Filter By
Updating status
AllOngoingCompleted
Sort By
AllPopularRecommendationRatesUpdated
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Pink Rose
Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar. Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu? "Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz
109.8K viewsOngoing
Read
Add to library
Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

Lucyana
Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain, menyebabkan dia nekad mahu mengejar impian. Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim telah mewujudkan rasa cintanya yang mendalam. Tetapi... “Apa yang awak buat ni? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu!” – BELLA KIM Pahit perlu ditelan sendiri, dalam waktu yang sama kehadiran seorang gadis bernama Jung Sherin menambahkan lagi api yang sedang marak membara. “Woojin! Saya cuma nak bantu awak, tak lebih daripada apa yang awak tengah fikirkan pasal saya.” – JUNG SHERIN “Dahlah perempuan, jangan masuk campur urusan aku boleh tak?” – NAM WOOJIN. Keeogan yang menguasai, akhirnya memakan dirinya sendiri! Satu-persatu orang yang disayangi pergi menjauhi. Apakah kesudahan Nam Woojin? Mampukah dia hadapi semua itu dengan rasa tenang hati? Semuanya dalam sebuah kisah Cheonsa, Saranghae!
101.7K viewsCompleted
Read
Add to library
Silent Letters (Bahasa Malaysia)

Silent Letters (Bahasa Malaysia)

Izzahkhai
Dalam waktu singkat semuanya kian berubah. Adakah perasaan gembira hadir saat dia keluar dari duka yang sudah lama dia pendam? Iman Aulia - Hidupnya terasa begitu gelap saat kedua ibu bapa kandungnya sendiri menganggap dirinya adalah punca kematian kakak kembarnya. Begitu pilu sekali hatinya saat dituduh atas tragedi pahit itu. Saat dia menginjak 17 tahun, satu keputusan besar telah dibuat untuk mengubah segalanya. Hanya dengan satu lafaz semuanya telah berubah. Adakah benar keputusannya itu? Arif Raykarl - Sikapnya yang suka membuat masalah itu sering dipandang serong oleh semua orang. Digeruni kerana sikapnya. Ditakuti kerana takut menjadi mangsanya. Apakah benar setiap manusia yang jahat tersimpannya sisi yang baik? Dalam diam dia merindui sahabat kecilnya yang hilang entah ke mana. Dia begitu ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Saban hari dia sentiasa mengingati kenangan di saat mereka menjadi rakan sepermainan itu. "Siapa budak lelaki ini? Kenapa aku langsung tak ingat?" - Iman Aulia "Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau menghilang" - Arif Raykarl. Antagonis hadir ingin menghancurkan segalanya. Hanya kerana perasaan cemburu, nyawa sanggup dijadikan taruhan. Tragedi hitam berulang kembali. Kini semua kisah manis telah hilang begitu sahaja. "Apa yang aku nak tak ada sesiapa boleh rampas" - Nellysha Umaira
103.3K viewsOngoing
Read
Add to library
TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

Sistqah
Isya Rasyuka jatuh cinta buat pertama kali di dalam hidupnya. Lelaki bertuah itu adalah Aqif Azka. Ketampanan dan sifat gentleman lelaki itu sangat menepati ciri-ciri lelaki idamannya. "Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?" - ISYA RASYUKA Bagi Aqif Azka pula, dia langsung tidak rasa bertuah apabila mengetahui dirinya disukai oleh Isya Rasyuka. Dia menyampah kerana Isya Rasyuka sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Dia merancang sesuatu dengan rakan-rakannya agar Isya Rasyuka tidak lagi suka padanya. Rancangannya berjaya dan Isya Rasyuka tidak lagi mendekatinya malah perempuan itu pula yang menghindarkan diri daripada bertemu dengannya. "Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jealous tengok dia dengan mamat tu? Eh, buat apa pulak aku nak jealous? Aku bukan suka dia pun." - AQIF AZKA Kemunculan Adi Adham sebagai penyelamat Isya Rasyuka pada malam rancangan itu berlaku telah membuka ruang hati Isya Rasyuka untuk bercinta lagi. Layanan yang diberikan oleh Adi Adham membuatkan Isya Rasyuka merasakan cinta itu indah. Namun siapa sangka Adi Adham menyimpan sebuah rahsia besar. "I bukan yang terbaik tapi I janji, I akan mencintai you sepenuh hati." - ADI ADHAM Berjayakah Isya Rasyuka menemui cinta sejati? Atau cinta sejati hanyalah cerita dongeng semata-mata?
103.6K viewsOngoing
Read
Add to library
Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

