Share

HASRAT BAB 11

“NADZMI … bangunlah anak ibu sayang … Nadzmi dah bebas sekarang, Nadzmi tak akan terseksa lagi. Hasrat Nadzmi untuk bebas dah tercapai …” bisik Izzah dengan nada yang bergetar. Kemerahan matanya dek kesan air mata yang asyik tumpah.

Tiada respons daripada Nadzmi. Rayuan Izzah sekadar disambut oleh bunyi mesin yang memecahkan kesepian yang mencengkam.

Ubun-ubun itu diusapnya lagi. Satu kucupan singgah di dahi itu bersama tumpahnya kasih sayang dari seorang ibu yang telah berjuang melahirkannya ke muka bumi. Di bawah telapak kaki insan itulah terletaknya syurga remaja itu.

“Izzah …” Sha menyapa dari belakang.

“Jomlah turun makan. Aku faham perasaan kau, tapi perut tetap kena isi juga. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, Nadzmi sekuat ibunya. Insya-Allah, nanti dia sedarlah tu.”

Dengan berat hati, Izzah mengorak sila dari kerusi yang didudukinya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia terus me

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status