Share

Bab 9

Menggeleng Puan Sarah melihat Izz yang mundar-mandir di halaman depan rumah. Sekejap kepalanya menggeleng, sekejap mengangguk-angguk laju. Sudah serupa burung belatuk tingkahnya. Kedengaran tawa halus daripadanya. Sudah hampir seminggu Izz keluar dari wad. Dan inilah rutin harian anaknya. Berkeliling taman sambil menulis surat untuk sahabat penanya. Bila si dia lambat membalas, runsing terus Izz dibuatnya. Terfikir juga di benak Puan Sarah.

Siapalah 'orang bertuah' yang sanggup ditunggu lelaki seperti anak tirinya itu?

Bukan dia mahu mengata Izz. Tetapi, anaknya yang satu ini susah benar hendak berlembut hati mahupun berkawan dengan orang. Mungkin daripada didikan arwah mamanya dahulu, yang tidak membenarkan Izz berteman dengan orang tidak hebat statusnya. Berkawan pun harus memilih. Jadinya, begitulah hasilnya.

"Izz, boleh tak duduk? Penat ibu menengok kamu pusing merata," tegur Puan Sarah.

Terhinjut bahu Izz. Kedua belah keningnya terjongket serentak. L

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status