Miss Noi
Dibesarkan oleh ibu tunggal membuatkan Falisha membesar menjadi seorang gadis yang kuat dan bertanggungjawab. Fokusnya cuma satu, iaitu membahagiakan ibu dan adiknya, Fariha. Untuk itu, dia bekerja keras demi masa depan mereka sekeluarga. Soal jodoh, biarlah masa yang menentukan. Perkenalan dengan Haziq dan Zarif membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Falisha. Dia mula belajar menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, kerana sebuah rahsia, dia melamar Zarif untuk menjadi suaminya. Keputusan Falisha membuatkan Haziq kecewa. Saat bahagia mula dirasa, rahsia yang selama ini ditutup rapi terungkai jua. Menghancurkan hati yang baru mula belajar mencinta. "You janji nak bagi peluang untuk I, untuk kita. Tapi, kenapa you mungkir janji?"-Haziq "Sorry... let me explain."-Falisha "Aku tak perlukan penjelasan daripada penipu macam kau."-Zarif Apakah rahsia yang Falisha simpan sebenarnya? Abandoned promise, apakah benar janji tinggal janji? Atau ia cuma sebuah akad yang tertangguh?
103.8K viewsOngoing
Read
Add to library
PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)

PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
'Pandai bukan syarat menjadi seorang pelajar terunggul, tetapi keperibadian seseorang pelajar itu.' Kisah kehidupan seorang remaja bernama Zain bersama rakan-rakannya yang baru sahaja menginjak usia remaja. Dikala itu, Adrian yang cemburu terhadap Zain menyebabkan dia telah merencana pelbagai strategi untuk mengenakan Zain supaya dia dapat menggondol populariti 'musuh'nya itu. Tetapi, adakah ianya akan berjaya? Bagaimanakah Zain mampu menghadapinya? (Blurb bahagian 1)
103.4K viewsOngoing
Read
Add to library
Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]

Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]

McSyahira
"Kalau kami kahwin, bumi ini harus dibelah jadi dua! Satu bahagian aku, satu bahagian dia." Memanglah Fatin dan Murad kawan baik. Tapi, macam mana pula dia nak memupuk rasa cinta terhadap satu sama lain kalau sudah memang cinta itu tidak pernah hadir! "Jom, kita cuba!" "Kalau tak boleh juga?" "Apahal pula tak boleh?" "Sebab kau Murad, dan aku Fatin!" Persoalannya, berjayakah Fatin dan Murad menempuhi jalan ke pelaminan kalau sudah kedua-duanya 'hopeless' dalam beromantisan? "Kau orang berdua memang... Hopeless Romantis!"
103.7K viewsOngoing
Read
Add to library
Marry You (Bahasa Malaysia)

Marry You (Bahasa Malaysia)

Lucyana
"Ini yang kau nak kan! Puas hati kau sekarang?" - KHAIRUL ADAM Tanpa sedar, ayat itu menusuk ke benak hati yang paling dalam buat Imna Safira. Bukan itu yang dia mahukan dan bukan itu juga yang dia pinta. "Aku undurkan diri dari hubungan ni, bukan untuk kau tindas aku bertubi-tubi!" - IMNA SAFIRA. Namun semuanya sudah terlambat. Melihat orang-orang yang disayangi sedang bergembira. Dia hanya mampu mempamerkan senyuman bahagia. Walhal dalam hati sudah diamah perasaan luka. "Kalau kau nak dia, ambillah. Dengan kau aku percaya." - AISHA HANA Tetapi, prinsip hidup Imna Safira tidak akan sesekali merampas hak seseorang. Apatah lagi, kebahagian orang itu! Mampukah Imna Safira membuat pilihan yang tepat? Memilih untuk kebahagian dirinya sendiri atau pun berkorban demi orang yang dikasihi?
105.6K viewsCompleted
Read
Add to library
Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]

Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]

Feek Adeen
Demi merungkai sebuah misteri kehilangan seorang penulis novel terkenal serta tawaran yang lumayan bagi sesiapa yang dapat mengesan keberadaan penulis tersebut, lima sahabat - mengatur perjalanan - bersama-sama melakukan pengembaraan untuk mencari dan merungkai misteri kehilangan penulis tersebut. Pelbagai halangan, cabaran dan peristiwa yang mereka terpaksa hadapi sepanjang pengembaraan tersebut. Mereka menjejak dan tanpa sedar mereka juga turut dijejak. Siapa sebenarnya penulis tersebut?, yang pasti bukan mereka sahaja yang menjejaknya, ini sebuah perlumbaan! Semangat setia kawan, rasa cinta, pengkhianatan diolah secukupnya dalam Jejak Jiwaria ini.
102.6K viewsOngoing
Read
Add to library
Dylan's Obsession (Bahasa Melayu)

Dylan's Obsession (Bahasa Melayu)

Mecx
Dylan Lexiano seorang jejaka Itali yang begitu obsess dengan perempuan yang menjadi pertemuan pertamanya. Bertentang mata untuk pertama kali buat perasaan kian mendalam buat perempuan itu. Amanda Mey Diana gadis yang tidak percaya cinta dan jauh sekali untuk mempercayai kaum adam. Tak sangka, hidupnya berantakan selepas bertemu dengan lelaki itu. "I will make you mine this is my promise"
109.4K viewsOngoing
Read
Add to library
PREV
1
...
7891011
...
50
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status