - apabila dia punya tanda tanya, sampai ke lubang cacing dia mencari tahu.
Tetapi Mior berasa pelik lagikan curiga secara tiba-tiba.
'Tak. Jangan kata, bungkusan itu adalah punca D bertanya macam-macam? Aduh!'
Dia berharap sangat agar si anak angkat tidak nekad menyiasat. Itu saja.
*****PUAS dia bertanya di sana sini, malah lelaki itu bersoal jawab pula dengan beberapa kakitangan polis di situ. Lantaran penerimaan mereka, membuatkan simpulan persoalan semakin rumit serta menggasak jiwanya.
"Pulau Batu atau orang sini panggil Pulau Penyakit sebab pulau tu dulu, tempat pesakit-pesakit misteri dan kronik ditempatkan. Sampailah pesakit-pesakit tu mati, tak berani orang lain nak jejak ke sana."
"Orang kampung sebelah panggil pulau tu, Pulau Keramat. Kata mereka, tempat tu berhantu. Mungkin sebab roh-roh pesakit di situ tak dikebumikan dengan betul, jadi 'mereka' bergentayangan di sana."
"Kamu jangan pergi ke sana, D. Dulu, dah ramai orang pergi meninjau pulau tu. Tapi mereka tak pernah kembali sampailah sekarang ini."
Begitulah penerangan dan buah mulut penduduk di sekitar perumahan. Walaupun pak ciknya melarang, tetapi D tetap juga berkeras untuk ke sana. Seakan-akan ada magnet yang menariknya untuk melakukan sesuatu.
"Pak cik, saya nak pergi ke Pulau Batu itu. Pak cik boleh tolong hantarkan?" Soalan D membuatkan beberapa orang nelayan kecil menjauhkan diri daripadanya.
Mereka semua beriak ketakutan.
"Aish! Apa dah jadi dengan orang-orang dekat sini? Kena sampuk dek hantu Pulau Batu ke?" D berjalan di sekitar pantai sambil mencari perahu atau bot yang mahu menghantarkannya ke seberang sana.
Akan tetapi, ia tidak membuahkan hasil. D hampa. Satu tin kosong disepak perlahan sebelum terkena pada sebuah bot yang bersederhana besar.
Pada mulanya, dia tidak mengambil peduli. Namun apabila corong telinga tertangkap nama pulau tersebut, otak D mula bergeliga.
"Jangan biarkan orang kampung tahu yang kita nak ke Pulau Batu itu. Faham!" Seorang lelaki yang mempunyai corak helang di lengan bersuara dengan tegas.
"Faham, tuan." Seorang lelaki yang berusia pula menjawab dan patuh.
Tepat pada firasat anak muda itu - ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat yang ingin dia tuju ini. Jadi, dia kena berusaha keras untuk mencari tahu.
D cuba menyelinap masuk ke dalam kenderaan air berkenaan dengan menyembunyikan diri dalam sebuah bekas ikan yang berwarna oren.
Tidak lama kemudian, bekas tersebut diangkat masuk ke dalam bot lalu diletakkan di bahagian bawah tempat duduk. Apabila suasana semakin sunyi, D keluar dari tempat persembunyiannya.
"Fuyoo! Inilah kerja gila yang pernah aku buat selama aku hidup." Dia berbicara sendiri.
Beg sandang dikenakan semula sebelum dia berpatah balik kepada bekas tadi. Ada sesuatu yang mengganggu kantung fikirannya.
Tutup bekas ikan dibuka semula dan segenap bekas itu diteliti.
"Eh? Kenapa bekas ikan ni dibiarkan kosong?"
Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D
Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D
Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan
Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib
Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.
Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se