Share

Bab 8

"Maya, maaf abang tak dapat hantar Maya ke pejabat hari ni. Izz belum sembuh. Lebih kurang seminggu, baru dia boleh discharge. 

Takpe sayang. Esok, abang akan hantarkan driver baru abang untuk Maya. Lagipun dia baru kerja hari ni. Tak akan abang nak bagi gaji buta dekat dia kan?"

Maya tersenyum beriringan kepala yang galak mengangguk.

"Abang, selama ni Maya okey aje. Hidup je sampai sekarang. Abang jangan risau okey. Maya pandai jaga diri," balas Maya.

Kedengaran Safwan berdecit. Selepas itu, dia mengeluh pula. Resah bunyinya.

"Tapi sayang sekarang ni tunang abang. Tanggungjawab abang. Abang ada hak untuk jaga keselamatan tunang abang," bersungguh-sungguh dia memujuk Maya.

"Jadi please sayang, esok naik dengan driver abang okey?" sambungnya.

Maya tergelak kecil. Dia mengangguk seraya menjawab, "Okey okey. Maya naik dengan driver abang. Nanti kalau Maya jatuh cinta dengan driver abang jangan marah pula." Sempat dia mengusik.

<
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status