Share

Bab 7

Tatkala Izz membuka matanya, dia sudah berada di katil. Dia sedikit terkejut melihat Safwan di sebelah. Tubuh Safwan, kasar dia goyangkan tanpa henti.

"Bangunlah. Bangun. Ni katil sayalah," tinggi nadanya mengejut Safwan. Terpisat-pisat mata Safwan. Mamai kelihatan dia.

"Janganlah kacau aku," dalam keadaan sebegitu, Safwan memarahi semula.

"Tapi, ni katil aku," jawab Izz, tidak mahu mengalah. Dia menolak-nolak tubuh Safwan supaya turun. Namun, langsung tidak berganjak walau seinci pun.

"Aku ni abang kaulah!" Ketara nada geram Safwan. Dia bangun dari katil. Mencerlung matanya mengarah kepada Izz sebelum berlalu dari situ.

Izz menggigit bawah bibir. Selepas beberapa minit, dia dapat mendengar kekecohan di luar bilik. Suara wanita tadi berselang-seli dengan suara ayah. 

Dia tidak berminat mahu keluar. Pantas dia merebahkan semula kepalanya. Belum sempat dia melelapkan semula mata, pintu bilik dihempas kuat. Bingkas dia bangun dari katil ta

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status