Share

Bab 6

Maya perasan lirikan tajam para pekerja. Seperti biasa, dia akan mengendahkannya. Mesti ada mereka mengatanya dari belakang. Pasti berita yang hangat dari ketuhar!

"Cik Maya, boleh saya tanya sesuatu?"

Maya kaget. Segera dia mengangguk.

"Awak bertunang dengan siapa? Encik Safwan atau Encik Adam? Hari tu bukan main saya nampak awak bermesra dengan Encik Adam. Awak jangan berani curang dengan Encik Safwan. Kalau awak curang, memang cari nahaslah dengan kami," ugut Rohana, pekerja di syarikat itu selaku peminat Safwan dari dulu. 

Rohana ni janda anak dua. Safwanlah yang menawarkan kerja kepadanya kerana simpati dengan ceritanya. Selepas kejadian itu, terus dia jatuh cinta dengan Safwan. Menurutnya, Safwan lebih tampan berbanding bekas suaminya.

Pakaian yang dahulunya longgar, kian ketat pula dari hari ke hari. Selendang pula dililit, menampakkan lehernya. Langsung tidak kemas keterampilannya. Bukan main nak bersolek untuk menarik perhatian Safwan

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status