All Chapters of PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]: Chapter 21 - Chapter 25
25 Chapters
Bab 21
Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh. “Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina. Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu
Read more
Bab 22
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem
Read more
Bab 23
Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah
Read more
Bab 24
Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Read more
Bab 25
Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Read more
PREV
123
DMCA.com Protection Status