All Chapters of PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]: Chapter 11 - Chapter 20

25 Chapters

Bab 11

Bungkusan hadiah dan sandwic dibelek lama. Walaupun bungkusan hadiah tampak lebih misteri, tetapi pemberian sandwic lebih memberi perhatian. Lama Aria merenung sandwic tu. Entah bila nak dimakannya.Sejak balik dari kelas tadi, dia hanya baring dan tersenyum keseorangan. Rasa berbunga di dalam hati. Seolah-olah ada rama-rama di dalam perutnya. Dia memegang pipi. Bahang masih terasa sehingga kini.“Habis pun kelas. Penatnya aku hari ni,” Sofia membuka pintu. Dia meregangkan badannya. Beg dicampak ke atas katil. Aria agak terkejut apabila Sofia tiba-tiba masuk ke bilik.“Eh, kau ni dah kenapa tersenyum sorang-sorang ni. Macam kena sampuk hantu je.”Aria menoleh. Bantal dicampak ke arah Sofia. &ldqu
Read more

Bab 12

Aria bangun daripada tidur. Kepalanya terasa amat berat sekali. Beberapa kali dia memicit kepalanya. tapi rasa sakit itu masih tidak hilang.“Aku mimpi apa malam tadi? Kenapa rasa macam sedih?” Dia tidak mengingati mimpi malam tadi. Dada dipegang. Hati ni rasa sayu saja. Sudah puas dia cuba untuk ingat. Tapi hampa, satu pun tak keluar daripada kepalanya.Sejurus itu, dia mengejutkan Sofia untuk sama-sama mengerjakan solat Subuh. Tapi, Sofia agak liat. Susah untuk mengejut dia. Sejak jadi teman sebilik dengan Sofia, jarang sekali dia nampak gadis itu solat. Tapi, mungkin di belakangnya dia solat. Malas dia hendak menuduh yang bukan-bukan.Habis saja solat, dia membelek telefon. Ada satu mesej yang belum dibaca. Daripada papa. Dato’ Fahad mahu menjenguknya sebentar di kolej. Terus Aria campak telefon
Read more

Bab 13

Buku nota yang dipegang dipeluk rapat ke dada. Mulut Aria terkumat kamit menghafal nota. Kuiz akan bermula bila-bila masa saja sebentar lagi. Mujur pensyarah tak sampai lagi. Sejak perjalanan dia  ke kampus dari kolej buku itu melekap di tangannya. Tak berhenti-henti mulutnya berbunyi.Rasa getar di dada apabila Puan Syifa tiba-tiba baru malam tadi notifikasi tentang kuiz yang akan dibuat pagi ini. Jadi, semua pelajar satu kelas dengan Aria gundah gulana. Ada yang merungut. Tak suka dengan kuiz mengejut. Ada juga yang kaki tidur. Semuanya diperhati Aria.Beberapa kali jari jemarinya bermain di atas meja. Sungguh sekarang ni dia tak tahu apa yang dia belajar. Fikirannya tiba-tiba kosong. Terus dia mengambil semula nota dan dihafal lagi. Takut pula waktu kuiz nanti tak dapat jawab.“Aria.”
Read more

Bab 14

Kaki Aria dibawa laju pergi meninggalkan Eiyad. Mukanya teruk kemerahan. Boleh meletup kalau dah sampai masa. Nafas ditarik hembus berulang kali sehingga lega. Dia berhenti melangkah sedari Eiyad sudah berada jauh daripadanya.Punggung diletak di bangku yang tersedia di bahu jalan. Beberapa orang mahasiswa yang lalu tersenyum memandang dia. Mereka sempat berbisik sesama sendiri. Acap kali dia terdengar namanya naik. Aria turut membalas senyuman meskipun hal sebegitu jarang sekali berlaku. Senyuman dia penuh dengan rasa pelik. “Hai, Aria.”Aria terkejut. Bahunya ditepuk Laura. Gadis itu memang suka buat orang terkejut.“Hai.”Laura tersenyum memandang dia tak henti-henti. Aria menaikkan sebelah keningnya ke atas. Laura kalau buat macam tu mesti ada sebab. Tapi apa yang difikirkan Laura? fikirnya tak henti-henti.“Kau dulu kata tak nak. Sekarang, siap post kat media sosial lagi. Tapi apa-apa pun, I’m happy for you.”“Apa benda kau cakap ni? Nak happy untuk aku apa pasal? Lagi satu, ka
Read more

Bab 15

Aria mendorong dirinya ke belakang. Nafasnya tersekat-sekat di kerongkong. Matanya membulat besar. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata ketika ini. Sungguh dia terkejut dengan apa yang berada di hadapannya.“Aku buat apa dekat sini. Kenapa orang tu adalah aku? Kenapa aku sanggup biarkan kau dipukul? Aku memang kawan tak guna. Aku minta maaf, Arisya. Aku minta maaf.”Tubir mata yang bertakung sedari tadi, terlepas begitu sahaja. Tangannya menggigil kencang. Dia mendekatkan dirinya ke arah ‘dirinya’ yang terlentang berdarah di atas lantai.Dia cuba memegang “dirinya’ tapi gagal. Yang dia rasa cumalah angin. Kosong! Badannya terhenjut-henjut menangis. Hatinya sungguh hiba. Kenapa mesti macam ni berlaku? Kenapa susah sangat dia nak selamatkan kawan baik dia?Lututnya terketar-ketar mendekati Arisya. Sekali lagi dia cuba memegang, tapi hampa yang dia dapat. Dia betul-betul mahu selamatkan Arisya. “Arisya, kau kuat? Bangun, Arisya! Bangun!”Nafasnya tercungap-cungap. Air mata di pipi di
Read more

