Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
AKU MILIKMU[BAHASA MALAYSIA]

AKU MILIKMU[BAHASA MALAYSIA]

Emmily Rose
Tiada siapa siapa yang sudi menjadi isteri Megat Danish bila melihat dirinya seperti 60an dengan kulit muka berkedut jalan menggunakan tongkat semua perempuan yang dekat dengan dirinya pasti menggelarkan dirinya 'Pakcik tua' padahal umurnya baru 28tahun sehingga sekarang tiada perempuan yang berani dekatkan dirinya apatah lagi ingin dijadikan suaminya walaupun dia mempunyai harta berkoyan-koyan dan berkerjaya semua perempuan menghampirinya dirinya akan cabut lari apabila melihat keadaannya tua kerepot sudah puas dia pergi berubat dari perubatan tradisional hingga perubatan modern masih tiada penyelesaian mengenai penyakit misterinya yang dihadapinya membuatkan jiwanya tekanan dan hampir terjun bangunan mujur ada seorang gadis menarik lengannya daripada jatuh bawah. "Pakcik jangan terjun!banyak lagi cara lagi boleh hilangkan tekanan bukan dengan cara ini,pakcik tak sayang nyawa ke?tak sayang anak cucu pakcik?ramai dalam wad tu perlukan nyawa untuk teruskan hidup yang pakcik diberikan kesihatan yang baik pakcik nak sia-siakan"-Tiara "Awak ni siapa?saya tak kenal awak,dan saya tiada anak cucu awak tiada hak untuk menghalang saya!suka hati sayalah nak buat apa pun!saya dah lama menderita awak tahu apa?"-Megat Danish "Baiklah,kalau pakcik nak terjun jugak saya akan ikut pakcik terjun sekali biar kita sesama mati lepastu kita jadi hantu pun sesama jugak kat hospital ni jomlah saya tak sabar nak terjun ni boleh kita sama-sama jadi hantu"-Tiara Adakah Megat Danish rasa dirinya tercabar dengan permintaan seorang gadis?yang tidak dikenalinya atau mula timbul bimbit cinta bila berhadapan dengan gadis itu Dengan kehadiran Tiara dalam hidup Megat Danish ada sesuatu keajaiban yang berlaku dalam dirinya dapatkah Tiara menerima Megat Danish dengan rupa sebenarnya atau meninggalkannya?
9.46.3K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Fazilah Rahman
Cinta tak kesampaian mengisahkan tentang Ainan yang jatuh cinta dengan rakan sekerjanya. Konflik yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad yang telah lama berlaku membuatkan Ainan semakin tertekan. Setiap hari Ainan pasti akan mempamerkan wajah yang ceria demi menutup segala kelukaan dan tekanan yang dihadapinya. Sikap Aazad yang sentiasa acuh tidak acuh dengan perasaan Ainan semakin mendera emosi Ainan dan membuatkan Ainan semakin tertekan. Keculasan Aazad dalam pemberian nafkah juga telah mendera emosi Ainan. Tidak cukup dengan itu, sikap Aazad yang mula naik tangan membuatkan Ainan semakin tertekan. Sikap ambil berat Ridhwan telah membuahkan rasa kasih dan cinta di dalam hati Ainan. Namun mengenangkan statusnya sebagai isteri orang, Ainan terpaksa memendam perasaan. Ridhwan yang telah tertarik dengan Ainan ketika kali pertama bertentang mata turut terluka apabila mengetahui apa yang telah menimpa Ainan. Satu hari Ridhwan bertindak berani dengan meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada Ainan. Apakah penerimaan Ainan saat mengetahui bahawa Ridhwan juga mempunyai perasaan yang sama? Apa pula yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad? Menyintaimu adalah satu anugerah. Jika aku mampu memilikimu, tidak mungkin akan aku sia-siakan. ~Ridhwan Hadirmu mendamaikan hatiku. Membuahkan rasa bahagia yang selalu aku dambarkan. Terasa sentiasa disayangi dan dihargai. Namun aku sedar siapa aku. ~Ainan Memilikimu sebagai suri hatiku adalah anugerah yang terindah dalam hidupku. Kau hadirkan rasa bahagia yang tidak pernah aku kecapi. Maaf kerana aku gagal membahagiakan mu. ~Aazad
103.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)

Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)

Sm.mh
Yusra Saidah. Nama yang cukup indah. Raut wajah yang mampu menggetarkan hati seorang lelaki bernama Tengku Faiz Iskandar. Sekilas pandang dia tahu gadis itu turut menyukainya. Rezeki bagaikan turut menyebelahinya. Ada makna rupanya disebalik kepulangannya ke Malaysia, cuti semester kali ini. Namun, itu 7tahun berlalu. Dan hari ini, Yusra Saidah. Meskipun hanya menatap sekeping gambar gadis itu, Tengku Fairuz tahu hatinya sudah terpaut. Kerana janji yg terpatri antara dua insan, telah mengikat satu ikatan suci antara mereka. Yusra Saidah milik Tengku Fairuz sepenuhnya. Tiada sesiapa yang mampu menidakkannya. "Bukan senang untuk aku hidup dengan dia. Hati dia ada orang lain." Luah Tengku Fairuz kepada temannya, Syed Ammar. "Aku janji Shah, aku akan cuba cintakan suami aku seperti mana aku cintakan Abang Faiz dulu. Lagipun aku tahu Abang Faiz dah lama buang aku dari hati dia." Sayu suara Yusra Saidah bersama linangan air mata di pipi. "Abang cari Idah. Merata abang cari tapi abang tak jumpa. Abang tak pernah lupakan Idah. Idah dah janji dengan abang, Idah akan tunggu abang balik tapi kenapa bila abang balik, Idah dah bahagia dengan dia?" - Tengku Faiz Dulu kita bahagia tapi bahagia kita tidak selamanya kerana Dia sudah tetapkan yang jodoh itu bukan milik kita. Betapa kuat kita menggengam, akhirnya kita sendiri yang akan terasa sakit.
103.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Miliki Bayangmu (Malaysia)

Miliki Bayangmu (Malaysia)

Flizwn 33
"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?" Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu. "Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit. Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja. _______________________________________ Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya Memang susah bila hidup dengan dia yang asing. Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi. Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri. Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.
102.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Silent Letters (Bahasa Malaysia)

Silent Letters (Bahasa Malaysia)

Izzahkhai
Dalam waktu singkat semuanya kian berubah. Adakah perasaan gembira hadir saat dia keluar dari duka yang sudah lama dia pendam? Iman Aulia - Hidupnya terasa begitu gelap saat kedua ibu bapa kandungnya sendiri menganggap dirinya adalah punca kematian kakak kembarnya. Begitu pilu sekali hatinya saat dituduh atas tragedi pahit itu. Saat dia menginjak 17 tahun, satu keputusan besar telah dibuat untuk mengubah segalanya. Hanya dengan satu lafaz semuanya telah berubah. Adakah benar keputusannya itu? Arif Raykarl - Sikapnya yang suka membuat masalah itu sering dipandang serong oleh semua orang. Digeruni kerana sikapnya. Ditakuti kerana takut menjadi mangsanya. Apakah benar setiap manusia yang jahat tersimpannya sisi yang baik? Dalam diam dia merindui sahabat kecilnya yang hilang entah ke mana. Dia begitu ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Saban hari dia sentiasa mengingati kenangan di saat mereka menjadi rakan sepermainan itu. "Siapa budak lelaki ini? Kenapa aku langsung tak ingat?" - Iman Aulia "Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau menghilang" - Arif Raykarl. Antagonis hadir ingin menghancurkan segalanya. Hanya kerana perasaan cemburu, nyawa sanggup dijadikan taruhan. Tragedi hitam berulang kembali. Kini semua kisah manis telah hilang begitu sahaja. "Apa yang aku nak tak ada sesiapa boleh rampas" - Nellysha Umaira
103.0K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
424344454647
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status