Share

AMM BHG 1: Bab 22

LANGIT cerah. Monika bangun agak lambat hari ini kerana yang lain semuanya sudah tiada di tempat tidur. Dia duduk sebentar sambil memerhati sekeliling. Berus gigi dan ubat gigi yang diberikan oleh Jack diambil. Kesemua barang itu merupakan cenderahati yang dibawa untuk peminatnya di festival itu. Ada juga beberapa helai t-shirt diberikan kepada mereka dan beberapa barang yang lain, semuanya dari dalam beg galas Jack.

   Kaki seluar dilipat sehingga ke bawah lutut. Terasa sejuk menusuk di saat kakinya menyentuh air tersebut. Setelah selesai, dia membasuh mukanya, terasa segar. Jack muncul dengan seekor ayam yang berjaya ditangkap. Sam datang membawa buah-buahan, Aviva turut serta.

   Monika mendekati mereka. "Kenapa tak kejutkan aku?" soalnya.

   Sam melihat wajah segar Monika yang masih terdapat kesan air belum kering. "Umm, Haliene tak mahu aku kejutkan kau. Dia nak kau rehat."

<
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status