Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)

MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)

Arena Yidin
“Jika aku salah kerana ada rasa ini padamu, maka salahlah semua apa yang ada di kehidupanku. Jika aku benar melunaskan rasa peduli pada Anak kecil ini hingga tumbuh dewasa, maka benarlah tanggungjawab yang kulakukan sejak dulu.” SUKRI Perjuangan Sukri dan Tini dalam membesarkan Natasha, anak Tina yang telah meninggal dunia menuntut banyak pengorbanan. Hingga satu masa, Tini sendiri merasa lelah untuk terus berjuang. Dia merasa kalah dengan himpitan kasih sayang silam. Begitu juga Sukri, berasa ingin mengundur diri saat keikhlasan dia tidak dihargai. “Tini dah tak sanggup lagi. Tasha bayangkan Kak Tina jadi mama dia. Tini terlupa yang Tini ini cuma pengasuhnya. Tini sudah kalah...” TINI Semuanya jadi berantakan setelah Natasha meningkat dewasa. Dia mempersoalkan semuanya. Bagi Natasha, dia berhak untuk memiliki ibu dan bapa seperti orang lain. Namun kenyataan Sukri dan Tini bukan ibu bapa kandungnya buat dia memberontak dan kecewa. “Kenapa mama dengan ayah nak marah? Tasha berhak tahu siapa ayah Tasha yang sebenar. Tasha tak kira, Tasha nak tahu semuanya...” NATASHA. Akhirnya, sebuah rahsia telah mengungkapkan segalanya. Namun segalanya menyesak dada. Kenyataan tak seindah impian. Hati Natasha dirobek dengan kenyataan yang ayah kandungnya adalah pemilik penghuni penjara. Dia malu dan merasa terhina. Sukri dan Tini pasrah dengan kenyataan. Sebuah dendam lama adalah titik dari segala yang Natasha lalui sekarang. Apakah Sukri dan Tini mampu bertahan, membesarkan Natasha yang sudah hilang semangat untuk meneruskan hidupnya?
103.8K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Halima Abdul Muis
Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi. Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi. Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu. Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan. Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri. Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu... jeritan maut dari dalam peti.
92.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
141516171819
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status