Bab 16

Air dihirup beberapa kali. Hatinya gelisah. Jam tangan dikerling beberapa kali. Matanya tidak tenang menanti di satu arah. Pintu masuk kafe direnung. Kehadiran gadis pujaan hati membuat dirinya tak tenang.Aria tiba-tiba menghantar mesej hendak bertemu. Itu pun Aria minta dia pergi ke kafe yang sedikit jauh dari kampus. Itu yang membuatkan Aysar risau. Bukannya dia tak gembira. Tapi dia rasa perasaan semacam yang tak kena. “Dah sampai…” ucapnya perlahan.Pintu kafe ditolak dari luar. Wajah ketat Aria terpampang membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti akan merasa gerun.“Boleh tak kau jelaskan apa sebenarnya yang kau buat tu?” soal Aria. Dia merenung tajam mata Aysar. Tak sempat dia selarikan nafas, dia dah tanya soalan macam tu pada Aysar.“Aku buat apa? Aku tak fahamlah. Kau maksudkan apa sebenarnya?” soal Aysar semula. Terjongket bibir kiri Aria. Bibir bawahnya digigit. “Kau buat-buat tak faham pula. Kau sebenarnya tahukan aku bercakap pasal apa sekarang ni. Okeylah, kalau kau b
Read more

Bab 17

“So, nama penuh kau Eiyad Lutfi. Menarik.” Tangannya menguis-nguis rumput di tepi. Anak matanya sesekali memandang tepat wajah Eiyad. Bibir bawahnya dijilat. Dadanya masih rasa debaran berada di sebelah Eiyad.“Apa yang menariknya? Aku rasa biasa je. Kalau bandingkan nama aku dengan kau, nama kau lagi moden. Lebih menarik aku rasa. Aria Charissa. Sedap apa.” Eiyad menongkat dagu sambil matanya merenung Aria. Gadis itu sudah tidak tentu arah memandang tempat lain. “Nama aku memanglah sedap. Tapi nama kau menarik sebab… aku suka nama Lutfi.” Aria tertunduk ke bawah. “Kenapa?”“Tak tahu.” Aria menggeleng. Dia pun tidak tahu kenapa dia suka sangat nama Lutfi. Bila nama tu disebut rasa nak tersenyum sepanjang masa.Rumput di tepi ditarik satu per satu. Dah tak perlu orang yang mesin rumput untuk bekerja. Cukup Aria dah boleh gantikan. Habis lopong sehingga menampakkan tanah yang banyak. Bila dia perasan, barulah dia melepaskan tangannya.Eiyad tersengih. Dia terhibur dengan tingkah laku
Read more

Bab 18

Pen yang dipegang diketuk berkali-kali di atas meja. Bunyi ketukan itu menghilangkan kesunyian bilik. Berulang kali jugalah Sofia memandang Aria. Hatinya ragu-ragu sama ada perlu bercakap tentang sesuatu hal.“Aria, aku nak tanya kau something ni. Tapi kau jangan marah tau.” Bunyi ketukan pen mati. Kerusinya diangkat dan dirapatkan sedikit dengan meja belajar Aria. Suaranya begitu perlahan sekali.“Minta izin nampak. Selalu bukan kau main terjah je ke. Tanya apa?” Mata Aria masih fokus menghadap skrin komputer riba. Masih ada banyak yang perlu disiapkan.“Kau dengan Rania dan Laura tu dah tak rapat lagi ke?” Tiba-tiba saja soalan itu terkeluar daripada mulut Sofia. Dia takut juga Aria akan memarahinya.Aria mengangkat kening. Soalan So
Read more

Bab 19

Aria meluru masuk ke biliknya. Matanya penuh kemerahan. Mukanya basah dengan air mata. Tangannya memegang erat tombol pintu. Hampir tercabut tombol pintu akibat genggaman kuat tangannya. Lututnya jatuh ke bawah. Dia terduduk. Bahunya tidak berhenti terhenjut-henjut sejak dari tadi. Dia memang tak pernah sangka yang perkara macam ni akan berlaku. Selama ini, dia ingat mereka kawan baik. Kawan yang sentiasa akan menyokong dia. Kawan yang sentiasa ada pada waktu senang dan susah. Bukannya hanya pada waktu senang. Bukannya yang menggunakan dia hanya kerana dia anak dato’. Ramai dia jumpa kawan hanya menggunakan hanya untuk duit. Sejak dari itu, dia semakin rapat dengan mereka. Siapa sangka, hari ini dia dapat tahu apa yang terbuku di hati mereka. Tapi, dengan cara yang agak menyakitkan. Kenapa sebelum ini, Rania tak pernah bagitahu dia sedikit pun pasal perasaannya pada Aysar? Kenapa dia harus tahu daripada orang lain? Aria fikir, Rania dan Laura itu berbeza. Atau sebenarnya, mungkin d
Read more

Bab 20

Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c
Read more
PREV
123
DMCA.com Protection Status